Saturday, October 30, 2010

Agar-Agar Santan Gula Melaka

Dessert yang sempoiii tapi sedap kan, kan....betul taaaakkkk? Hehehee.....Anak-anak n hb pun suka sangat....kalau nampak yang ni, terus jek capai masuk mulut...kalau yang pelik2 kena tanya dulu ni dessert apa, rasa apa, letak apa....adeeeiiii...heheheee....Layaaann...penah dah buat perisa pandan mcm kat Sini.....yang ni pulak akak main agak2 jek...nampak ada sepaket agar2 tali dah lama beli x buat apa2 lgk..hehe....alhamdulillah....teramat elok jadinya, x lembik, x keras sangat...akak guna stok yang ada jek...santan cair segera + 1/2 paket santan serbuk...nak habiskan saki baki...tu pun kira dah terlebih santan tuuu...hehheee..kalau family x ramai, buat half resepi ni pun dah ok..akak buat banyak kasi family adik...hehe

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan:-
  • 1 paket agar-agar tali (+- berat 37 gm.)
  • 1550 ml air
  • 2 cawan gula melaka (hancurkan sikit baru sukat)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • *1 kotak kecil (1 cawan) santan cair segera (Ayam brand)
  • *1/2 paket santan serbuk + air (*campurkan kedua2 bahan cukupkan sukatan 2 cawan)
  • 2 biji telor
Cara-Cara:-
  1. Basuh agar-agar tali dan toskan.
  2. Basahkan loyang/acuan pilihan dan ketepikan.
  3. Campurkan telor dan santan, kacau sebati, tapis dan ketepikan.
  4. Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan agar-agar larut.
  5. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau dan masak hingga gula larut.
  6. Tapiskan agar-agar ke dalam periuk lain dan letak semula atas api. Panaskan semula biar mendidih dengan api sederhana.
  7. Masukkan bancuhan telor dan santan tadi. Kacau perlahan hingga nampak mendidih sikit di bahagian tepi periuk dan santan mula naik berkepala sikit jek...Tutup api.
  8. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan.
  9. Biarkan sejuk sebentar dalam suhu bilik dan masukkan dalam fridge. Hidangkan bila betul2 sejuk.

Sausage Bread Rolls

Salam....waaaaaa ala-ala malas jek nak update blog...apasaii ntah...agaknya ikut cuaca yg mendung dan badan pun naik lemauu...hehehee, japgi nak gi kenduri lak....Meh la layan roti sosej gulung ni.... Biasa buat akak letak sosej kosong jek...kali ni belah tengah dulu, letak sosos kat belahan sosej tu then baru gulung. Dah selalu buat, saja nak letak hari ni...hehehe...selalu jadi bekalan buat Aiman gak laa.. Kalau nak resepi tengok Sini la eh...boleh edit mana2 suka..

Friday, October 29, 2010

Lempeng Pisang Oat

Salam petang jumaat....dah makan ke belum? Hehee...kalau malas masak macam akak ni...ha pi lah cari pisang, godek2 dengan oats, pastu tempek kat kuali....manyaaakkk sedappp leerrr...Ni pulak musim hujan kan, pekena dengan kopi O...wadusssss...enak banget makan panas2...hahaa...Ni kan, kan, kan, menu senja merangkap makan malam akak semalam...hahaaa...Kebetulan Aiman makan nasi dah lewat petang, so kira x kesah dia tu..Lagipun ada pisang emak bagi melalui adik, dapat pun dah ranum sangat...ha ni je lah yang sesuai...wah kenyang sangat la makan....kira healthy food n sesuai tu diet la konon2..hahahaha...adehh tembam sebab banyak ketawa rasanya...Layaaann yang sempoi-sempoii lak...jooomm...

