Salam...selamat petang semua....bz nya akaaaaakkk....ha mcm tu la kiranya, sebab akak bercuti dan melayan family adik yang datang ke rumah semalam, tengahari tadi diaorang balik dah...semalam seharian jalan2 cari makan segala....tp lupa nak snap gambar. Resepi asal Alex Goh, akak cilok dari dapur Mat Gebus yang sedang femes giloosss tuh...ni blognya dah tercalon pulak dalam Blog Pilihan Malaysia 2010 tu...tahniah Mat..so pakat2 lah vote tuk Mat eh! Mat, sori lah akak derhaka gak kat inti roti nih...akak taram dengan jem nenas jek...nak ngabis kan stok...tp sedap weyyy...wat jamu kat family adik dan akak bawak ke rumah kakak ipar gak semalam masa jalan2 sana. Tadi pun bekal lg kat family adik nak balik tuk makan2 dlm kete...Aiman n abglong suka sangat roti nih..! Thanks yea Mat, akak C n P je lerr...! Untuk step-by-step, sila clik kat dapur Mat tu eh..
ROTI INTI JEM NENAS
Sumber: Mat Gebu
BAHAN DOH BUN MANIS :-)
A ...
- 480 g tepung roti (high protein flour)
- 120 g tepung gandum
- 110 g gula halus
- 10 g garam
- 20 g tepung susu
- 4 camca teh instant yeast
- 1 camca teh bread improver*
- 1 camca teh bread softerner*(*yang ni mat sendiri tambah)
- 1 biji telur
- 300 ml air (akak letak 250 ml jek)
- 60 g mentega
- Inti epal secukupnya (boleh rujuk sini...) (*akak guna jem nenas jek)
- 1 kuning telur*
- 1 camca besar susu cair*
- 1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)
- UNTUK DOH BUN MANIS :- KAEDAH ULIAN TANGAN:- Satukan bahan A, gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 - 25 minit). Alih dalam bekas yang telah disapu mentega dan tutup dengan plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda. KAEDAH BREAD MACHINE :- Masukkan semua bahan2 diatas dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" biar hingga siap. Mat gunakan kaedah menguli sahaja dalam BM, lepas habis menguli (lebih kurang 30 minit), keluarkan doh dan perap dalam bekas lain yang lebih beras, ini kerana khuatir doh naik terover the limit, sampai ke penutup BM terbuka....... (*akak pun alih dalam bekas lain tuk doh naik tuh)
- UNTUK ROTI INTI EPAL :- Ambil 600 g doh tadi (yang lain tu mat gunakan untuk membuat resipi2 roti di bawah ini..harap maklum yeaa)... Bahagian kepada 12 bahagian sama besar (50 g setiap bahagian), bulat2kan dan ketepikan. Ambil 1, canai membujur. Potong seakan2 jejari pada sebahagian doh, isi dengan inti epal dan gulung seperti dalam gambar (rujuk kat dapur Mat ni eh). Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar 50 minit hingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.
# Lepas 15 minit roti dibakar, mat keluarkan dari oven dan sapu dengan bancuhan telor pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...Selamat Mencuba!!
Ni kes maleh dah nak memintal...so akak gelek memanjang dan jalin jek...panjang weehh..hehehe, tp gebusss maintain!
4 comments:
sedapnye kak ummi...time kasih laa bg idea..eina pun ade jem nenas balance wat trt raye ari tuh..msti wat gak nih...hehehe
order...order...tuk sarap esok.nnt bg alamat umah..hihihihi...jgn tak smpi pulak tau..dah order ni...
Waaahh, saya nak roti ulat gonggok yg besar tu...kak, tu mesti ulat gonggok angkat besi kan, ketak2 body dia..hahaha,
Eina -
Hehe..idea ciput jek dr akak..xnak bazirkan inti kan..xpun keras dlm esbok jem tu..hehe
Anie -
Hehee..order kat Bakery la Anie..kalau tggu sampai mau berkulat roti nih smpai nnt..
Mat -
Wahahahaa...ulat gonggok besar tu mmg akak nk bg ko, pastu le lawan dgn body org yg ketak2 tuh..hehehe
Post a Comment