Monday, November 30, 2009

Sweet Cheese Bun

Ni baru nak masukkan entry masak2 sebelum bercuti raya Eidul Adha baru2 ni...akak buat 2 loyang, saja2 je nak bagi family di kampung merasa hasil ulian BM akak tuh..hehe..Resepi asal Doh Bun Manis Alex Goh ni akak ceduk dari dapur Mat yang menjadikannya roti inti epal... so macam biasa la, langkah seterusnya mintak izin copy n paste la ya Mat..time kasih daun keladi, lain kali nak copy lagi..hehe
BAHAN DOH BUN MANIS :-)

Bahan A

  • 480 g tepung roti (high protein flour)
  • 120 g tepung gandum
  • 110 g gula halus
  • 10 g garam
  • 20 g tepung susu
  • 4 camca teh instant yeast
  • 1 camca teh bread improver*
  • 1 camca teh bread softerner*(*yang ni mat sendiri tambah)

Bahan B

  • 1 biji telur
  • 300 ml air

Bahan C

  • 60 g mentega

Bahan D

  • 1 kuning telur*
  • 1 camca besar susu cair*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)
CARA MEMBUATNYA :-)

KAEDAH ULIAN TANGAN:- Satukan bahan A, gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 - 25 minit). Alih dalam bekas yang telah disapu mentega dan tutup dengan plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" biar hingga siap. Mat gunakan kaedah menguli sahaja dalam BM, lepas habis menguli (lebih kurang 30 minit), keluarkan doh dan perap dalam bekas lain yang lebih beras, ini kerana khuatir doh naik terover the limit, sampai ke penutup BM terbuka.......(*akak biarkan saja naik dalam BM..ok je..x over naik pun Mat..hehe)

  1. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar (50 g setiap bahagian).
  2. Bulat2kan dan letak ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 50 minit hingga naik 2 kali ganda.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.
  5. Lepas 15 minit roti dibakar, mat keluarkan dari oven dan sapu dengan bancuhan telur pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya ...Selamat mencuba!!!

4 comments:

MamaFaMi said...

Vaa vaa vaaaa....sudah keluarlah dia punya roti! Cicah kopi o sedap sungguhlah Ummi oi....

Unknown said...

mana cheese nya..??

ummi said...

Sheila -
Sori lupa nak mention..cheese tu akak je saja letak wat filling dlm bun tuh...resepi asal adalah sweet bun saja...masa letak entry lupa nak bgtau...akak terus je copy paste from dapur Mat Gebu...sori ek..so fillingnya adalah cheese k..letak la apa2 filling pun..

Unknown said...

okay.. boleh tak bagi cheese filling nyer recipe.. thanks kak!