Monday, November 16, 2009

Peach Mirror Pudding

Dah lama rasanya akak x buat apa2 pudding/dessert nih...kelmarin kemas2 sikit fridge yang dah x nampak rupa tuh...ternampak la buah peach belen letak atas ciskek dulu..emmm elok lagi, x terjejas pun...then teringat lak dah berzaman simpan resepi nih...emmm, ni lah masa nak menggodek pudding pulak laa...heheee...lagipun nak buat, senang yaa amaaattt....hehe...Kepada penggemar peach, boleh la cuba, sedap...Resepi akak ceduk dari Tuntung15 (MyResipi) tuh...

Bahan:- (terpulang kepada bekas dessert masing2)
Lapisan Bawah:
  • 300 ml air
  • 150 jus peach
  • 450 ml susu segar
  • 150 gm gula (akak guna gula pasir)
  • 30 gm instant jelly
  • 40 gm tepung kastad
  • 1/2 sudu teh rata garam
  • 2 biji kuning telor
  • sedikit esen vanila

Lapisan Atas:-

  • 650 air + lebihan jus peach (jika ada)
  • 60 gm gula pasir (kalau ada lebihan jus peach tadi, bolehlah kurangkan gula kepada 30 gm)
  • 25 gm instant jelly
  • sedikit esen peach (*akak xda ni)
  • 2 titik pewarna lemon yellow (akak letak je pewarna kuning)

Hiasan:-

  • Buah peach - dipotong memanjang dan nipis
Cara-Cara:-
  1. Untuk lapisan bawah:- Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru dijerangkan atas api sederhana perlahan. Ini untuk mengelakkan adunan jadi berbintil-bintil.
  2. Sentiasa kacau adunan, masak sehingga agak pekat. (lebihkurang 8-10 minit). Tuangkan ke dalam acuan dessert. (*akak basahkan dulu acuan sebelum dituang adunan).
  3. Biar dessert sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach yang dihiris tadi.
  4. Untuk lapisan atas:- Satukan juga semua bahan, masak sehingga mendidih.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk dessert tadi perlahan-lahan. (Kena tuang perlahan kerana dessert agak lembut, takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak)
  6. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam fridge. Enak dimakan sejuk.
Nampak x bercermin je rupa atasnya tuh kan..

Akak dapat sebanyak ini bagi bahan di atas..

17 comments:

Solehah said...

wah..yumm..yumm..

ila said...

mmm mcm best ja. mlm ni jgk ila try yea.

Sheila Shafeareen said...

salam hai kak woo meriah betul puding tu dah teliur ni...nak semangkuk boleh heeee..lawa mangkuk akk tu bebagai paten....

Fairy said...

salam kak,
Sedap nampak puding tu dgn pelbagai bentuk bekas n hiasan...

ain said...

errmmm...sedapnya kak zaii!!! dh terasa rasa kat tekak ni ha.

geraugebang said...

cantik tu... boleh buat hantaran laa. 10 tahun lagi anak kita tunang, kita tempah noooo. he he he.

Ummi said...

Solehah -
Memang yummy, yummy...try buat eh..!

Ila -
Bkn mcam best lagi..mmg best pun..betuii, betuii, betuiiii..hehe

Sheila -
Wkumsalam..mmg sedap, lembik2 sikit lg best, tu la pasaiiii, sejuk masuk ke tekak..hehe..bekas2 kawin2..hehe

Fairy -
Wkumsalam, nak tau kena la try dulu..bekas kawin campur..hehe

Ain -
Hehe..amboiiih dah terasa kat tekak eh? xyah buat dah la Ain..hehe

Geraugebang -
Aah la eh..bagus idea gerau tuh..boleh difikir2 kan..ehehee

MamaFaMi said...

Ala...naper gi tayang menda sedap sedap yang memikat tekak kita niiiii... Ummi niiii... noti aa

musdeng said...

Pelatihan Solat Mudah
Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad
Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

http://konsertopick.blogspot.com

Anonymous said...

Wah wah wah.. cantiknye puding kak Ummi kite nie... memang macam kate kak gerau buleh wat hantaran. kite tempah untuk mikael skali lah ye.25 tahun lagik.kihkihkih

hana said...

mak aiiii cedapnyer kak!! lawoo lerr! mintak ler semangkuk tuhh! kongsi ngan hamzah pong tkpe! dier tk kisah! hihihi

Fa'e said...

alahai k ummi, oishisou + kerei ar....(nmpk sedap + cantik). cam cayang je nak makan! kalo celitkn ngan ceri cikit mesti lagi teserlah kalernye tu... harus ku coba gak nih!

NJ said...

salam ummi..
wah cantik la rupa paras puding ni...yg jerneh tu nak kena berhati2ek tuang..nak kena try jgak ni..tgok sedap jerk..nti copy resepo jer eh..

Lee said...

Hello Ummi, wow! Love the yellow colour of your delicious looking peach pudding.
If I was around, ha ha, tentu mintak extra helping.....

Your fried sotong looks sooooo delicious! Terok la datang sini see your fantastic cooking.
Besok nak masak apa? Saya bawak fork and spoon and big pingan line up outside your kitchen, ha ha.
Have fun, Ummi, Lee.

Fa'e said...

k ummi, sy dh wat la mirror pudding nie semlm...tapi x secantik & secun k ummi buat...huhuhu!

cuma sy tukau kan pakai mango...memandai je sy nih! hihihi...

Jieda said...

Agaknya lapisan bawah tu kalau letak buah pic yang dipotong dadu kecik-kecik pun sedap jugak agaknya ye.

Nak cuba juga la resepi ni.

Unknown said...

Salam..

Ummi, kenapa saya punya puding ni tak sekeras yg ummi punya. Memang lembik giler lah.. Sukatan ikut sebijik2...
Hm.. nak kena try skali lagi ni..