LEMPENG PISANG OAT
Resepi: Ummi@ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 3 cawan pisang yang dilecek
  • 1 cawan oats
  • 1/2 cawan susu segar
  • sedikit gula (optional, kalau pisang dah manis xyah letak )
  • sedikit garam
  • sedikit minyak masak
Cara-Cara:-
  1. Campurkan aje semua bahan dan gaul sebati.
  2. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan dan letak setitis dua minyak masak.
  3. Ambil sesenduk dan leperkan adunan jadi diameter bulat 3 inci.
  4. Balikkan lempeng dan goreng hingga kuning keemasan atau kalau suka kasi garing2 sikit.
  5. Angkat dan hidangkan panas2 suam dengan kopi O...waa terangkat uuuu...selamat mencuba!!
(*Nota - Lempeng memang sungguh lembut dan berhati-hati ketika membalikkannya..)

yuukk....makan yuuukkk!! hehe

Thursday, October 28, 2010

Zebra Cake - Not Tiger Cake..okaayyyy

UPDATE - TERJEMAHAN RESEPI ATAS PERMINTAAN:
Buat pengunjung bernama Liza, akak dah translatekan lebih kurang resepinya yaaa...selamat mencuba!!

Hahaha baru semalam akak suh makan pau jek, berenti wat kek..hehe..ni kek kuda belang timbul lak eh...bukan kek rimau belang tau! sapa yang ngada2 sebut "rimau" tu siap dia...mmg x lama hayat...hahahaa. Antara kek yang paling sedap nih! Kek ni x berapa cantik permukaannya, sebab masa tengah melapis tu baru akak perasan akak terguna loyang kecik sikit, loyang bulat 7 inci jek..sepatutnya loyang bulat 8 inci...adeeii...tengoklah gambar kat bawah masa dlm oven tu ha...dah naik cantik, nak tersembur kuar, merekah jadinya...apapun, sangat sedap kek ni, adunan ala2 swiss roll gitu..lembut memikat...hehee...Akak ceduk resepi dari dapur Gert (My Kitchen Snippets) tp asal dari Jo's Deli & Bakery...Thanks Gert! Malas nak translate..ngeee

ZEBRA CAKE
(Source: Gert)
Ingredients :

6 eggs ( 6 biji telor ) - akak guna saiz B jek
110g sugar (110 gm gula) - akak guna gula kastor
150g cake flour (150 gm tepung kek) - akak guna jenama Bluekey
1/2 tsp baking powder - 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 tbsp emulsifier/ovalette (optional) - i used ovalette (1/2 sudu besar ovalet)
100g butter, melted - 100 gm mentega, dicairkan
30g condensed milk - 30 gm susu pekat manis
1 tsp vanilla essence (optional) - 1 sudu kecil esen vanila
2 tbsp cocoa powder * ) - 2 sudu besar serbuk koko - akak guna brand Van Houten
1 tsp of instant coffee *) - 1 sudu kecil kopi segera - akak guna pes kopi
*Mix this 2 ingredients with 3-4 tbsp of hot water (campurkan kedua2 bahan dengan 3-4 sudu besar air panas, kacau sebati)

Method:-
  1. Preheat oven at 350 degree F. Prepare and grease a 8 inch round cake pan. (Panaskan dulu oven pada suhu 175 C - ini untuk oven akak la yea)
  2. Sift flour and baking powder. Set aside. (Ayak tepung dan serbuk penaik, ketepikan)
  3. Beat eggs, flour, sugar and emulsifier on high speed for 10 minutes or until batter turns light and creamy, i.e. thick ribbon state. To test, lift beater. Batter drops from beater should disappear when you count from 1 to 10. (Pukul telor, tepung, gula dan ovalet pada kelajuan maksima selama 10 minit sehingga adunan bertukar keputihan dan berkrim. Untuk uji adunan, angkat adunan dengan pemukul dan buat kiraan 1 -10 baru adunan jatuh)
  4. Pour melted butter, condensed milk and vanilla essence (if any). Mix at slow speed. (Tuangkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanila, pukul pada kelajuan perlahan)
  5. Divide batter into 2 equal portions. Fold chocolate solution into one of the batters. (Bahagikan adunan kepada 2 sama banyak. Masukkan bancuhan pes coklat pada salah satu adunan dan biarkan satu lg adunan pada warna asal)
  6. Using tablespoon, scoop 3 tbsp of uncoloured batter into centre of cake pan. Then, scoop 3 tbsp of chocolate batter on top of uncoloured batter. (Dengan menggunakan sudu makan, skopkan 3 sudu besar adunan kosong betul2 di tengah loyang kek. Kemudian skop lagi 3 adunan coklat dan letakkan betul2 ke atas adunan kosong tadi)
  7. Repeat until you have finished about half of the batter. Reduce to 2 scoops each now and continue layering. (Ulangi langkah ini secara berselang seli hingga separuh adunan habis. Sambung lapisan dengan mengurangkan kepada 2 skop pula)
  8. Reduce the amount of batter gradually until you only pour 1 scoop of each batter finally. The circles become smaller and smaller as your pour. (Kurangkan jumlah adunan sedikit-sedikit sehingga yang terakhir kepada 1 skop sahaja) Lapisan bulatan akan jadi semakin lama semakin kecil nnt.)
  9. Bake in the oven for 40-45 or until golden brown. Let cake in pan for 10 minutes before turning it on to a wire rack to cool complete. (Letakkan di tengah2 oven dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama lebih kurang 40 - 45 minit atau sehingga kuning keemasan. Biarkan kek dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas wire rack untuk sejuk sepenuhnya.)
Note : Emulsifer is a stabilizer for cake batter when beaten rapidly, provide delicate and soft texture to cake.

