Semalam walaupun dah ada lauk, tp bila hubby bawak balik udang dari Kuala Rompin yang memang terkenal ni...anak2 suruh jugak ummi masak, so masak pedas macam ni memang laju kat rumah ni, kalu masak lemak ke, kari ke, ummi dgn hubby je lah yang kena makan, anak-anak x minat langsung..
Bahan:-
10 ekor udang galah
6 biji cili merah - kisar
1 cm kunyit - kisar
1 cm halia - kisar
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu besar gula
3 batang serai - ketuk
garam
Cara Memasak:-
Kepala udang dikerat pada bahagian tajamnya, cuci bersih keseluruhan udang. Toskan dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit sedikit. Panaskan minyak dan goreng sebentar sahaja, angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis serai hingga naik bau, masukkan bahan kisar, kacau dan masak hingga naik minyak dengan api perlahan. Masukkan udang, gula dan garam. Gaul rata dan angkat.
Petang semalam hubby balik dari Tioman singgah di Kuala Rompin yang memang terkenal dengan udang galah dari sungainyaa...now harga bagi gred B (*ummi suka yg besar sedang camni..kalu yang besar sgt isinya kasar sikit..) dah mencecah RM28.00 sekilo...hubby beli 2 kilo, ummi bagi jugak kat family adik sikit. Udang ni dah disimpan elok2 dalam ais oleh peniag-peniaga. Ramai pengguna jalanraya Kuala Rompin selalu singgah beli udang di sini...Wpun x fresh dari sungai, tapi isinya masih sedap!
No comments:
Post a Comment