Sunday, March 2, 2008

Kuah Kacang Masak Darat

Semalam ummi buat kuah kacang ni untuk makan dengan jemput. Ingat dulu, mak selalu buat kuah kacang camni bila buat jemput udang ke, jemput bawang ke...boleh gak jadikan kuah rojak....simple, sedap dan cepat...

Bahan:-
1/2 cawan kacang tanah - goreng dan kisar halus
6 - 7 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sudu besar air asam jawa
4 - 5 sudu besar gula
garam secukup rasa
air panas secukupnya


Cara Menyedia:-
Panaskan kuali dan letak 3 - 4 titis minyak, masukan cili kering, bawang merah dan bawang putih (x perlu kupas dan hiris bawang - goreng je bulat2). Goreng rata2 agak hingga bawang agak layu dan cili kering nampak kembang. Jangan sampai hangus lak!. Angkat, buang kulit bawang dan kisar halus kesemuanya dengan air asam jawa. Tuang dalam bekas dan masukkan kacang, air panas, gula dan garam. (*Boleh juga letak sekejap atas dapur dengan api perlahan untuk mesrakan adunan). Kacau rata hingga sebati dan seimbangkan rasa. Siap!

2 comments:

Cik Siti Wan Kembang said...

mak siti pun selalu buat dulu..kuah kacang camni.makan dgn cokodok yg ada ada udang + ada kangkung gitu..hehe..tapi mak panggil nama apa tah..

ummi said...

Hehe..siti, memang sedap kuah kacang gini, makan je dgn cekodok/jemput apapun kan..kalu suka leh taruk jugak udang kering tumbuk sikit kasi kow pnya..