tengoklah...terlebih naik la sudah sebab guna loyang kecik sikit..huhuu

Pau Tepung Gandum - Resepi Yani

Amacam, tak nak mengepau ke...heheee....meh try resepi dari dapur Yani Deco Choco lak ni...sesuai untuk mereka yang tiada stok tepung pau...sangat lembut, buat petang lembut sampai ke malam, sampai ke pagi n petang esoknya jugak....sangat puashati...Akak suka!...Thanks to Yani, izin akak copy n share kat sini pulak yea...nnt boleh buat lg, try inti kacang ijo + kelapa muda parut lak....teringat tu style mak akak buat inti laa...best ooo! Untuk makluman, doh ni akak just masukkan je dlm BM dan tunggu hingga kerja ulian doh siap.....cantikkkk! Boleh bakar 2 biji kek masa tunggu doh ni siap...hehe

PAU RESEPI YANI

Bahan-bahan:- ( 8 biji )
**akak buat 2 adunan dpt +- 24 biji

• 300g tepung gandum/tepung pau

• 2 sudu kecil baking powder
• ¼ sudu kecil garam
• 160-165g air suam
• 2 sudu kecil yis kering
• 2½ gula halus
• 1sudu besar lemak sayur
• Inti secukupnya (kaya, kacang merah, kelapa atau sebagainya)

Cara-cara
  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, yis kering dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin dan lembut. Buat bentuk bulat. Letak di dalam mangkuk. Tutup dengan tuala lembab. Biar doh kembang sehingga 2 kali ganda.
  5. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik. (untuk proses 1 - 5, akak gunakan BM jek...hehee..mmg sangat elok jadinya)
  6. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  7. Ambik sebiji doh, ratakan diatas tangan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  8. Apabila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  9. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

baru siap kukus....2 thumbs up! cantik naik..

Wednesday, October 27, 2010

Akhirnya Terlaksana Niat Murni - Gader-Gader Lagi

Taraaaaaa...jangan jelesss..jangan jelessss....alhamdulillah akhirnya terlaksana niat murni ingin bertemu muka, bergurau manja sambil menjamu selera di rumah Maz Ilham Dapur dan MamaFaMi di sekitar Subang Jaya....impian dirancang sekejap cuma, Allah merestui dan para suami masing-masing yang begitu understanding....dilepaskan isteri-isteri dari pagi hingga ke petang...Akak bersama anak akak, Najwa dihantar oleh hb berhampiran Uitm Shah Alam dan dari situ bersama Jun Yummylicious ke destinasi. Tapi Najwa turut sama sebab katanya dia nak makan puas-puas haa..hehe.... di samping jadi photographer la konon2nya...Dia pun seronok dan suka tengok gelagat kaum2 ibu ni hehe....Terima kasih banyak kepada Maz yang beriya-iya sungguh menyatakan hasrat dan menjemput akak ke mahligai indahnya dan juga Mama pun yang begitu ramah dan sopan-silu gitu...Memang happening dan naik feniiinnn2 bila dah berjumpa....banyak sungguh berborak, bercerita, ketawa gegar gempita, sakit rahang dibuatnya...adeeiiii...macam2 tajuk, politik ada, lucu ada, tips ada, ilmu pun ada, kisah dan teladan pun ada....hahahaaa...sampai sekarang akak masih teringat2 saat manis bersama 3 wanita hebat, ceria, cantik dan berhemah....wahahahahaa...akak jek yang gelak ala-ala witch...hahahaha... (*sori la yea...gambar banyak kena tapis2 serbuk dulu, baru leh kuar sini..hehehehe...)

