
Bahan:-
1 kg. udang
60 gm bawang besar *
20 gm bawang putih *
20 gm bawang merah *
20 gm cili giling* (ummi kisar je)
3 batang daun kari
sedikit serbuk jintan manis
sedikit serbuk jintan puth
serbuk kunyit
1 batang serai - titik
300 ml santan
50 ml minyak
1 sudu kecil madu (*ni ummi tambah)
garam
Cara Memasak:-
Udang dibersih dan digaul dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sebentar sahaja agar isi udang tidak terlalu lembab. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dan daun kari hingga kekuningan dan masukkan kedua2 jintan. Kacau lagi. Masukkan santan dan renehkan hingga santan kering dan pecah minyak. Masukkan udang dan gaul rata. seimbangkan rasa.
No comments:
Post a Comment