Sunday, January 31, 2010

Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas

Ni menu malam jumaat kelmarin....bz melanda, ni baru sempat nak update...biasalah kan, cuti2 ni la nak mengemas, membasuh, mengemop segala...so jamu2 mata je la yaa...bahan pun menggunakan apa yg ada dlm stok aje...sekadar nak menghabiskan sekeping lg tenggiri yang kesepian dlm esbok tuh...hehe..cukuplah untuk dinner akak bertiga...Resepi campak-campak jek...beselah, wpun masak kicap, xkan jadi hitamnya sebab Aiman ni suka pedas2...merah jugak laa jadinya kan...layaaannn...

Bahan:-
  • 1 keping ikan tenggiri (sederhana besar n tebal)
  • 1/2 labu bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji cili benggala hijau - dihiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala merah - dihiris memanjang
  • 1/2 biji cili merah & hijau - dipotong serong
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sb. minyak untuk menumis

Cara-Cara:-

  1. Ikan dibersih, ditoskan. Gaulkan dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sb. minyak untuk menumis dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan cili kisar, kacau sebentar.
  4. Masukkan kicap dan semua sos. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Biar mendidih sekejap dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ikan dan biar kuah sebati pada ikan sebentar.
  6. Masukkan capsicum dan cili, kacau sebentar. Tutup api.