Sunday, April 6, 2008

Kuih Kasturi

Tengahari semalam ummi masak ringkas je, sbb nasi goreng pagi tu pun banyak lg..Tiba2 family abang datang..so ummi jez goreng meehoon singapore je..tp dah ramai2 tu x sempat pun nk amik gambor hehe...dah ada pun dlm entry lepas2. Pastu ummi buat kuih kasturi ni..wat minum petang..ada org panggil kuih goreng kacang hijau..tp sama je tuannya..dulu mak selalu buat kuih ni, sebab abah suka..hehe

Bahan:-
300 gm kacang hijau (+- RM1.00) - rendam +- 2 jam
800 ml air
2 1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan kelapa parut muda
1/3 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam

Cara Memasak:-
Basuh kacang hijau, masukkan air dalam peiuk dan rebuskan kacang hijau hingga lembut dan kembang. Bila telah benar2 kembang, masukkan gula merah dan gula pasir, kacau biar agak pekat/kering. Masukkan garam. Tutup api dan masukkan kelapa parut muda. Kacau sebati, biarkan suam sebentar. Masukkan tepung dan adun sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan tekan2 biar padat setebal 1cm. Sejukkan dalam fridge. Bila telah sejuk dan keras, tekap dengan acuan bulat (*ummi guna permukaan gelas). Letak atas loyang yang ditabur sedikit tepung dan tekan/leperkan sikit. Buat hingga habis.

Untuk Bancuhan Menggoreng:-
2/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras
2 sudu besar air kapur
3/4 cawan air
garam
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Bancuh sebati semua bahan di atas seperti adunan menggoreng pisang. Celupkan tepung kacang hijau yang dibentuk tadi dan goreng dengan api sederhana. Balik2kan selalu. Bila kekuningan bolehlah diangkat.

2 comments:

Dianne said...

ni dyg suka mkn,mak wat kueh mueh ari2 masa dyg kecik dulu utk niaga kan,sampai skrg xjemu memakannyer,ehehe air tgn org dulu biarpun pyh membuat nyer tp kesedapan tu kekal kan ummi.
hehe yg byk skrg dyg rasa kueh byk xsedap,rasa pun dah lari,adoiiii
dyg pasti ummi nyer mmg sedap,sbb tgk pun dah tau sedap.keh keh blum lg nak telan.hahaha

Ummi said...

dayang - mak ummi dulupun buat kuih-kuih camni tolong buatkan untuk orang cacat penglihatan kat kg tu merayu2 suh mak buat, dia nk niaga..mak tolong la jugak buat 4 ke 5 jenis..ummi rajin tolong makan n bungkus je..hehe..
Now bila nak buat, tanya mak, dah le jarang2 buat..hehe..tp senang kuih ni, bahan leh agak2 je..nak sedap, tambah kacang n kelapa parut lebih sikit..kan