Tuesday, February 24, 2009

Chocolate Mint Cake

Ni pun satu lagi kek yang Ummi bakar untuk bawak balik kampung baru-baru ni..Mula-mula tu pelik juga baca cara-cara menyediakan kek bila mentega tu kena pukul sekali dengan tepung..x penah lagi la Ummi ni buat kek biasa camni, pukul mentega dengan tepung..selalunya kek gulung or swiss roll gitu..Dua tiga kali gak duk baca dan rasa ragu-ragu jek. Lastly, pukul jugak laa...Waaahh...bila siap je dan potong kek ni memang sangat lembut, sedikit moist dan gebuuuuu...Suppose to serve with Honey Choc Fudge, but this time around I simply baked the cake only..maybe next time I should try out the topping..Kena buat lagi ni, x puas makan ramai2 hehe...memang sedap kek ni!! Resepi asal oleh Halimah Anang, tp Ummi ceduk kat dapur Maklang Azie tu..Thanks Maklang!

Bahan:- (loyang bulat 8 inci)

  • 200 gm tepung naik sendiri
  • 230 gm mentega
  • 220 gm gula kastor
  • 230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B)
  • 3 gm esen vanila (1 sudu teh)
  • 30 gm serbuk koko (*ummi tambah lg 1 sudu teh emulco paste)
  • 50 gm susu segar
  • beberapa titis pewarna hijau
  • beberapa titis esen peppermint
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C. (*ummi set oven 165C).
  2. Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.
  3. Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.
  5. Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.
  6. Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.
  7. Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.
  8. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  9. Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.
Bahan Topping Honey Choc Fudge:-
  • 150 gm coklat masakan
  • 30 gm fresh cream
  • 30 gm mentega
  • 15 gm madu (2 sudu besar)

Cara Menyediakan:-

  1. Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara "double boiler" sambil dikacau selama 5 - 10 minit hingga fudge sebati.
  2. Sapukan fudge yang masih setengah panas di atas dan tepi kek.

8 comments:

VG said...

Yummy Kak Ummi and also, a surprise awaits you at MY BLOG

ummi said...

Vin, akak dah intai award tu td..I'll collect later k..thanks dear! Kiss n hugs :D

SMS-0136406625 said...

cantiknya belang dia...teruja tgk!

ummi said...

SMS 0136406625 - Weee..siapalah agaknya ni..nk suh Ummi sms ke? :))

shima said...

cantiknyerr kek umi...
teliur sgt2 nih!!

khatijah said...

salam kak ummi...
saya ni peminat blog akak la. Banyak resepi saya dah cuba. Semuanya menjadi lebih2 lagi ruangan kek dan kuih muih. Superb untuk akak. Minta izin guna ilmu yg diturunkan.

MyLovelyFamily said...

Salam, saya suka sgt kek akak ni hari mggu ni saya nak buat la cantik

Nieza said...

Assalammualaikum kak Ummi...dh cuba dh kek ni tapi derhaka sikit mint jadi lemon...ampun yer...minta izin copy resepi tq sharing kak:)