Saturday, November 14, 2009

Ayam Masak Padang

Ni pun lauk akak masak tengahari Jumaat masa lunch hour akak balik rumah...jadi hidangan untuk kawan-kawan abanglong (Hafizi dan Ita ni dari Uni. Malaysia Terengganu, lagi jauh la kan..) yang menumpang sebelum naik bas dari Kuantan ke KL dan KL ke KLIA untuk penerbangan ke Kuching...sian akak tengok budak2 ni merantau jauh jgk kan...Ita ni penah satu sekolah dgn Hafizi masa di Kuching..eloklah kan, balik berteman camtu..x le risau sangat...akak pun anggap budak2 ni macam anak akak je...Akak siap pesan lg kat Ita, kalu x sempat nk balik Terengganu bila balik belajar nanti, singgah2 la ke rumah ni...kecil molek je budaknya..
Eh melalut lak citer...Meh la layan menu kitaorang semalam...Resepi asal Dayangjack tp akak cilok n kopipes dari dapur Noorsha..Time kasih la banyak2 tuk u all berdua...muaahhh!


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur

Bahan-bahan utk dikisar :

  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili api
  • sedikit kunyit hidup

Cara-cara:-

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair.
  4. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak. (jika xnak kuahnya pekat, boleh tambah air)
  5. Hidangkan.

2 comments:

ain said...

selalu gak buat. sedap kan..?? sy suka mk ngan nasi impit.

ainrahman said...

shedap nyerrr....saya selalu cari idea masaka kat blog aka ni selamat berkenalan