Thursday, November 19, 2009

Sotong Goreng Berempah dan Muffin Jamuan Kelas Aiman

Ni menu malam kelmarin dah....x sempat la nk upload sebab semalam kena wat sekali lagi muffin untuk cikgu Aiman pulak...Cikgu Arlina terus order muffin choc chips (resepi Jun) ni bila dia rasa masa jamuan kelas Aiman kelmarin...Balik kerja hari Selasa kelmarin dah petang sangat2 dengan hujan lebat, jammed giler jalan, singgah kedai baking beli sikit bahan baking, sampai rumah dah agak lewat Asar dibuatnya..Malam tu akak masak sotong berempah dgn goreng kacang panjang berkicap je...sebab nak kejar baking muffin ni pulak..Aiman kata semua murid diminta bawak makanan sikit sorang sebagai tambahan...Cikgu dah sediakan macam2, nasi lemak, pulut kuning, ayam goreng, nugget, sosej segala...eemm sikit x sikit pun akak buat jgk laa 3 adunan, dapatlah seketuii sorang je la kot dengan muffin cup tinggi gitu..kalu wat kecik2 leceh la pulak nak membakarnya, hehe (dapat dalam 45 biji...lebih tuuu)..ok la muffin cup tinggi camtu eh..xla kecik sgt pun kan..hehee..
Okayy meh layan resepi sotong goreng berempah ni dari buku Senangnya Memasak MAKANAN LAUT Bersama Chef Hanieliza lagi ya, dah penah buat, akak letak semula la resepi eh...hehe
Bahan A:-
  • 500 gm sotong
  • 2 sb. rempah kari (dibancuh dengan sedikit air) - akak guna rempah kari daging/ayam capa Adabi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 sb. minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):-

  • 1 sk halba campur
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau hingga rata dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam dan biar sotong masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Muffin paling senang tapi sedap...untuk jamuan kelas Aiman. Ni jelah yang sempat akak buatkan..balik kerja pun dalam hujan lebat, lewat sampai rumah...masak sempoi2 je...Ni permintaan dia la sebab dah janji dengan kawan2 dia..beriya-iya benar dia..x sampai hati pulak nak hampakan...emm.. Pastu lena nyenyak keletihan akak malam tu...hehehee

7 comments:

kaymerah said...

salam.kak ummi, terkial kial koi nak buat blog koi ni, kalau boleh nok jugek le tunjuk ajor dari kak ummi nihh. t.q.

MamaFaMi said...

Tak pe la penat sket Ummi, tapi bila kita dapat gembirakan hati orang, banyak pahala kita dapat tau... berbaloi baloiiii.... :D

blogresipi said...

Alahai permintaan sang putera kena lah tunaikan ye tak kak ummi. Dahtu kepenatan pulak mamanya lepas membaking. sempat lagi akak buat sampai 3 adunan tue.. kalau kite tah tah main beli jer.heheheh

ain said...

sedapnya sotong rempah kak ummi!! kena betul ngan kcg panjang goreng. perfect match!!!

Sibuk2 kak ummi, masih sempat lg ye buatkan muffin utk jamuan sek anak. sy yg dok umah ni, main beli2 aje utk anak2 bawa ke jamuan akhir tahun. yg best tu, sy suruh dia org bawak mknan2 hamper2 raya yg tak abis.hihi

Uncle Lee said...

Hello Ummi, alamak, adoi, Holy Smoke! Saya suka la makan sotong berempah.....
da lupa pun when last I ate it....
Now you know why I had many Malay friends, not only because of their ahemmm, anak perumpuans, heh heh....but their mother's cooking.

And bila Makcik jemput, "Lee...mari makan malam ni...", she no need to repeat, dapat my 'BOLEH, Makcik"! Very fast before she finish her sentence, ha ha.....and very often saya sibuk masuk their dapur, 'apa makcik masak malam..."?

How come I missed you at Kuantan? You hide belakang pokok ke bila see my red car datang? Arhaaa ha ha.
You very dangerous woman, ha ha ha.
Have fun Ummi, and keep a song in your heart, Lee.

ps, siap kan tiga pingan nasi, saya nanti bus datang.....

Watierman said...

Salam Ummi...mak mana nak hampakan permintaan anak2nya....penat macam mana sekali pun mesti kita kan curi masa membuatnya...kadang2 kita korbankan masa santai kita yer tak???...Hidup perempuan yang minat dengan dapur ni..Akak rasa lebih kurang jer agaknya...betoi dak??

indahhouse said...

salam kak ummi,
oh, kak dah beli buku kak haneliza? saya cari kat MPH takde.
sedap nampak sotong tu kak :)