Monday, March 22, 2010

Pau Gebu Inti Kacang Hijau

Akak buat ni lepas lunch hari minggu semalam...duk saja dah petang, teringin nak makan pau inti kacang hijooo + kelapa muda mcm mak akak bese buat...kitaorang mmg suka inti camni...Susah nk dapat orang jual inti kacang hijau kan...selalu tu letak kacang merah or kelapa jek...tu pun kacang merah yang ready paste punyer....x best la sangat...Meh layan..Resepi asal dari dapur pau ni dari Am (Flora) tapi akak cilok dari dapur Jun, pastu kan duk bz wat keje lama tul akak biar pau tu naik, sampai nk turun balik pun ada gayanya..pelik eh...Resepi ni pun akak ada adjust sikit tepung dia sebab tepung pau x cukup, hehe...jadi xda la putih melepak sangat pau tuh...bahan inti tu lebih kurang je sukatan ya..agak2 laa

PAU GEBU INTI KACANG HIJAU

Bahan:
  • 450 g tepung pau (akak adjust 220 gm tpg pau + 230 gm tepung protin tinggi)
  • 225ml air suam (akak letak 235 ml)
  • 30 g gula castor
  • 2 sk yis segera
  • 2 sk double acting baking powder
  • 2sb shortening
  • 2sb dough softener
Inti - akak letak inti kacang hijau (my style)
  • 350 gm kacang hijau (rendam 1 - 2 jam), cuci dan toskan.
  • Air secukupnya (lebih kurang 1200 ml)
  • 1/2 biji kelapa parut muda
  • 1 keping gula kabung
  • 1/3 cawan gula pasir / secukup rasa

# Rebus kacang hingga empuk (nampak telah kembang n pecah2 sikit). Bila airnya hampir kering, masukkan gula kabung + gula pasir dan masak hingga sebati dan hampir kering. Masukkan kelapa muda dan kacau rata hingga benar2 kering. Tutup api dan biarkan sejuk.

Cara-cara:-
  1. Satukan air suam & gula biar larut.
  2. satukan semua bahan kering dlm mangkuk - gaul rata.
  3. Buat lubang ditengah, tuang air tadi sikit2 sambil diuli sehingga adunan tak melekit.
  4. (Sekiranya adunan masih melekit, tambah tepung sikit dan uli terus) (Akak skip langkah 1 - 4, hanya masukkan doh dlm BM dan tunggu hingga siap)
  5. Tutup mangkuk dan perap doh selama 1 1/2 jam.Ambil sedikit adunan (blh gak timbang 40 g).
  6. Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula
  7. Alas setiap pau dgn kertas minyak/daun pisang yg digunting bulat/4 segi.
  8. Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  9. Kukus pau selama 1/2 jam atau sehingga masak (kukusan mestilah dipanaskan terlebih dahulu). SIAP..!


3 comments:

CT Delima said...

salam k.umm...miss you so much kak. baru ni ler ct tau ada pau inti kacang hijau kak. sebelum ni inti macam2 kan dalam tu. Ini lah yang sepcial nya resepi pau ni kan.

harap k.ummi sentiasa sihat2 selalu ya.

Anonymous said...

salam.. masa cari resepi inti kacang hijau jumpa blog ni.. tq..
teringat 30 tahun lepas emak saya suka buat pau inti kacang hijau dgn inti kelapa jual kat kantin sekolah.. rindu lah...

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaykumwbh kak ummmi.....
Ayu mimjaaaam nak copy recipe pau ni ya....:) Thanks...