Monday, March 1, 2010

Laksa Asam Udang

Maaf entry tertunda....Ahad smlm, bz bakar kek, meroti n merendang dendeng untuk Najwa bwk balik ke Kangar mlm td...Ni menu tengahari merangkap petang Sabtu kelmarin....Untuk makluman, kat rumah akak ni memang "x berapa naik" atau kureeengg kalau menu laksa ni, akak n abanglong jek yang gemar...tu pasal malas nak buat. Selalu makan pun adik ipar akak (Sarizah) yang buat....hehee...Tapi Najwa balik lagi minggu ni, dah sebut2 nak makan laksa asam ni...aiihh sejak duk kat utara ni, dah pandai lak dia demand menu utara. So akak pun merajinkan lah diri menunaikan hajat dia nak makan...tapi dia pesan suh letak udang macam adik ipar akak buat tuh...weeeee, mmg sedap kalau pekena yg adik ipar akak tuh, maklum dia asal orang Sungai Petani sana...nak suh dia buat, dia balik kampung kitaorang lak hari Jumaat tuh...heheee.
So akak pun try resepi cilok dari FP Kak Liza(Hanieliza) ni...cuma akak tambah udang basah je, x guna la pes udang tu...Layaann...memang berbisa!!!!! Hehee...ni hb cakap, bkn akak tau...dia kata serupa jek dengan adik ipar akak buat...ya laa, akak tengok pun Kak Liza punya style n bahan masakannya ala-ala utara jugak la kan..Ummi penah cakap hal ni pada kak Liza...kan kan K.Liza, thanks soooo very muchh...secukup rasa!!! Mintak maaf dulu la K.Liza, Ummi tukar sikit la nama resepi tu ya K.Liza, sebab letak udang banyak2..hehee


LAKSA ASAM UDANG (adaptasi dari Resepi Chef Hanieliza)

Bahan:-

  • 1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar isi dan tulang2 juga dikisar.
  • 1 bungkus laksa kering, [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga lembut betui dan toskan]
  • 8 keping asam gelugur
  • 1 kuntum bunga kantan [belah 4]
  • 3 tangkai daun kesum
  • 10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
  • air rebusan ikan
  • 15 ekor udang (*ni Ummi tambah)
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang serai [ketuk pecah2]
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1 s/b minyak

Bahan A (Dikisar halus):

  • 5 cm belacan
  • 15 tangkai cili kering
  • 1nci lengkuas
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 s/b pes belacan (*Ummi x letak ni)

Bahan (Dihiris halus):

  • 1 bawang timun
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 biji nanas
  • 2 biji cili merah
  • daun selum (*ummi xda, tukar salad jek)

Cara membuat kuah:

  1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan.
  3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.
  4. Renihkan sehingga pekat.

Cara menghidang:

Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yg dihiris serta limau kesturi.

NOTA... Kalau nak tambah kuah petis [otak udang tu]..cairkan otak udang dengan sikit air panas dan masukkan dalam pinggan hidangan laksa..sedapnya..nyummmm..nyummmm....

Jemput makan.... ^__^

4 comments:

Fa'e said...

salam & selamat pg k ummi... hehehe, mesti sedapkan laksa nie...siap ada udang lagi tu! mempelbagaikan rasa laksa...

ain said...

aduh kak ummiiii!!! dah terasa rasa laksa asam akak ni kat tekak!!! mcm nak meleleh je air liuq ni.huhu

ibu_umairah said...

mest cuba ini......terus lapar!!!!he,,,he..he

ijan said...

Lepas ni Najwa mintak buatkan kari kepala ikan la pulak... heheeh.. laksa asam sedap tue... faveret kite :D