Tuesday, March 18, 2008

Sotong Celup Tepung

Ni menu yang memang laku kat rumah ni...dah selalu buat dan x penah cukup...bukan nak makan dengan nasi sangat, my kids suka meratah dan cicah dengan sos je..Ni my another version.

Bahan:-
3 ekor sotong - sederhana besar
1 biji telor - pukul sikit
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
1/2 sudu kecil serbuk rempah sup
secubit serbuk lada hitam
garam
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung

Cara Membuat:-
Basuh dan kerat sotong lebih kurang tebal 1 inci. Tos dan lapkan sotong dengan kitchen towel (*macam lap baby pulak). Gaulkan sotong dengan serbuk kari, rempah sup, lada hitam dan garam dan gaul pula dengan telor. Biarkan sebentar. Gaul sebati tepung beras dan tepung jagung. Panaskan minyak yang banyak, celupkan sotong tadi ke dalam tepung tadi dan goreng sekejap saja/agak2 kekuningan. (*jangan terlalu lama, nnt sotong mengecut dan mengeluarkan air pulak). Angkat dan letakkan atas paper towel.

1 comment:

Indonesia-Eats said...

you made calamari rings too yummy