Saturday, April 30, 2011

Talam Berlapis Pisang - Sedap Walaupun Sakit Mata, So.. Awas!

Assalamulaikuuuuummmm....waaaah xda orang laaa...sume balik kampung eh...xpun pi jalan-jalan.... Akak pun jalan-jalan jugak....jalan dalam rumah...ketengah ke dapur....x abis2 jalan...hahahaa...Pastu lagi sakit hati ni taauuu....sakiiiiiiittt jek....bukan sakit apa...sakit mata tengok puding nih....gara-gara guna pisang berangan la...pisang ni bila kita dah potong tu kan...xleh langsung biar lama2...terus lebam kat tengah tu..bukan sikit punya hitam...hadoiii....So masa nak snap gambar tu lg lebamm...bam....Kuih dah sedap daaahhh...mata jek sakit tengok sebab tak cantiiik...Kalau guna pisang nangka, mesti cantik kot jadi...huhuu...tp masa lapisan akhir tuh..akak terlewat letak pisang, so pisang x tenggelam sangat...lupa duk sambil hadap blog..hehee

Oleh itu sapa-sapa nak try better guna pisang lemak manis ke, pisang nangka (ikut resepi) dan yang tidak akan jadi kehitaman tengah tuu...adeii menciiisss laaahhh! Tapi kuih ni mmg sedap....hasil terjeling kat dapur Azie hari tuh...terus akak buat...tengok pisang berangan jek ada kat kedai, patutnya guna pisang nangka, tp konon xnak takut masam2 sikit kan pisang nangka tuh...gasaakk laaa...Layaann...thanks to Azie yang dapat resepi ni dari KakWan kat MyR...Time kasih buat Kak Wan n Azie...Nak buat pun senang, cuma akak edit sikit bahan sbb ada bahan yg xda la pulak..hehe, xpa kan Kak Wan...jom layaaann..

TALAM BERLAPIS PISANG
Resepi : Kak Wan @ MyResipi
Sumber : Azie

Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi )

Bahan A
  • 120gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi (*akak letak 50 g tpg jagung, 50 g tpg sagu) sbb xda stok tepung ubi
  • 250ml santan pekat KARA (*akak pun guna santan ni)
  • 150ml air
Bahan B
  • 175gm gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Daun pandan
  • 400ml santan cair (*akak letak 100 ml santan Kara + 300 ml air)
  • Bahan C 400gm pisang nangka (dihiris nipis) *akak guna pisang berangan, cepat hitam tengahnya..
Cara Membuat:-
  1. Satukan bahan A, gaul rata supaya tidak berketul.
  2. Masak bahan B sehingga mendidih, keluarkan daun pandan. Tuang kedalam bahan A, kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian.(*akak letakkan 2 bahagian dengan warna hijau n kuning)
  3. Tuang bahagian pertama dan kukus selama 5 minit. Angkat dan aturkan hirisan pisang ke atasnya. Kukus sekejap supaya pisang masak.
  4. Tuang bahagian kedua dan kukus selama 5 minit, aturkan pisang buat seperti bahagian pertama.
  5. Untuk bahagian terakhir kukus selama 30 minit dan tutup loyang dengan aluminium foil.
  6. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

tengok lah kelebaman tengah pisang tuh...menciisss..!

Friday, April 29, 2011

Daging Goreng Petai

Assalamualaikum.....moga hari jumaat yang mulia ni membawa seribu barkah buat kita semua...Waaah rasa ceria jek bila masuk hari jumaat....esok sabtu, lusa ahad, tulat isnin cuti lagik..best tuh! Mesti semua dah ada rancangan nak bercuti kan..balik kampung ke, kenduri kahwin ke, attend kenduri sanak saudara ke, kenduri kat rumah sendiri ke...ok gak kan, kenduri2 dengan adik beradik, mak abah semua...sonok gak tu...biasa pakai piyuk comel2 jek masak, sesekali kuarkan la piyuk besar...hahah, tu x kata kat orang la...kat akak la sebenarnya. InsyaAllah kalau xda aral, adik2 yg KL kata nak datang Kuantan sebab mak n abah akak nak pi rumah abang sini...tengok lah potluck kat rumah sapa nnt..hehehe...best tuh!

