Tuesday, March 30, 2010

Chocolate Bread Cake - Akibat Tak Baca Nota..

Huhuu...Chocolate Bread Cake yang tinggal ciput jek bahagian keknya...rasa kelakor pun ada...Ni lah akibat x baca nota sampai habis, excited sgt nk buat konon...amik ko..hehe..So akak terkena jugak mcm Rinn, cuma Rinn perasan awal, akak x perasan terus..wakaka. Loyang akak tu pun x cukup tinggi rupanya, masa bakar tuh, adunan roti tu punyalah naik sampai meletusss keluar adunan kek (bahagian atas) tu jatuh atas pengalas oven tuh...sayang sungguh rasanya...huhuuu...wat penat jek pukul adunan kek tuh...banyak yang melimpah keluar dari yang tinggal...Punyalah sedap adunan kek tuh, mmg lembut gebuss...Xpa lah, makan aje apa yg tinggal heheheee...mesti buat semula esok lusa...sedap tauuu!! Akak mmg suka roti ni, dulu2 selalu beli kat Disney Bakery Kuantan ni masa akak duk Muadzam Shah...Sekali beli 3 4 loaf..Nanti buat semula laa...lagipun tepung sponge mix tu pun ada byk lagi tuh...hehe. Rinn, akak C n P kat sini lak yaa...Sila baca jugak nota Rinn kat bawah tu yaa..

CHOCOLATE BREAD CAKE
Sumber : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread & Rinnchan

BAHAN A :

  • 300gm high protein flour
  • 5gm susu tepung
  • 3gm bread improver
  • 10gm serbuk koko

BAHAN B :

  • 50gm gula castor
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/2 biji telur
  • 180gm air sejuk
  • 7.5gm yis segera
  • 1/2 tsp choc emulco

BAHAN C :

  • 15gm butter
  • 15gm shortening

ADUNAN KEK :

  • 2 butir telur gred A
  • 150gm sponge mix perisa vanilla
  • 30gm air
  • 2.5gm esen pandan
  • 60gm minyak jagung/minyak masak

**Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.

CARA-CARA:

  1. Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
  2. Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh. Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
  3. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
  4. Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
  5. Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
  6. Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. Biarkan doh naik dua kali ganda.
  7. Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min. Menerusi eksperimen ini telah berlaku satu kejadian yang tak disangka.

Nota Rinn yg akak x copy n baca...hehee..elok wat peringatan!!

Seperti arahan, Rinn dah bahagikan doh kepada dua bahagian. Setelah doh diperap, digelek, digulung dan dimasukkan ke dalam loaf tin, doh Rinn telah naik sepenuh-penuh tin. Jadi, dah tak ada ruang untuk dituang adunan kek. Termanggu gak sekejap. Mungkin sebab tin loaf Rinn tu tak cukup tinggi. Cuma 4" tinggi . Chef punya tin, 6" tinggi. Nak tak nak terpaksalah Rinn keluarkan semula doh dari kedua-dua tin tu dan uli lagi sekali pada kuantiti yang kurang daripada tadi. Hmmmm.... mujur doh tak merajuk walaupun terpaksa diperap sekali lagi. Elok dia naik separuh tin loaf. Bolehlah dituangkan adunan kek. Lebihan doh yang tinggal Rinn bulat-bulatkan. Buat bun coklat inti coklat chips. Tak pasal-pasal jadi dua jenis hidangan. Adunan kek pulak macam tak cukup. Macam sikit pulak. Rinn rasa kalau digandakan adunan kek pun ok gak. Adunan roti tu boleh dapat untuk 3 - 4 tin loaf. Agak-agaklah ya...kepada yang sudi nak mencubalah..

7 comments:

izahdaut said...

oh tidak...saya memang suka ini roti kek..gambo sokmo mengancam ketenteraman nafsu makanku..ooouu..kak ummiiii

MamaFaMi said...

Wah, resepi yang mencabar ni... nantilah senang senang kita cuba. Ini nak bernafas pun rasa tak sempat...

Azita Zain said...

kakummi, satu adunan doh roti ni leh dapat 2 loaf, kan?
nampak mengancam roti kek ni, mmg suka...

indahhouse said...

salam kak ummi,
takpe kak. yang penting tetap ia gebu dan lembut,kan? hu,nampak sedapnya roti ni kak..dah macam kek.
kak, saya kopipes resipi nasi goreng jagung. thanks a lot kak..

ima said...

salam kak ummi...emmm sedapnya chocolate bread kek tu...ima pun suka, selalu gak beli kat kedai...klu rajin bolehlah cuba buat sendiri pulak ye...hehehe

Watierman, rmanbkr said...

Macam manalah nak diet ni....godaan ada di mana2....nak kena enroll the Biggest loser dah agaknya!!

Ummi said...

Izahdaut -
Hehee..sori lah kalau terancam tekak yaaa...bawak2 lah meroti, sedap tuh! Hehe..

MamaFami -
Hehee..tgh bernafas dalam lumpur ke Ma? Xpa, nnt Ummi pun nk try semula, adjust doh roti tu, boleh dpt 3 or 4 loaf sebenarnya..

Azita -
Aah kalau ikutkan tips Rinn tuh mmg leh dapat 3 or 4 loaf..Roti tu mmg sungguh naik Ita..so be careful, biar ada ruang naik yg lebih..hehee

Indahhouse -
Aah kalau byk adunan kek x meletus keluar rasanya lg best..huhuu..sayang jek melimpah keluar! Oiih nak wat nasi goreng jagung eh..silakan, nak sikit nnt yaa..hehe

Ima -
wkmsalam..ha, lepas ni xyah la beli yg kedai tuh..wat sendiri lg puashati n confirm halal eh..kisah dulu2 beli tu lupakan..hehee

Watie -
Hehe..xyah la nk diet2 dah..rasa x turun2 jarum dacing tuh..asyik move forward jek..ekekee