Friday, January 8, 2010

Daging Balado Basah

Ni menu masak2 lama dah sebenarnya..Kes nak perabihkan daging sebelum akak ke Arau hantar Najwa ari tu...sori la yaa...jangan ada yg mintak ya...pandang cukup laa...cuci2 mata..hehe..ada lg 2 3 masakan x masuk nih..asyik x sempat jek..hehe...Sempoi punya menu akak amik dari Sini. Boleh adjust ikut tekak la yaa...tp penyediaannya ala-ala nak wat daging dendeng camtu...Asalnya dalam bahasa Indon, tapi akak translate terus biar lg senang korang nk faham kan..hehe

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang
  • 1/2 - 1 sk. garam
  • 1/8 sk. serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 500 ml air
  • Minyak untuk goreng
  • 1 sudu besar jus limau nipis
Bahan Ditumbuk Kasar:-
  • 250 gm cili hidup merah (akak guna 4 biji cili merah + 4 tangkai cili padi merah)
  • 150 gm bawang merah (akak letak 5 biji)
  • 1/2 - 1 sudu kecil garam
Cara Memasak:-
  1. Potong-potong daging ukuran 1x5x5 cm, kemudian bersihkan dan tos. Gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan bawang putih. Perap 15 - 20 minit.
  2. Letakkan daging dalam periuk/pan yang lebar dan tuangkan air tadi separuh. Jerang di atas api kecil dan tutup periuk. Biarkan air mengering dan daging empuk. Kalau belum cukup empuk, tambah air secukupnya dan masak lg hingga daging empuk. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, masukkan daging tadi dan goreng hingga kecoklatan tapi jangan terlalu kering/garing. (Boleh goreng sikit2..) Angkat dan toskan.
  4. Kemudian dalam kuali yang lain, panaskan lebihkurang 150 ml minyak. Tumiskan bahan tumbuk kasar hingga naik bau dan harum. Biarkan cili masak dan pecah minyak.
  5. Masukkan jus limau nipis, kacau rata. Masak hingga bau menyengatnya hilang, seimbangkan rasa dan matikan api.
  6. Masukkan daging tadi dan gaul rata2. Angkat segera.

8 comments:

MamaFaMi said...

Bak mari sket daging tu. Sodap yo sey tengok. Cicah dengan roti pun sodap tu... minum lak dongan air kopi... mak ai... mak mertuo lalu pun sey wat dono yo.... hahaha...

Watierman said...

Ha...Ummi...eden pun nak jugo...tak kan nak bagi MamaFami jer!!Mak mertuo eden lalu pun eden tak perasan gak ni!!

ICook4Fun said...

Oh this dish nampak sedap. I pun nak try masak ni next week. Ummi dapat my email tak?

Uncle Lee said...

Hello Ummi, ahhh, this dish I heve ner tried or eaten before.
It sure looks fantastic. Ada lagi ke?
I love the bottom photo with the mint leaf..you ada style la, Ummi.
Kalu saya, I put bunga melor or rose, ha ha.
Just joking.

Da makan tiga pingan nasi with this dish, susa nak pi jalan ke Telok Chimpedak, ha ha...tengok bulan naik.
Have a great weekend, Ummi, Lee.

blogresipi.com said...

Aduhai cedappnye nampak daging balado akak ni. ada lagi ke kak ummi? nk jugak mkn ngan nasi putih ni :)

Ummi said...

MamaFaMi -
Hehe..hai kalo dah mak mertuo lalu pun ekau x sodarr..alamat yo ekauu blk kampung, xdo ei mak mertuo nk layan seyy...hehe

Watierman -
Alahaii, dah berobuit-robuit la pulakkk...ni eden maleh nk bagi nih..poilah ekau berduo masak sendiri eeiii..hehe

ICook4Fun -
Gert, very ez yet so delicious, won't regret..hehe..Yes Gert, I've read your email and will reply soonest possible...thanks Gert!

U.Lee -
Hai Lee, can you eat this hot n spicy dish? It's really suit to my tastebud sampai mom-in-law lalu pun x sedar tau..Hehe..daun mint pun tertelan nnt..
You better don't go to Teluk Chempedak right now, 2 bulan xkan keluar..hahaa, heavy monsoon now..
Thanks for dropping by, Lee..you have a great days ahead..

Ijan -
Ijan, udah finish...hehee...Balik nnt beli daging masak sendiri la eh.. :D

tya said...

diganti jadi ikan gtu bsa ga??

sari said...

ky'a enk nh,,,
ql daging'a dgnti ma yg lain bsa g??