Saturday, January 23, 2010

Nasi Beriani

Okay pertamanya nak perkenalkan "cop jempol" akak ni haaa..amacam, cantik tak? Thanks to Jiya yang sudi memerah otak dan bertukar2 idea dengan akak yang banyak songeii sangat ni...ntah berapa pulusss ratuss kali tunjuk contoh eh...last2, sempoi jek yg akak suka pun...Apapun sangat puashati berurusan dengan Jiya ni..hehe...penyabar sungguh. So akak rasmikan laa kedua2 design cop jempol ni eh...satu empat semegi cam kat pineapple chutney tu...satu lg molaat camni..hehe...Jiya, sakit kepala ke tak tuh..? hehe..sabor je ler yaa...Akak jemput lah Jiya makan sekali nasi beriani ni eh..Resepi dari buku Kak Liza (Chef Hanieliza) lagi...makan dengan daging prun..nnt akak letak resepi daging tu ya..


Bahan A:- (akak buat 1/3 dari resepi asal ni)
  • 1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (dibelah dua)
  • 3 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 100 gm daun pudina (dipotong kasar)
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair (akak guna susu segar)
  • 4 sb. minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)

Bahan B:- (untuk tumis)

  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris halus)
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 bj. buah pelaga
  • daun kari

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
  4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  8. Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

7 comments:

Jiya said...

uwaaaaaaaa!! nak nak nasik brianiiii!! sedapppp sedappp!

xpa.. kak ummi dah bg duit beli ubat panadol. kakakakkakakakak! adoiiiyaiii!! saja jek tau kak ummi ni! ada ker patut bg duit lebeh beli ubat panadol. perli la tuuu! hikss

Ummi said...

Hehe...meh sini ada lg saki baki nasi tu, cukup la tuk Jiya sorang..hehe..Alah x lebih mana pun, takat minum kopi O utk berjaga malam n beli panadol kalu sakit kepala..hehee...dak aiihh x perli..ngutuk jek..hehee...Thanks Jiya..muaaahhss!

JC said...

laparle plak tgk nasi briyani...padahal baru jer mkn ...emmm bau sedap sampai kt sini hihihihi

Kaseh NazLieza said...

amboi...menariknyer nasi beriani akk...mesti sdp kan..

miss keroppi said...

beznye...nnt nak masak nasi beriani kena r belek blog ni dlu~~ **perut da berbunyi

kak ina kl said...

salam ummi..baru cadang nak masak nasi beriani esok.bagus kamu dah tepek resepi.

Ummi said...

JC -
O ya ke..xpa leh try resepi kak Hanieliza ni pulak..sempoi tp sedap.

Kasih Nazlieza -
Hehe..menarik tang mana tuh..mmg sedap pun..try la Naz.

Miss Keroppi -
Hehe..belek jgn x belek..eh masak jgn x masak la..jgn belek sj eh..

Kak Ina KL -
Hehe..suratan atau kebetulan...nnt pgil Ummi makan lak eh..