Saturday, February 21, 2009

Roti Jala Berinti Sardin

Okay lah Ummi nak balik kampung japgi...ni sempat lah masukkan entry brunch Ummi hari ni..lama x buat roti jala...tapi kali ni untuk senang ngap, kita terus gulung dengan inti sekali..Terpulanglah nak letak inti daging ke, ikan bilis ke, telor pun boleh. Ummi just letak inti sardin...My kids semua suka...senang nak makan xyah nak banyak2 keluar piring segala kan..hehe...Lepas buat roti jala ni Ummi bz wat mufin n kek nak bawak balik kampung. Roti jalan ni pun Ummi wat 2 adunan untuk bawak balik kampung gak..adeh berpeluh duk menjala..dapat serkap ikan sardin je dalam jala nih..hehee...Jamu mata ya..bubaiiii...
Untuk roti jala boleh rujuk di sini dan sini ya..Dua-dua pun jadi jala..ekeke..Sardin tu pun boleh masak ikut style masing-masing la ya..boleh jugak tambah kentang ke...Ummi ni nak simple jek..hehe..Ni pun dekat 2 jam berdiri menjala kuih...simple ke tuh? :D
Bahan Inti:-
  • 1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-

Panaskan minyak, tumis aja lah bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan.

Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.

5 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

bijak ahh ummi...2 in 1...senang keje..lain kali leh cuba...

Aymy with love said...

k ummi, sempoi la camnie... kari daging roti canai smalam ader lg... nampaknyer menjala la daku ptg nie... tenkiu la for inspire... hehhe...

princessharyati said...

ala k.ummie pinggan bunga2 lagi..yatt masa balik peknen dr tu borong sakan set vantage tu.. buat collection tp semua tinggai kat umah sekrang yatt alegik tgk pinggan bunga2 haa..stop cete pasai pinggan haa..roti jala tu .. k.unnie hus yatt ni pi tinggaikan acuan kat dubai..dah takleh nak buat..geram..ni ari ni ahad hus pi krusu 2 minggu tinggai kami 3 beranak so yatt cuti masak ni 2 minggu yahoo

Hazel said...

hai kak ummie salam perkenalan...

Sedap semua resepi2 di dalam nih...

Nak cuba pulak roti jala berinti sardin ni.. mesti sedap..

ummi said...

Aishah - Aah senang, sempoi..try jgn x try..weeheee..

Aymy - Haha..oh dah ada daging tu lg sedap laaa..xyah jala ikan sardin..hehe

Yatt - Amboiii alergik pinggan munga-munga la skrg yaa..hehe..Alah, nnt mintak Ajim belikan lg cantik..sana murah dr Malaysia ni kan..Wah, Ajim xda gantung periuk belang la eh..jangan sampai Yatt makan nestum budak2 dah laa..hehe

Hazel - Salam kenal..time kasih sudi singgah..silakanlah try mana yang teringin..mmg nak share pun kat sini..thanks!