Monday, November 2, 2009

Roti Paratha Kentang

Breakfast hujung minggu untuk 4 beranak...Akak ternampak resepi ni masa browse kat MyR semalam...mmg nak cari resepi tuk breakfast laaa....Sangat sedap!! Lain kali anak2 balik semua boleh buat lg, abanglong n k.ngah mesti suka nih...Ni pun, nasib baik akak buat 2 adunan, x pun harus akak x merasa...Satu adunan dapat 6 keping jerk...Aiman makan sampai 3 keping...aiiyoooo...sedap sangat lah tuuu...and the most important thing, very simple and ez to prepare...that's why laaa..hehee...makan gitu je pun sedap tau....tapi akak wat sambal sardin sikit..mmg ngam campur malas sebenarnya...Kalau rajin buatlah kari eh..hehe..Resepi dari Newbie123 kat MyR tu, mintak izin C & P je ya..thanks Newbie...

Bahan:-
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 3/4 cawan air (*akak kurangkan lagi..)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji kentang (russet potato direbus dan dilenyek) - akak guna kentang biasa jek.
  • segenggam daun ketumbar - dicincang halus
  • 1 sudu teh jintan
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar (coriander powder)
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • Minyak zaitun

Cara-Cara:-

  1. Masukkan tepung, garam, dan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan boleh diuli. Uli sekejap dan bahagikan kepada 6 ketul.
  3. Didalam bekas lain, campurkan kentang lenyek, daun ketumbar, jintan, serbuk ketumbar, garam, dan lada hitam. Kacau sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian.
  4. Canai dough dan bungkuskan inti kentang dan balut macam pau.
  5. Ketepikan dough selama lebih kurang 5 minit.
  6. Panaskan kuali leper dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun.
  7. Canaikan dough tadi ikut ketebalan yang disukai dan gorengkan setelah minyak panas. Goreng setiap belah sehingga garing.

**Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun setiap kali menggoreng roti baru.

10 comments:

nurindah said...

salam kak ummi,
pandainya kak wat paratha. thumbs up! teringat kedai mamak lak ;)

ain said...

patut la sedap kakkk!!! berperisa tuuu!!!!

*e-na* said...

Roti paratha satu! Kuah sardin yer...he he

atie @ ejay said...

salam kak..
nmpak sedap tuh..nak try wat la roti paratha kentang mlm ni;)

MamaFaMi said...

Ummi ni terror menggali la.. (bukan Benggali ye, harap maklum!). Selalu je dapat resepi yang senang... kena menuntut juga dengan Ummi cemana nak menggali ni...

LOVE said...

Sedapnya nampak roti paratha kentang akak tuh! Terliur Love tengok..uish uish...;)

blogresipi said...

Nak try la nanti... selalu buat lempeng kosong je makan sama itu sardin.hehe

ummi said...

Nurindah -
wkumsalam, hehe..sapa2 pun boleh pandai tengok resepi kan, kan.. :D

Ain -
Aahh selalu kosong je kan..ni mmg besssshhhh!!

E-na -
Wahaha...dah licin awal2 lg dah semua, kena masak sendiri la E-na eh..

Atie -
Yep! Try jgn x try..cam tuuuu laaa..hehe

MamaFaMi-
Ma, alangkah bagus kalau gali-gali jumpa duit kan, lagi org kata pandai..hehe

Love -
Kena try ni Love, mst ur kids suka..hehe

Ijan -
Haa..tau xpeee..hehe

sreSHAziela said...

hai kak ummi..

mmg sedap paratha ni.. thank for da recepi ye..

ummi said...

lama tak menjengah ke sini. pg td saya buat roti paratha kentang for breakfast. habis licin. you were right, simpan sampai ptg pun masih lembut lagi. anak no 2 siap request suh buat lagi. saya nk mtk izin bubuh resepi ni di blog saya ya kak... thanks.