Friday, April 4, 2008

Ayam Pedas Madu Berempah

Ni satu lagi versi masakan ayam pedas...anak2 kalu masak cam gini..memang sapu bersih..hehe

Bahan:-
6 ketul ayam - sederhana besar
4 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil rempah ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar rempah kari daging/ayam
1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula
sedikit garam
4 sudu besar minyak

Cara Memasak:-
Ayam digaul dengan serbuk kunyit, rempah kari dan garam. Goreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar, gaul rata. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis. Gaul sebentar dan masukkan ayam. Masukkan cuka makan, sos cili, madu, gula dan sedikit garam secukupnya. Masak sebentar dan gaul rata. Tutup api.

3 comments:

noreen said...

ummi resepi nie pakai serbuk ketumbar atau rempah ketumbar? tak penah dengar rempah ketumbar ler tolong jelaskan cam senang je nak masak sbb taim keje mmg lauk cam gini je masak abih cito

ummi said...

noreen, i mean serbuk ketumbar, sorry ek..nak cepat2 taip tu..aa senang sgt n budak2 suka yg pedas2 gini..laju jek! hehe..

HomeKreation said...

Dear Kak Ummi,
Tried your recipe today & yes, yummy! Maceh ya kongsi respi & Along minta izin kopi paste kat blog along. Mmmmuah....lebiu.....AlongRoz