Monday, March 29, 2010

Kek Coklat Mocca Kukus

Satu lagi hidangan minum petang weekend baru ni...seronok lepak2 n santai kat rumah dengan anak2...abanglong mmg suka la kek coklat camni...dia siap tapau bawak balik ke hostel kek ni...hehee..Resepi dari Sini. Memang sedap, terasa betul pahit2 coklat dengan nescafe nih..Tekstur kek ni sedikit berat dan lembut sekali...Pastu bila kukus kan, cantiknya naik, xda pecah2 pun permukaan atas tuh..! K, akak copy resepi dari laman web tu..



KEK COKLAT MOCCA KUKUS

Bahan-Bahan: (loyang bulat 8 inci - loose pan)

Bahan A:
  • 1 ketul butter [250 gm]
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan brown sugar /gula kastor
  • 1 cawan susu cair
  • 1 s/b nescafe (*akak letak 3/4 sb saja)
  • 1/2 cawan susu manis
  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung gandum }
  • 1 tsp baking powder }di ayak bersama
  • 1/2 tsp soda bicarbonate }

Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana�.kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
  2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
  3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Panaskan kukusan.
  5. Tuang adunan dalam acuan .(*akak sapu butter n tabur sedikit tepung dulu pada loyang)
  6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

# Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan. (*akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel semasa mengukus). Selamat mencuba.

4 comments:

MaryMoh said...

Wow....lembut and sedap! Dah lama tak cakap bahasa...sudah berkarat (rusty) lah...haha

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ummi..
Tergoda sungguh ni....Macam terseru seru jeee nak mencuba..apa lagi jenis berchoc lembab cam gini...lagiiii sukeeee

Anonymous said...

salam kak ummi...ohhh wah..mengancam sungguh tengok kek itu..jadi ke nak tukar..hihi,tapi kek ima dah abis...huhu

ddYanie said...

mau cubaaaaaaaaaa......
wuuu mesti sedap nih..
jimat lagi..maen kukus je =)