BAHAN DOH BUN MANIS :-)
Bahan A
- 480 g tepung roti (high protein flour)
- 120 g tepung gandum
- 110 g gula halus
- 10 g garam
- 20 g tepung susu
- 4 camca teh instant yeast
- 1 camca teh bread improver*
- 1 camca teh bread softerner*(*yang ni mat sendiri tambah)
Bahan B
- 1 biji telur
- 300 ml air
Bahan C
- 60 g mentega
Bahan D
- 1 kuning telur*
- 1 camca besar susu cair*
- 1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)
KAEDAH ULIAN TANGAN:- Satukan bahan A, gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 - 25 minit). Alih dalam bekas yang telah disapu mentega dan tutup dengan plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" biar hingga siap. Mat gunakan kaedah menguli sahaja dalam BM, lepas habis menguli (lebih kurang 30 minit), keluarkan doh dan perap dalam bekas lain yang lebih beras, ini kerana khuatir doh naik terover the limit, sampai ke penutup BM terbuka.......(*akak biarkan saja naik dalam BM..ok je..x over naik pun Mat..hehe)
- Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar (50 g setiap bahagian).
- Bulat2kan dan letak ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
- Biar 50 minit hingga naik 2 kali ganda.
- Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.
- Lepas 15 minit roti dibakar, mat keluarkan dari oven dan sapu dengan bancuhan telur pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya ...Selamat mencuba!!!
5 comments:
Vaa vaa vaaaa....sudah keluarlah dia punya roti! Cicah kopi o sedap sungguhlah Ummi oi....
AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,ut聊天室,情色遊戲,情色a片,情色網
mana cheese nya..??
Sheila -
Sori lupa nak mention..cheese tu akak je saja letak wat filling dlm bun tuh...resepi asal adalah sweet bun saja...masa letak entry lupa nak bgtau...akak terus je copy paste from dapur Mat Gebu...sori ek..so fillingnya adalah cheese k..letak la apa2 filling pun..
okay.. boleh tak bagi cheese filling nyer recipe.. thanks kak!
Post a Comment