Thursday, November 26, 2009

Kuih Belimbing Dan Jutaan Terima Kasih

Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga kepada Nor@Secubit Garam kerana telah membantu Ummi dan memperkenalkan kepada seorang sahabatnya Encik Azizi yang memang terror tul merungkai dan mencari punca serta menyelesaikan segala masalah...siap bg tips lg...Walaupun beliau tak pernah akak kenal, tup-tup beliau begitu bersedia dan bersusah payah membantu serta mengajar akak dalam menghadapi situasi dan masalah teknikal yang akak hadapi 3 4 hari sudah...tension sungguh rasanya bila tengok rumah akak ni dah x muat nak bwk masuk barang tau...hanya Allah yang tahu..ingat kena pindah or bina rumah baru daahhh...tp alhamdulillah tak payah nak sewa lori, sewa kontena angkut barang2 semua...nak bayar sewa baru lagi..hehee..(*ni baru akak betul2 senang hati pnya ketawa nih...). Serik betul rasanya...kalu kita xda pengetahuan dari aspek teknikal nih...Oleh itu, akak hidangkan lah sepiring kuih belimbing ni untuk Nor dan En. Azizi sebagai tanda terima kasih dan terhutang budi yang tak terbalas rasanya..cukup tak makan berdua tuh?? hehe..Nor dah penah wat kuih ni kan..kalau xnak, bagi En. Azizi sorang je laa..eh!

Resepi asal dari Fa, pastu akak ceduk dari dapur Hana..Akak buat 2 adunan..Thanks semua..Now x berapa berani la nk letak gambar banyak2 lagi kat satu2 entry..hehe..kang sendat lg rumah akak nih..hehe

Bahan:- (lebih kurang 15 biji)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • 1 sudu makan butter/marjerin
  • 1 sudu makan gula
  • sedikit esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Didihkan air, gula, esen vanila dan juga butter. Sementara tuh, dalam mangkuk lain, pukul telor kejap.
  2. Bila bahan tadi telah mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Kacau cepat2 dengan senduk kayu.
  3. Kemudian masukkan pula telor dan kacau lagi cepat2 hingga betul2 sebati dengan tepung tadi.
  4. Panaskan minyam dengan api sederhana. Masukkan adunan ke dalam acuan/nozzle star dan picitkan ke dalam kuali. Potong setiap 5cm. (*kalu ada acuan SAWA tuh, lagi cepat..akak guna acuan picit biskut dahlia tu jek..)
  5. Goreng dan balik-balikkan dan angkat bila kekuningan.
  6. Biarkan kuih sejuk sebentar dan taburkan gula..Sedia untuk dimakan.

8 comments:

zie said...

salam, saya baru kat rumah akak ni.....lama dah saya cari kuih ni.....susah nak cari orang jual...boleh buat ni .... thanks kak...saya cedok resepi ya...

kak ina kl said...

salam aidil adha buat ummi sekeluarga...lawa ek umah baru..

nadya omar said...

kuih wajib famili sy pd bulan puasa

Uncle Lee said...

Hello Ummi, saya ta'pernah tengok or tried this cakes before. Nice present to give friends, a 'terima kaseh' cake.
Instead of saying with words, say it with a cake, ha ha.
Saya dapat email dari kawan from Kuantan its raining often, now monsoon....no chance pergi Telok Chimpedak tengok bulan, ha ha.
If nothing better to do, senang datang, Lee.

Uncle Lee said...

Hello Ummi, just dropped by to wish you and family SELAMAT HARI RAYA ADILADHA.
Best wishes, Lee.

CAHİDE said...

Selamün aleykum my sister! I’ve added your favorite links.glad you got my adds.See you seen…

CAHİDE said...

Salam Ummi,blog saya adalah penterjemah google.Kita semua adalah muslim.dan kita adalah saudara.Aku cinta malaysia.Untuk membincangkan dengan anda membuat saya bahagia...

Jusz said...

lme cari kuih nie..x rmai org jual..leh buat..tQ dear kakak..