Sunday, March 2, 2008

Nasi Impit Goreng

Ari tu jalan-jalan rumah Mamafami, tengok ada resepi ni, tekak rasa cam nak makan jee..So semalam tengahari ummi buat ni je...Hubby xda ni, masak je simple2..heheh...tapi ummi dah adjust dengan citarasa ummi...

Bahan:-
2 bungkus (besar) nasi impit Nona - rebus hingga masak, sejukkan.
10 ekor udang
10 tangkai cili kering kisar (ikut selera nak pedas ke x)
3 sudu besar kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar
4 ulas bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - cincang halus
sedikit taugeh
sedikit kucai
1/2 batang carrot - hiris halus
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat manis
sedikit garam
sedikit gula (optional)

Cara Memasak:-
Nasi impit dipotong dadu sederhana besar dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan bawang. Kacau hingga cili benar2 masak. Masukkan semua bahan sos dan kicap (*boleh tambah sedikit air jika terlalu kering). Masukkan udang dan kacau sebentar. Masukkan carrot, kacang tanah dan letak garam secukup rasa. Masukkan nasi impit, taugeh dan kucai. Kacau rata sebentar dan angkat.

4 comments:

Dayang said...

nampak sedap lah nasik himpit tu ummiiiiiiiiii,mtk ckitttttt

ummi said...

dayang - akak mmg suka, leh try buat...tp my kids kureeenngg, diaorang suka lg nsi impit dgn kuah kacang tu..hehe

MamaFaMi said...

Mama pun suka nasi impit dengan kuah kacang, dengan lodeh dan daging siat...yum yum! Tapi sesekali tukar selera, apa salahnya kan....

ummi said...

Aa lah mama, leh pelbagaikan jugak nasi impit ni kan..x sangka, goreng pun sodaappp!! heheh..thanx for the idea Mama..muaahhh!