Saturday, March 6, 2010

Ikan Goreng Ala Utara

Lauk tengahari Jumaat semalam....Resepi asal menggunakan ikan siakap, tp akak guna je ikan tenggiri ni...sedap je ler, tenggiri akak ni tebal weeeiii, dekat sekor ikan siakap jugak kalau tengok kan..hehe...Resepi dari dapur Noreen. Ada kelainan masakan ni, kuahnya dah rasa macam kari berlada laa...C n P ya Noreen..

IKAN SIAKAP GORENG ALA UTARA (ummi guna tenggiri)

Bahan-bahan:
  • 900gm ikan siakap - dilumurkan dengan garam dan tepung jagung
  • 1 liter air rebusan ayam (*ummi just bancuh separuh kiub pati ayam dgn 500ml air)
  • 80gm cili merah - dikisar
  • 80gm bawang putih - dicincang halus
  • 50gm serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • garam secukup rasa
  • perasa secukupnya

Cara Memasak:

  1. Ikan siakap tadi digoreng sehingga garing dan ketepikan
  2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
  3. Masukkan serbuk kari dan cili. tumis sehingga wangi
  4. Masukkan sos tiram, lada sulah, kicap cair dan air rebusan
  5. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung, garam dan perasa
  6. Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng semasa menghidang

2 comments:

ZuRaWiTa AhMaD said...

sedap2 masakan akak nie...nak tanya skit bleh?akak buat camna cop bulat tu (home sweet home)...leh bgtau??? zura kalau nk edit pic..guna photoscape...

ain said...

tengok bhn2..mmg mengancam resipi ni!!