Terima kasih kepada Maz yang bersusah payah menyediakan sarapan pagi merangkap makan tengahari dah pun....borak2 dari jam 11 pg sampai kul 2 ptg....Maz, terima kasih atas takoyaki mu yg sedap banget, satay dan kuah kacang, pulut kuning *kerabatzzzz* dan rendang daging....lagi apa eks...tengok kat bawah ni ada lagi...

Siap dengan cheesecake, brownies, dan dessert paling ringkas yang hampir lupa nak hidang...fresh fruits dessert, nasib baik sebut citer2 Mat dan kisah stoberinya di Tesco, baru igt nak keluarkan dessert ni, xpun harus x merasa kitaorang...hehehee..Banyaknya makanan ko prepare Maz....terima kasih x terhingga dengan segala yang ditapau tu..hehe (yang bertopeng putih tu la tuan rumah...hehe)

Melayan MamaFaMi yang baru datang....sakan lagi borak sebelum berangkat ke rumah Mama...adeeeeiii...banyak ilmu dan tips dikongsi...Cepat la Mama makan, orang nak pi rumah Mama lak ni...si Maz duk menapau kat dapur...hehehee (sorry la kepada peminat Mama ya...xleh tayang muka gak ni..hehee, nnt kena "pengg")

Tibalah masanya di rumah Mama pulak....cepat Maz tuang air kopi tu...x sabar nak cicah roti Mama yang montoks2 tu...hehehee.....adeeeiii macam2 jugak Mama ni masak...akak dengan Jun sampai x tau nak makan mana dulu laaa..hehehe

Tu dia sentuhan MamaFaMi ku cayangggg.....tuna puff, blueberry cheese tart, macaroni goreng n roti2 montoks Mama...hehehee...apa lagi, soruuuu laaaa...

Hadiah pertama dimenangi oleh adeeeeiii..sapa ek Jun...Maz ke...hehee..dia punya kerja la ni...tu dia hasil-mahsul air tangan 3 wanita cute.. Jun dengan 2 jenis kek dan 2 jenis pudding dan jugak bekalan tapau dari dapur Mama dan Maz...yahoooo...suka2....semua ada...

Posing2 ala kekenyangan dan sarat mengandungi lemak cheese dan rendang segala....adeeeiiii...balik ni timbang tengok laaa...mau pinggsaaannn tengok jarum ituuu mesin yang selalu buat akak sakit hati...huhuuuu

Akhir kata, terima kasih buat Jun dan suami yang sudi tumpangkan akak dan Najwa untuk ke rumah Maz. Terima kasih banyak buat Maz dan Mama yang merancang pertemuan ini sehingga menjadi kenyataan...Maaflah ummi hanya bawak perut kosong jek...masak n baking2 pun, dah bekal tuk Najiha dan tamat riwayat kat rumah adik2 akak jek...insyaAllah akak bawak hasil air tangan akak di kesempatan yang lain pulak eh....muahhhh to all of you, great ladies!!! May you all be blessed always n always....! Maz, nnt bercuti ke Bahrain jgn lupa kan Mama tu...hehee, sian laaa xda org ting tong pagar nnt...hehehe...Akhir kata, buat Maz, Mama n Jun, pohon berbanyak maaf sekiranya ada tutur kata yang pincang dan terusik rasa, sungguh x disengajakan dek kerana terlalu seronok bersembang agaknya...Moga ukhwah yang terjalin, bertambah erat...Salam sayang...

