Friday, February 13, 2009

Creamcheese Butter Cake

Kek yang gebus, lembut dengan campuran creamcheese dan butter dan sedap dengan rasa jem pilihan yang diletakkan sebelum dibakar. Jem akan mendap masuk ke dalam kek menjadikannya betul2 best dan ia juga tidak terlalu manis!! Itu yang Ummi boleh bagitau...kalau nak rasa, kena try eh..Resepi sumbangan Babybatriesyia (FRD) tapi Ummi ambil dari blog Diana. Thanks for sharing..
Bahan:- (loyang 8x8 inci)
  • 200 gm mentega
  • 200 gm cream cheese (ummi guna Philladelphia cheese)
  • 250 gm gula kastor
  • 5 biji telor (*ummi guna saiz B)
  • 250 gm tepung gandum (*ummi guna 200 gm tepung gandum + 50 gm superfine)
  • 1 sudu teh baking powder
  • sedikit jam (ikut pilihan) untuk hiasan (*ummi guna strawberry jam)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung bersama baking powder. (*ummi ayak 3 x)
  2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
  4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Ratakan.
  6. Tabur/sapu perlahan jem di atas adunan tadi. (Sebahagian jem akan mendap masuk dalam kek ketika dibakar.)
  7. Bakar dengan suhu 180 C hingga masak. (*Ummi bakar pada suhu 165C selama 45 minit). Bila masak, buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru dikeluarkan dan sejukkan di atas redai.

5 comments:

VG said...

It sure does look gebu Kak Ummi. I would really like a piece now.

Sasha said...

Salam kak Ummi...

yes!! dah lama tunggu resipi buttercake... thank you... x sabar nak cuba... resipi choc muffin pun nak try... ada 2 yg berkenan ... choc chip muffin & double choc muffin... tanya skit.... ada beza byk ke rasa dia... mana lg sedap... dua2 pun nmpk sedap...

p/s: hehehe.. saya selalu dtg sini pinjam resipi kalau ketandusan idea memasak... thank you so much kak ummi...

Azita said...

cam tak sabo2 nak gi buat kek ni. bahan2 semua ada kat dapur tu. nampak sedap sgt!!! tunggu saya punya lak....

CatlinaFly said...

salam..gebunye kek dia..marbelesss!

Ummi said...

Vin - yeap, confirmed gebuuuss..hehe, meh akak suapkan dearest.. :D

Shasha - Kek tu mmg confirmed gebuss kalu kena gaya ikut stepnya tau..hehe..muffin tu, dua2 sedap..satu guna minyak, satu guna butter cair..dua2 pun sedap..try la satu2 eh..hehe

Azita - ok nnt dah siap bakar kek tu panggil akak eh..

Catlina - wkumsalam..haiiii, this one mmg marbeles..ikut betul2 step dia, mst jadi n gebu..