Tuesday, November 9, 2010

Ikan Bersos Thai

Satu lagi menu tertunda eh...akak masak hari khamis mlm jumaat gak nih..kebetulan abanglong pun ada balik kejap for study leave, so hidangan dengan lauk sotong oriental tu jugak....Dah pernah masak ikan ni lama dulu dah....tengok Sini dan Sini..., so nak ulang tayang semula...Ikan ni tersangatlah sedap...kebetulan tanya2 Mat Gebu, apalah nak masak dengan ikan bawal sekor nih...so Mat mention ikan bersos thai nih....okaayy layaaann....Resepi asal mmg dari Cik Mat Gebu kita laaaa.....memang world!!!!

IKAN BERSOS THAI
Resepi : Mat Gebu

Bahan-Bahannya :-)
  • 1 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 kuntum bunga kantan, dihiris
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1 cm halia, dititik
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 2 helai daun limau purut, dihiris
  • 2 camca besar sos ikan
  • 1 1/2 camca besar cuka makan
  • 3 biji cili merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)
Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum.
  3. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi.
  4. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  5. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera....yumm yumm..
perggghhhh.....memang world!!!

5 comments:

giha lalala said...

perghh.. memang sangat world :P

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

huhuhu... ikan bawal, goreng gitu jer pun sodap!

Unknown said...

Salam Di Hulur Maaf Di Pohon....

Sedapnya! Kak Ummi Hidangkan Lin Dg Ikan Bersos Thai....Blalah Lin Nak Cuba Ni....Mesti Cuba!

Kak Ummi Cara Masak Sup Tulang Ala Thai Ada Tak? Kalau Ada Lin Nak Resepinya....

Mas said...

kak ummi, mas nak cobek sikit ikan tu...sedapp ni..

fara dean said...

kak ummi..
sedappp nya ikannn tu.. klau makan ratah sorang2 habiss tu..dah x igt org lain dah..heheh