*** weeeyyy, lupa nak terima kasih kat cik abang kita yang sudi menghantar n mengambil kita kat depan Uitm tu...hehe

Tuesday, October 26, 2010

Bahulu Ros

Salah satu menu yg akak buat sebelum ke KL jugak tuk bekal wat Najiha n adik2 kat KL la jugak...Kek ala bahulu kampung yang sungguh sedap....xda guna butter/margerine pun....Memang sangat sedap, bahagian atasnya rasa lembut bersakar gitu...kerak2 lembut kiranya....akak suka! Dapat cicah teh O or kopi O mmg sedap! Juga dari dapur Wana Potret Kasih jugak ni, kebetulan duk melepak n ronda2 kat dapur dia haritu..hehe...C n P lagi ya Wana...Resepi asal dari MyResepi katanya....Bahan dan caranya jugak amat senang...layaaannnn...

BAHULU ROS

Bahan:- (loyang bulat 20cm)

  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
  • 1 sdt esen rose
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah

Cara Penyediaan:-

  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen rose.
  3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
  5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan) - akak swirl sikit dengan chopstick..
  6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam. - akak bakar dlm 45 minit dah ok...

permukaan berkerak lembut mcm bahulu biasa acuan kecil2 tu...sedaaappp!

Bebola Roti Goreng

Salam semua....baru kerja hari ni sbb semalam cuti besday Sultan kat sini..heheee (*mat, ko jgn sebut2 kat sini tau...kang ada kena kerat leher kang). Sebenarnya akak nak je masukkan entry gader2 kat Shah Alam kelmarin...sungguh happening n fenin2 jadinyaaa...adeeeiii, leh senyum sorang kalau diingatkan...sabar yea...mlm td baru sempat resize gambor jek...ni akak masukkan dulu la entry masak2 sebelum pi KL baru ni....okay, layan la menu sarapan hari Sabtu seblm pi KL, dah ramai pun try...Dulu akak pernah gak buat, tp letak sikit tepung untuk jadikan jemput2...tp yang ni akak dpt dari dapur Wana Potret Kasih yang resepi asalnya dari Lizahanum...izin akak C n P resepi kat sini ya Wana...thanks semua!

BEBOLA ROTI GORENG

Bahan:-

  • 14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah (potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dadu halus2)
  • sedikit daun sup/bawang (hiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis
  • 6 ekor udang sederhana ( di potong kecil2 )
  • minyak utk menumis

Cara penyediaan

  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.
  2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk.
  3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.



Saturday, October 23, 2010

Ikan Tenggiri Masak Kicap

Lagi satu menu dinner malam semalam laaa..hehee...Akak beli 2 keping ikan tenggiri dan masak kicap pedas je....budak2 ni kalau lauk pedas2 laju je laaa.....Aiman kurang suka dengan tomyam...hehee...Layaaannn.....x dan nak letak resepi dah laa...alaaahh biasa2 jugak la ni pun...tiada yang pelik melainkan biasa2 aje di dapur Home Sweet Home ni..hehheee...okaayyy...


Tomyam Sempoiii - Permintaan Najwa

Hari ni akak bz sangat2...duk membaking sikit wat bekal Najiha nak balik esok....Seharian duk kat dapur, ni pun japgi dah nak bersiap ke KL laaa...so just nak share jek menu dinner malam tadi..ingat malas nak masak taauuu...tp apasaiii ntah terajin pulak bila Najwa mintak tolong buatkan jugak tomyam haaa....dia yg banyak tolong siang2kan bahan...hehee...senang keje...guna paste yang akak beli kat Padang Besar dulu.....ada lg tu...tp kali ni buat cair sikit, sbb dulu terlebih letak, merah dan berminyak sangat, anak2 xnak....so layan je laaa eh...kalau rajin nnt2 la akak letak resepi...alaaahhh bahan biasa2 jek laa...tp ni mmg tomyam ayam sepenuhnya...hehe..Layaaannnn...Kalau rajin akak update lg dari KL nnt eh...pinjam laptop n broadband Najwa kalau dia free..hehehee


