Tuesday, October 26, 2010

Bahulu Ros

Salah satu menu yg akak buat sebelum ke KL jugak tuk bekal wat Najiha n adik2 kat KL la jugak...Kek ala bahulu kampung yang sungguh sedap....xda guna butter/margerine pun....Memang sangat sedap, bahagian atasnya rasa lembut bersakar gitu...kerak2 lembut kiranya....akak suka! Dapat cicah teh O or kopi O mmg sedap! Juga dari dapur Wana Potret Kasih jugak ni, kebetulan duk melepak n ronda2 kat dapur dia haritu..hehe...C n P lagi ya Wana...Resepi asal dari MyResepi katanya....Bahan dan caranya jugak amat senang...layaaannnn...

BAHULU ROS

Bahan:- (loyang bulat 20cm)

  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
  • 1 sdt esen rose
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah

Cara Penyediaan:-

  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen rose.
  3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
  5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan) - akak swirl sikit dengan chopstick..
  6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam. - akak bakar dlm 45 minit dah ok...

permukaan berkerak lembut mcm bahulu biasa acuan kecil2 tu...sedaaappp!

6 comments:

Mas said...

nampak gebu dan lembut jerr kak...mesti sedapp kan..

AiTotYati said...

nak seketttttt kak

Suzi said...

kuih tradisi selalunya bahna2 dia senang2 aje kan.
gebu je nampak...blh try.

wana said...

Lama tak buat bahulu ni... sedapkan kak ummi bahulu ni... petang2 makan bahulu dengan air teh atau kopi panas... memang layan!!

ohoeya858.blogspot.com said...

tgk kerak tu trigt kt 'arwah mak'.. suker btol dia cecah dgn air kopi pekat huk huk..
kecurrr gak tgk bahulu nih :)

CiK Nik @ keNek :) said...

dah try wat.. :D sedap~~ sy tukar jadi perisa pandan gn warna hijau... tp, mmg manis...next time, mmg kena kurangkan kuantiti gula.. :D thanks for de recipe kak..