Ni bekfes anak2 akak la nih...tekak ala-ala mat saleh la pulak hari ni...Abanglong nampak kentang duk tergolek je kat dapur tu 4 biji besar2 gak..dia tanya mak xnak wat apa2 ke...dia suh akak bakar je....hehee..pulak dah, nasi goreng nnt sapa pulak nk ngabiskan...Emm, layan jugak laa...Meh la kita bakar kentang pulak...Resepi dari Try Masak ni...berperisa sungguh kentang ni, besstttt!..Eh akak lak yang makan lebih...hehe
Bahan:-
- 3 biji kentang (saiz besar) - kupas n potong wedges dan sejukkkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 2 ulas bawang putih - dicincang
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/4 sudu kecil serbuk paprika
- garam secukup rasa
Cara-Cara:-
- Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar dan aturkan kentang.
- Perasakan dengan taburan garam, serbuk lada hitam, bawang putih dan serbuk paprika.
- Kemudian curahkan rata minyak zaitun atas kentang tadi.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 200C dengan api penuh (*akak wat api atas bawah) lebih kurang 15 minit.
- Setelah 5 minit dibakar, balik-balikkan kentang tersebut. Tutup semula ketuhar dan bakar hingga kentang masak dan bertukar warna coklat keemasan...(*akak punya x garing sangat...ikut suka la ya...)
#Kentang wedges ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dimakan dengan Sos Mustard. Selamat Mencuba!!
2 comments:
ni mmg fav anak2 saya. kalau saya malas masak je, saya buat benda ni mkn ngan cheese. sedapp!!!
hi kak...im ur silent reader from Algeria..terguda sungguh ngan wedges ni..senang lak tu resepi..harus cuba! ni mcm setarap keyepci dah ni..fuhh! (tmpt saya tarak KFC..uhuks!)
Post a Comment