Friday, October 22, 2010

Fettuccine Carbonara

Salam jumaat....waaa sekejap jek ari jumaat dah eks...wiken ni Najiha dah nak balik kolej semula dah...next week student U dah ramai yang start semester exam....Semalam akak sempat masak pasta jek tuk dinner kami anak beranak....sempoiiii yet sooooo marbelesssss...Najwa punyalah bertambah....sungguh cheesy....aiseeeyyyy teramat sedap carbonara ni....adeeeiiiii...Resepi dari buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi...uisshh banyak lagi nak kena try...suka resepi k.Liza ni..bahan sempoiii tp rasa komaiiinnn....x ngalah! Hehee..okayy akak share resepi kat sini...Thanks k.Liza!
FETTUCCINE CARBONARA
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
  • 300 gm pasta fettuccine
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 10 batang sosej (dihiris nipis) - akak campur2 sosej blackpepper jugak
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • *1 biji capsicum merah
  • *1 biji capsicum hijau
  • *1 biji capsicum kuning
  • * 2 biji tomato
  • * 1 labu bawang besar (* dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 suduk kecil serbuk oregano
  • 125 gm keju Cheddar (dipotong halus) (akak guna parutan Cheddar)
  • 100 gm keju Parmesan (dicincang halus) - akak guna yg siap parut halus
  • 30 gm daun parsley (dicincang halus)
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Masak air secukupnya di dalam periuk dan bila mendidih masukkan garam sedikit dan fettuccine, masak hingga lembut (lebihkurang 8 - 10 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak jagung dalam kuali non stick dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sosej, tomato, cendawan butang dan ssu segar. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata lg.
  5. Masukkan keju Cheddar, kesemua capsicum dan masak hingga kuah pekat.
  6. Tuangkan ke atas fettuccine dan taburkan daun parsli dan keju Parmesan.
  7. Sedia dihidangkan.

Thursday, October 21, 2010

Nasi Lemak Cinta Sayang Di Shah Alam

Okayyy hari ni xda apa entry masak2 dr akak sbb baru blk dr KL mlm td...hehe..Pagi semalam seawal jam 8.30 pagi kita dah berada di Shah Alam, lepas antar Najiha berurusan kat Uitm tu haaa....akak dengan hb round2 jap la kat i-City yang xda cahaya tu..hahahaaa, sian akak....orang pi malam...kita pi siang matahari nak naik tu...adeeiii...xpa laa saja2...tp maleh jek nak tunjuk gambar akak berdua2an posing kat situ..hahaha..mcm dah xda tempat nak pergi...nak panjat Jakel tu x buka lagi...Pastu tak sampai satu jam, Najiha dah siap urusan dia...amik dia dan pekena la nasi lemak cinta sayang ni...waaaa..kita angkut semua lauk pauk dia nak rasa laa...not bad...tp sambal mcm terlebih manis semuanyaaa...weeey nnt kencing manis kita...hahah..tp still sedap laaa...

Dah siap makan, jam baru kul 10.20 pagi haa....cakap kat hb, nak jugak laa masuk Jakel Shah Alam ni...hahahaa...tunggu kejap jek, jam 10.30 pg pintu Jakel bukak dah...waaaa, sonok xda org pun...kira first customer la kot...rembat gak la kain 3 pasang....waaa, kapuuuttt duit...tetiba dah lepas raya beli sibuk beli kain...hahahaa...alah nk ganti baju kita baru ni yang dijahanamkan oleh tukang jahit 3 pasang haaa....alah xmo citer la yang tu...kang si Mat tu ngusik kita..lupakan je laaahhh!




Banyak snap gambor kat i-City ni, tp tiba2 segan pulak nak tayang gambor akak dating dgn hb kat sini..pepagi buta uuu..apa ke jadahnya...hahahahahhah..dah la tu, org amik gambor sini malam2 baru cantik..hahahahhaha..xda keje la ni..

Wednesday, October 20, 2010

Happy 12th Birthday Aiman Hazwan

Happy Birthday to you...Happy Birthday to you...Happy 12th Birthday to my youngest boy, Aiman Hazwan....Mak, abah, abang dan kakak semua doakan, semoga kejayaan, kecemerlangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat jua yang akan mengiringi kehidupan Aiman. Harap dalam lindungan Allah swt. selalu hendaknya...Kami semua sayangkan Aiman...muaaahhhh! muaaahhh! muaaahhh!

