Sunday, April 27, 2008

Kek Lapis Pandan Prune



Teruja tengok kek lapis kat rumah mat tu..cam sedap jek! Emmm memang sedap pun...dulu2 penah wat sekali kek lapis asam hawflakes tu...ni dah terkena demam org pakat2 melapis belaka..hehe..Tq Mat..ummi letak sunsweet prune je kat tengah tu..

Bahan:-
300 gm mentega
250 tepung hongkong
250 gm gula halus (ummi pun guna 200 gm je)
200 ml susu sejat (*)
1/4 cawan air (*) - disatukan
1 paket santan serbuk
10 kuning telor
4 putih telor (gred A)
1 1/2 camca besar ovallete
1 camca teh pandan paste
buah prune secukupnya - belah 2

Cara-cara:-
- Putar mentega hingga putih, ketepikan. Dalam mangkuk lain, putar gula dan ovallete hingga bergaul dan masukkan kuning dan putih telor dan pukul hingga kembang.
- Satukan tepung bersama santan serbuk, gaul rata. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Masukkan mentega dan pandan paste. Gaul rata dan sebati. Ketepikan.
- Panaskan oven pada suhu 175C, gunakan fungsi "grill". Lenser tin berukuran 8x8x3 in dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Kemudian sudukan 5 sudu besar adunan kek ke dalam tin, ratakan dan grill selama 5 minit atau hingga kekuningan. Kemudian keluarkan dan tekan2 dengan penekan kek lapis dan sudukan 5 sudu adunan lagi, ratakan dan bakar lg. Buat hingga 4 lapisan.
- Pada lapisan kelima sudukan adunan dan letak buah prun. Kemudian diikuti lagi 4 lapisan kosong dan yang kelima letak lg buah prun. Buat hingga habis dan pada lapisan terakhir pasang api atas dan bawah dan bakar lebih kurang 15 minit.

4 comments:

Dayang said...

Salam Ummi,
dah cantik kek lapis tu hehehe dyg bangga sgt kawan2 pandai wat kek lapis heehe,mmg grant lah wat kek lapis,drp membeli kan baik wat sndiri,ekonomi pun stabil hehe.

Anonymous said...

Sedapnya kek lapis ni...nak buat je yang tak kuasa!

cikwan said...

salam kak ummi_rajen melapis kek,lawa lak tu... dah pro nih..

Anonymous said...

dayang - wkumsalam..emm yg simple je tu..xreti la nk wat yang complicated cam dayang tu..rasanya ni je yg termampu..aah, boleh la kalu tuk makan sendiri..tp nk jugak rasa yg dayang pnya nnt..k.

Mamafami - aah, mmg sedap nk buat je malas kan..tp best makan ulang2 gitu..

cikwan - wkumsalam..cuti2 boleh melapis..xpun mana ada masa..cantik ke? xdalah..mana pro lg..cikwan pun leh buat yang ni..senang je..