Thursday, April 24, 2008

Choc Chips Muffin Kakliza


Rasa dah lama x buat muffin, ada yg dah mula sebut ni haaa...so try pulak resepi dari Kakliza...tima kaceh ya...x kurang sedapnyaaaa..

Bahan A:-
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar
2 biji telor (pukul sikit)
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
3 cawan tepung gandum *
1/2 cawan serbuk koko *
2 sudu kecil baking powder *
1/2 sudu kecil soda bikarbonat * (*ayak bersama 2x)
2 cawan gula perang

choc chips secukupnya (*ummi guna 1 cawan)

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 190 C selama 10 - 15 minit. Sediakan muffin papercup dan letak loyang muffin. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaul rata. Satukan bahan A dan masukkan ke dalam bahan B, kacau rata guna whisker. Jangan terlalu lama, biar elok sebati je, ok. Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan choc chips atas adunan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 18 - 20 minit. Sejukkan atas redai..

5 comments:

TRISYA ALEESA JAMIL said...

salam kak, oggix tak ok ekkk?? dah 2 hari kan???

jo ayee said...

wah kak ummi..rajinnya buat muffin..tak per ada yg memakannya kan..kat umah ni lambat tol habis..

mamasya said...

Salam k.Ummi

Samalah kita buat cho chips muffin.sedap muffin nikan. anak2 kat rumah suka.sebelum ni kalau buat tak laku sgt.
S'mat berhujung minggu buat k.Ummi sekeluarga...

Ummi said...

Trisya, wkumsalam..tk sudi dtg..aa ari tu oggix x ok 2 ari, tu pasal maleh je nk msuk blog..hehe..

Jo - alah jo, dah lama x buat..sesekali kids demand lak..bkn rajin sgt pun..

Mamasya - aa sedap yang ni, ari tu ada tgk mamasya buat, tu pasai jangkit la nih! hehe..tk, slamat berhujung minggu jgk wat mamasya n fmly..

Mama Ishazah said...

saya dh cuba kak..menjadi la..tq kongsi resepi..