Sunday, March 2, 2008

Jemput Kentang

Juadah untuk bekfes pagi semalam...anak2 memang suka sangat makan jemput, x kira le jemput apa..Ummi tengok kentang ada lagi nanti tumbuh menjalar lak kat dapur tu..baik cepat2 ku cincang dia..hehe

Bahan:-
2 biji kentang - kupas dan potong dadu halus2
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telor - pukul sikit
1 labu bawang besar- potong dadu
1 sudu kecil baking powder
garam
1/2 cawan air panas didih
1 cawan (+-) air biasa

Cara Menyedia:-
Gaul rata tepung dengan baking powder dan masukkan garam. Campurkan bahan lain dan bancuh dengan air panas didih dahulu, rata-ratakan. Kemudian baru bancuh dengan air biasa hingga adunan sebati dan boleh dijemput dengan tangan. Goreng dalam minyak yang banyak. Angkat dan sedap dimakan bersama kuah kacang.

2 comments:

Andaliman said...

we call this bakwan kentang
I like it with saus sambal (chili sauce)

ummi said...

Pepy - Don't bother about the name, most important thing it is really yummy..isn't it??? hehehe...Yeap, i also like to eat with chili sauce..