Saturday, February 21, 2009

Bawal Tiga Rasa CMG

Lauk tengahari semalam ni...biasalah hari Jumaat lunch break lama sikit, cam biasa la balik rumah sempat masak lauk untuk tengahari terus ke malam laa...hehe. Resepi dari Mat yang terkenal dengan ketangkasan dan kesenian mempersembahkan hasil masakan dan buat Ummi terliur nak try masak tiga rasa ala Mat ni...cuma Ummi adjust sikit je n campak sayuran yang ada dalam stok jek!
Bahan Utama:-
  • 2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar (*ummi guna bawal putih tu je)
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • 3 camca besar tepung jagung (*ni Ummi tambah)
  • 4 batang putik jagung - hiris serong
  • 1/4 ketul bunga kobis - potong kecil (*xda ni)
  • 1 batang lada merah - hiris kasar
  • 1 batang seleri - hiris serong
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1 camca besar gula

Bahan Tumis:-

  • 1 biji bawang besar - potong berbaji
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 inci halia - diketuk
  • 1 camca besar cili kisar

Bahan Sos:-

  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar kicap cair
Cara Memasak:-
  1. Lumur ikan yang telah dicuci bersih dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
  3. Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
  4. Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata.
  5. Masukkan semua jenis sayuran dan masak 2 - 3 minit.
  6. Masukkan kicap cair dan gula. Kacau rata.
  7. Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul dengan sos biar mesra.
  8. Angkat dan hias dengan daun salad sebelum dihidangkan.

2 comments:

Sami Jo said...

Your food looks so delicious! I wish I could read the ingredients though - any idea on how I can translate... maybe through google I guess :) Well feel free to stop by my blog herhousehold.blogspot.com Happy Cooking! The Lady

Erny Sabrina MN said...

Sedap nyer..kak. Nanti singgah la ke rumah eny. Ade home work ckit la..he