Friday, October 22, 2010

Fettuccine Carbonara

Salam jumaat....waaa sekejap jek ari jumaat dah eks...wiken ni Najiha dah nak balik kolej semula dah...next week student U dah ramai yang start semester exam....Semalam akak sempat masak pasta jek tuk dinner kami anak beranak....sempoiiii yet sooooo marbelesssss...Najwa punyalah bertambah....sungguh cheesy....aiseeeyyyy teramat sedap carbonara ni....adeeeiiiii...Resepi dari buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi...uisshh banyak lagi nak kena try...suka resepi k.Liza ni..bahan sempoiii tp rasa komaiiinnn....x ngalah! Hehee..okayy akak share resepi kat sini...Thanks k.Liza!
FETTUCCINE CARBONARA
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan:-
  • 300 gm pasta fettuccine
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 10 batang sosej (dihiris nipis) - akak campur2 sosej blackpepper jugak
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • *1 biji capsicum merah
  • *1 biji capsicum hijau
  • *1 biji capsicum kuning
  • * 2 biji tomato
  • * 1 labu bawang besar (* dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 suduk kecil serbuk oregano
  • 125 gm keju Cheddar (dipotong halus) (akak guna parutan Cheddar)
  • 100 gm keju Parmesan (dicincang halus) - akak guna yg siap parut halus
  • 30 gm daun parsley (dicincang halus)
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Masak air secukupnya di dalam periuk dan bila mendidih masukkan garam sedikit dan fettuccine, masak hingga lembut (lebihkurang 8 - 10 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak jagung dalam kuali non stick dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sosej, tomato, cendawan butang dan ssu segar. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata lg.
  5. Masukkan keju Cheddar, kesemua capsicum dan masak hingga kuah pekat.
  6. Tuangkan ke atas fettuccine dan taburkan daun parsli dan keju Parmesan.
  7. Sedia dihidangkan.

8 comments:

lina said...

i like....kak ummi!

PearlnScarf said...

k ummi kita nak buat bekal .. boleh tolong tapaukan.. ee

eMMe said...

kak ummi order satu! heheheh...
mmg suke italian food nih...nnt leh try...

umi ameer said...

sikit punya membukak selera ker... teringin nihhhh!

Lin Rosly said...

Salam Ummi...Kak Lin Pun Ada Buku 1 Hari 1 Resepi...Chef Hanieliza. Tapiii Belum Sempat Cuba...Walaubagaimanapun Tetap Akan Di Cuba! Rugi Kalau Tak Cuba...

yusparisa said...

salam k.ummi, favourite saya & hubby nih..hihi, terliurnya...w/pun br je buat..

ohoeya858.blogspot.com said...

sib baek tak trgeliat lidah menyebutnye he3 :)
sodapp nih..

A.I.D.I.L.L.A said...

wahh!! tonite punya menu ni Fettuchine Carbonara. ..thax sist boleylah dyla tambhkn lagi pgetahuan nk sediakn makan malam..heheh
makann kesukaan dyla n tunang.