Friday, November 20, 2009

Daging Masak Kicap Pedas (My Style)

Haiiihhh lebatnya la hujan kat Kuantan nih....!! Dah 3 hari dah duk hujan jek...kejap je renyai...pastu lebat balik...sonok eh kalu duk rumah..masak2, makan2..hehee..pastu naik penimbang tengok...wakakaaa...Ok lah layan, daging masak kicap ni...kebetulan nak perabihkan daging batang pinang yang tinggal ni..lama x wat masak2 cara akak ni hasil menuntut dengan bonda kesayangan sejak zaman anak dara lg...hehee...Menu dinner malam tadi nih..Sape2 nak cuba, silakanlah...

Bahan: ( 5- 6 orang)
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-

  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...

6 comments:

MamaFaMi said...

Ummi.. ma ada tips nak bagi lagi sedap tau... Tips dia, hantar sepinggan daging tu bersama seperiuk nasi panas ke rumah ma... GARENTI MA KATA SEDAAAAPNYAAAAAA...

blogresipi said...

sedapppnye nampak daging kak ummi nie... nak makan nasikkkk!!!!

hanieliza said...

Salam..
kakliza pun nak amsak daging ni.
tapi dok berbelah bagi..
samada daging rendang atau daging sambal....

Uncle Lee said...

Hello Ummi, Words fail me when looking at your this fantastic, delicious daging kicap pedas.
I can just imagine the out of this World smell or aroma from that serai and bawang.....and that chili hijau?

Betul la torture ni, pagi2 saya buka da la nak makan ni, ha ha.
I think kalu dapat jemput makan, tentu tiga pingan dapat polish off, no problemos....ha ha.

Mana sekolah you belajar ni masakan semua? Dapat Black belt in cooking.
Sekolah Mak or Nenek? Ha ha.
Ummi, susa nak chari isteri macham you, ha ha....
Cheh! Postman tu da hilangkan resume saya, ha ha.
Have a nice day, jangan lupa tu chili merah lipstick, Lee.

Ummi said...

MamaFaMi -
Hehe..Ma, tips Ma tu Ummi guna tahun depan la ya...hehee (*tahun dpn x lama dah, tahun lg depan, lg depan yaa...)

Ijan -
Meh bawak pinggan, bawak nasi kosong sekali, ni daging ada, nasi dah licin..hehe

Hanieliza -
Haha..sesekali buntu juga ya K.Liza..agaknya dah banyak idea tercurah dlm buku2 or majalah2 ya K.Liza..hehe..

U.Lee -
Haha..U really torture eh? So sorry..Off course, I'll invite you next time, or u might have migrane..hiiikss...3 pggan nasi is waiting for you..!
Lee, if the World can smell this aroma, I'll make sure it goes to Toronto first..hehe...So far, my mom is the best cooking teacher for my whole life through..She taught me a lot! Lee..thanks for your sincere compliments...what more the eldest daughter like me can do except for helping my mom when she was bz in the kitchen..right? Just can't bear to see her doing everything..huhuuu
She is so rajin la Lee...She never fail to attend any of our requests...Any problems, she will always there! Uiiihhh...panjang la pulak!
Thanks for coming by and really appreciate your advice too, Lee..! You keep well..

bintangku (: said...

sodaappp2!! eden baru je cuba tadi..dapat pujian dr emak eden..hehehe...xsia2 bgun awal pagi masak daging masak kicap pedas resipi kak ummi nieyh..thank you so much kak ummi !