Waaaaa...posting yang terlewat dari Gombak ni....Dari tengahari tadi dah nak letak gambar2 untuk entry ni selepas acara potong kek la kononnya..tp blogger tengah dalam penyelenggaraan hingga kul 5 ptg ni td. Xleh upload image...ni baru boleh.... Kali ni x sempat la nak baking kek tuk Aiman sebab lepas ofis semalam dah pecut ke KL sebab kena hantar Najiha ke Uitm Shah Alam kejap pagi ni....So dah siap urusan Najiha kita pi Jakel sambar2 kain dulu...hahahaa..pelanggan pertama la jugak kiranya, tolong tolak naik pintu Jakel Shah Alam tu..hahahaa...kul 11 lebih bertolak balik ke Gombak dan belikan besday kek ni tuk Aiman....So, jamuan ringkas je lah di rumah mak sedaranya tadi...hehee..okay la Aiman kan....Japgi nak balik ke Kuantan daahhh....K, layan laaa Oreo Choc Cheese Cake ni...sedaaaaapp gaaakkk...hehehee



Tuesday, October 19, 2010

Yong Tau Foo - Resepi II

Selamat petang semua....dah kenyang makan belaka ke...ke dah ngantukss pun..hehehe..Okay ni just nak share dinner akak malam tadi..hahaha....tu diaa..ala2 bajet lari jek gayanya yea..hahaha, xda laaa..dah lama beli bahan seafood ball/cake ni kat pasar tani, buatan bumiputra ni...bila nak buat asyik tertunda jek...jadi malam tadi cakap kat hb n anak2 kita makan Yong Tau Foo je laaa..actually budak2 mmg suka ni...So balik semalam buat lah menu paling senang n sempoii ni...cuma bahan2 seafood cake/ball ni akak rebus dengan air rebusan yang diisi dengan rempah ratus sup...lebih sedap laaa...nak hirup sup pun ok! Okayy layan dulu la eh...petang ni akak ke KL sebab esok pagi Najiha yg tgh study leave tu ada aktiviti penting seharian kat U dia, petang esok balik laaa semula...

Okayy kali ni bahan kuah yong tau foo ni akak guna resepi asal dari Minami @ MyR, tapi ceduk dari dapur mokcik Hana yang rajin masak tu haaa...kita ni kadang duk ofis terliur jek tengok...huhuuuu...Thanks to Minami n Hana...akak c n p dari Hana la eh..

YONG TAU FOO

Bahan-bahan:-
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air- hana gune tpg gandum
  • sedikit ajinomoto- jika suka.
Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. (*akak kisar sekali belacan n cili kering)
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili n belacan yang telah dikisar tadi.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain. (*akak makan dengan segala seafood ball/cake laaa..hehehe...keluaran bumiputera)


Monday, October 18, 2010

Tuna Sandwich Croissant

Salam....Weekend kelmarin sungguh bz dengan kenduri-kendara dan hal ehwal rumahtangga (wpun rumah xda tangga, hehee..) macam biasa...Xdalah sempat masak apa sangat pun. Kenduri pulak jauh kat Muadzam Shah sana, kalau keluar tengahari sure petang la sampai rumah. Lagipun ni jemputan kenduri ex-neighbour masa akak duk sana 12 tahun yang lalu...Balik kenduri ronda-ronda lak....so ni sarapan pagi minggu sebelum pergi kenduri laaa...kul 11 lebih siap2 semua bertolak ke Muadzam Shah. Hari Sabtu pergi Giant soping barang2 dapur, nampak croissant puff ni so akak ambik la sebekas, nampak donut gebusss jek, sambar 2 bekas...hehee...So jadi bekfes di pagi minggu.

Croissant ni akak just sumbat dengan tuna mayonis jek....so begitulah keterjadiannya Tuna Sandwich Croissant akak ni..hehehee...layaaan je la yea...

Turut seiring dengan nescafe panas dan donut gebusss keluaran Giant..hahahahha. Kita penat mengemas sakan, cuci esbok segala hari Sabtu tu, so x masak apa sangat, sempoi2 jek menyambut kepulangan anak2 dara balik malam tu, masak sambal tumis telor pecah dengan sotong goreng kunyit gitu jek...x kuasa nak letak entry pun..