Wednesday, April 16, 2008

Sup Ikan Merah

Dah lama x buat sup ikan merah ni...my kids prefer masak pedas2 gitu..ni ummi buatlah sekeping ikan merah n campak je lah segala sayuran suun, fucuk sume, senang xyah masak sayur dah kan..

Bahan:-
1 keping besar keratan ikan merah
1 cekak suun - rendam dan tos
sedikit fucuk - rendam dan tos
1/2 batang lobak merah - potong 1 in memanjang
1 biji kentang - dadu sederhana besar
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili merah - hiris serong
1 sudu kecil rempah sup
3 cawan air
garam
daun sup untuk hiasan (*ummi xda stok dah)

Cara Memasak:-
Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan air. Bila mendidih, masukkan fucuk, suun dan kacau sebentar. Masukkan lobak merah dan kentang. Bila kentang separuh empuk masukkan ikan, cili merah dan garam. Biar mereneh dan mendidih. Tutup api dan taburkan bawang goreng dan daun sup. Hidang.

No comments: