Monday, March 17, 2008

Kek Coklat Kukus

Ari tu nampak resepi kek ni kat rumah Mat Gebu..tengok pun tau sedap..hehe..tapi Ummi x buat lah frosting/ganache sebab kek ni dah manis sangat dah..masa pun x berapa cukup..pas buat kek ni, nak bersiap pergi kenduri pulak. Jadi ummi tabur choc rice je lepas kukus..tapi kek ni memang sedap. Time kasih byk lah kat Mat..Ni pun bawak bagi kat abang long..hehe kenduri sakan la dia dalam bilik...dengan pizza lagi, dengan sausage bun lagi..

Bahan:-
1 3/4 cawan tepung gandum *
1 cawan serbuk koko *
1 1/2 camca teh baking powder *
1 camca teh soda bikarbonat *
1/2 camca teh garam halus * (*disatukan, gaul dan ayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telor gred A (*ummi guna 3 1/2 biji telor gred B)
1 cawan minyak sayur
1 camca teh esen vanila
200 ml susu cair @
1 cawan air panas @
1 camca teh nescafe @ (@ disatukan dan kacau sebati)


Cara Membuat:-
Dalam mangkuk, masukkan bahan yang telah diayak dan gula halus. Gaul rata. Masukkan telor satu persatu dan putar. Tuangkan bancuhan susu perlahan-lahan sambil terus memutar hingga sebati. Putar lagi sehingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak sayur dan esen vanila. Gaul rata. Tuang ke dalam loyang berukuran 10 in. yang telah disapu butter dan dialas dasarnya dengan kertas minyak. Kukus atas air mendidih selama 1 jam dengan api sederhana. Sejukkan kek sebelum dipotong (*semasa mengukus, balut tutup periuk dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitik atas kek).

No comments: