Monday, March 3, 2008

Cheese Bun


Pagi semalam my family bekfes dengan cheese bun je..Hb xda..uwwaaaa...selalu kena tinggal...orang lain yang jadi calon, hb ku pulak yang kena kerahan....ish ish....Resepi ni ummi kutip kat rumah Jo, buat sabtu malam...so pagi ahad bantai roti ni dulu leee...tp agaknya kalu letak mozarella atasnya lagi sedap kot, my doter cakap. Thanx Jo...

Bahan:-
1 cawan air rebusan kentang - suam-suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar yis kering
3/4 cawan susu segar/susu soya - suam
7 sudu besar gula (boleh kurangkan kpd 4 -5 sudu jika x suka manis)
1/4 cawan minyak
1 sudu kecil garam
600 gm tepung roti (*ummi substitute 400 gm tepung roti + 200 gm superfine)
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softner (*ni ummi tambah)
sedikit tepung untuk menguli

Cara Membuat:-
Rebus kentang dengan 1 1/2 cawan air hingga lembut, tapis dan ambil 1 cawan airnya. Bila suam masukkan yis dan 1 sudu besar gula, kacau sikit dan biarkan naik sebati dalam 10 minit. Dalam mangkuk, campurkan tepung, gula, minyak, susu dan garam. Gaul dan masukkan yis tadi. Gaul rata dan uli hingga adunan lembut dan sedikit lekit (semi-sticky).

Uli lebihkurang 10 minit lagi. Bulatkan doh dan tutup dengan tuala lembab dan biarkan 10 minit. Kemudian uli perlahan doh untuk beberapa minit dengan menambah sedikit lagi tepung. (jangan terlampau banyak, doh mesti semi-sticky). Alihkan doh ke atas bekas yang telah dilenser dengan sedikit minyak dan biarkan adunan naik hingga 2x ganda (lebihkurang 60 - 90 minit). (*ummi panaskan dulu oven ke suhu 200C selama 4 minit. Semasa suhu turun, letakkan doh tadi. Cara ni lebih cepat untuk naikkan doh).
Bila doh telah naik, tumbuk2 doh. Bentukkan bulat2 dan letakkan ke dulang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. (*letak sedikit minyak atas tangan, kerana adunan agak lembik). Tutup adunan dan biarkan naik selama 30 - 40 minit pada suhu bilik. Parut cheddar cheese atas bun dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (*boleh juga letak mozarella cheese).

No comments: