Monday, April 14, 2008

Mee Kari


Ummi letak pict dulu lah ek..nnt bagi resepi dari Kak Liza ni..ngantuk aaarrr...esok pun ummi cuti nk balik kampung jap tengok adik lelaki bujang accident ptg semalam...kat hospital baru Temerloh..k, nnt letak resepi ek..
Ok, ni resepinya, tk kerana sabar menunggu...:D
Bahan:
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
taugeh (buangkan akarnya) - ummi celor sikit
bawang goreng.

Untuk hirisan dan potong kecil:-
Tauhu - goreng
daun bawang dan daun sup
cili merah
limau kasturi/limau nipis
telor - rebus dan kerat (*ni ummi saja tambah)

Bahan Kuah:-
1/2 kg ayam - potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake
2 sudu besar cili mesin
3 sudu besar rempah kari (bancuh dengan sedikit air asam jawa)
5 - 6 cawan santan dari sebiji kelapa
minyak
garam

Bahan Mesin:-
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak:-
Tumiskan bahan yang dimesin beserta cili kisar hingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan biarkan rempah masak. Masukkan ayam, fish cake, chicken ball dan masukkan santan. (*ummi biarkan ayam masak lama sikit dulu, baru masukkan santan). Reneihkan sehingga naik minyak. Hidang bersama mee dan bahan2 hirisan tadi.

2 comments:

mamasya said...

Assalammualaikum

Mee kari ni antara favorit kat rumah.anak2 suka betul makan. selalu jugak masak bila week end.
tembosa kat bawah tu belum pernah cuba lagi...kalau dkt rumah k.Ummi confirm minta sebtg nak rasa..

Semoga adik k.Ummi cepat semboh dan tak mengalami kecederaan yg serius.

ummi said...

wkumsalam mamasya..hehe..kat rumah ni kalu ikutkan suka nasi lg..tp sesekali pekena mee kari ni bolehlaa..tekak kg sume..hehe temosa lak dh licin sekejap je anak2 sedara dtg.. Tk atas doa mamasya..insyaAllah