Tuesday, October 5, 2010

Bingka Roti Berlauk

Salam semua, apa khabar? Sori lah yeaa, lama x update, akak punya pc wat hal start jumaat hari sampai isnin baru leh masuk wad, kasi operation sikit, pastu nak tunggu sembuh dan kembalikan mood tuannya pun satu hal...hehee...dah macam sonok sakan lak xyah mengadap blog...Yang bestnya, bila x online sabtu n ahad, habis akak operasi bilik anak2 semua, asing segala pakaian, beg2 sekolah, beg pakaian, majalah, buku2 teks, toys dan barang2 lama kasi hantar ke tempat sumbangan barangan terpakai haa...mana yang perlu dibuang, akak buang lah....bantal2 yang agak dah lusuh tu habis ku buang ke tong sampah besar sana....Waaah dah banyak ruang dalam kabinet anak2 kat atas tuuu...Nanti diaorg balik study leave pertengahan bulan ni, akak nak suh depa asingkan semua baju2 yg xnak pakai dah tu...kasi longgar sikit dlm almari...hehee...

Apapun, aktiviti masak tetap masak, cuma x la laju sangat, sebab keletihan mengemas dan kitaorg 3 beranak keluar soping2 barang sikit dan makan kat luar ler..hehee...Hari Sabtu akak sempat lah prepare Bingka Roti Berlauk ni. Resepi asal dari Chef Hanieliza, tp akak ceduk dari dapur CMG tu...tangkap leleh betul makan bingka nih...sungguh sedap...teramat sedap...Aiman pun suka tauuuu...susah dia nak makan kuih2 camni selalunya...kali ni duk tanya jek, ada lg tak, boleh makan lg tak...weeey rugi akak wat separuh adunan bingkanya tu...inti lak akak wat ikut resepi asal, tp lebihannya tu Aiman makan dengan roti sosej lak...Layaaannn... Betul cakap Mat, tersangat sedap!! C n P dari dapur Mat la eh...thanks Mat!

BINGKA ROTI BERLAUK (utk separuh adunan, akak guna loyang 7x7x3 in)

BAHAN BINGKA ROTI :-
10 - 12 keping roti putih (mat guna 12 keping)
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN LAUK :-
400 g daging cincang (mat guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-
  1. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
  2. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!!

10 comments:

fara dean said...

salam kak
nampak sedappp sangat!!
bole cuba ni..

kakliza said...

sedapnyaaaa...

Mat Gebu said...

Memang sedapp....nak buat juga lahh...

Fiza Nordin said...

nampak sedaplah k ummi...rase mcm nak buat la ni jugak pulak....haishhhh

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi KakUmmi, Love dtg pagi2 ni for breakfast! Heheheh ;)

Yatie said...

Salam K.Ummi,
Uish sedapnya tngk bingka roti berlauk ni....kat esbok bahan2 semua ada tu...roti pun ada 2 buku tu(masih berbaki lagi tuu)....nak wat gaklah....kecurnya....

Uncle Lee said...

Hello Ummi, my wife had made that 'Royal dinner' dish....your recipe. I will send you the pictures asap.

And? She made together with nasi lemak. She used mackeral to try first.
Will use garupa next time....we invited some friends to come for dinner and all praised that dish.
I told them a lovely lady in Kuantan gave us the recipe.
Ummie, semua makan dua big pinggan nasi, ha ha.
Betul sedap, finger lickin' good, ha ha.

My isteri and I say, 'terima kaseh seribu', Ummi......

I love your this dish this posting as well previous.
Have been busy with o/seas visitors....
You stay young and have a nice day, Lee.

Mas said...

kak..nampak menggoda dan sedap la...nanti nak try buat juga la...

Ummi said...

Faradean -
Wkmsalam..bkn nampak sedap jek, rasa pun sedap i tell uuuuu..hehehe, try eh!

Kak Liza -
Memang marbelessss...tq share resepi tuu...x puas makan lak, rugi wat half adunan..dpt makan ni x makan nasi pun xpa..muaahhh!

Mat Gebu -
Nyampaassss...dengki la tuuuu...hehehee..ko buat 1 adunan x abis kan, nnt bg akak half, suka sesangat laaa..

Fiza -
Memang sodapp Fiza..sangat puashati..akak x makan nasi seharian tau duk ulang makan ni jek..betuuuiiii!

Love -
Hi Love, meh masuk...alamak this bingka finished already...milo jek boleh? hehehe

Yatie -
Haaa, apa lagik..pi godek buat cepat, jangan tunggu lama2, nnt lama2 roti naik berkulatt.. ^__^

Lee -
Hi...Wooowww, nice to hear that you've had that "royal dish" with your special guests! Really can't wait to see your posting..hehee.. Thanks to Mr. Mat Gebu also for sharing his great recipe!

Mas -
Memang best nih! Betuiiiii...hehe

Watierman, rmanbkr said...

Salam Lebaran ...maaf zahir & Batin....wah Ummi....sedapnya...bingka tu....!!! Missnya masakan dan resepi baru.....rindunya pada semua!!!