So, maybe ni entry terakhir minggu ni kot, konon2 ala2 bz la tuh...nak masak apapun x tau lgk..hehehee...Malam tadi sempat gak kukus kuih talam...kalau sempat akak masukkan la..hehe...Meh layan dulu resepi dari Chef Harun dari bukunya Nyaman - Uniknya Rasa Penambat Selera....Buku Chef ni resepinya memang unik dan akak dah hadiahkan kepada seorang geng blogger nun jauh di seberang sana...Memang x penah lg akak goreng daging dengan petai...hahahaha...rasanya? Best, 2 thumbs up...! Tp awas, jangan la kutip petai jek makan tuh...hahahaha...sikit2 dan sesekali bole la kan...kan...Meh layan...sapa nak cuba silakan...cara masaknya pun berbeza, nampak namanya sempoi jek, tp cara masak tu buat daging ni lg sedap..jom tengok resepi asal eh..tp akak dah ikut stok k.

DAGING GORENG PETAI
Resepi: Chef Harun

Bahan:-
  • 200 gm daging batang pinang (hiris nipis) - *akak buat 300 gm.
  • 20 biji isi petai (dibelah dua, kalau besar)
  • 3 biji cili hijau (ditumbuk halus)
  • 5 biji cili padi (ditumbuk halus) - akak letak 7 biji
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong 1x1 in)
  • 1/2 biji cili benggala merah - *akak guna yg hijau dan hiris memanjang, dadu pun boleh)
  • 1 sudu besar jus limau purut - *akak guna limau nipis
  • 1 sudu besar cuka hitam - *akak guna cuka biasa
  • 1 sudu besar sos tiram - *akak letak 2 s/b
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh perasa (jika suka)
  • 1 sudu teh gula
  • 1 batang daun bawang - dipotong 1 1/2 in)
  • 1 batang daun ketumbar - dipotong 1 1/2 in)
  • minyak masak secukupnya
Cara Memasak:-
  1. Panaskan 2 cawan minyak masak dalam kuali dan goreng daging sebentar (separuh masak). Angkat dan toskan. (*akak gaul daging dengan lada sulah dan perap 10 minit then baru goreng)
  2. Kemudian goreng pula petai, bawangbesar dan cili benggala sebentar, angkat dan toskan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar, tumis bawnag putih hingga kekuningan.
  4. Masukkan cili hijau dan cili padi yang ditumbuk tadi. Kacau hingga pecah minyak.
  5. Masukkan cuka dan kacau.
  6. Kemudian masukkan daging, sos tiram, sos iakan, gula dan perasa jika suka. Kacau sebati hingga daging empuk.
  7. Masukkan bawang besar, lada benggala dan petai yang digoreng tadi. Kacau rata sekejap. Tutup api.
  8. Akhir sekali masukkan bawang, daun ketumbar dan jus limau. Kacau rata dan hidangkan panas-panas.


Menyelerakan keeee....taaaakkkk? hehee..


Thursday, April 28, 2011

Puding Kukus Delima Istana

Assalamualaikum semua....sihat tak semua hari ni...xpa kalau x sihat meh makan puding marbelessss nih! Sejuk-sejukkan tekak.....mmg best sesangat puding ni! Gerenti terus sihat...hahaha...Kejadian puding ni mmg agak pelik sikit tauuu...x perlu direbus dulu agar-agar tali tuh...kasi rendam dan kukus terus dengan bahan2....Nampak x bertali2 puding tuh...lembut terus rupanya bila dikukus..hehee....Rasanya pulak takyah citer laaa...mmg sedap, berkrim dengan rasa telor, susu sejat dan susu pekat tuh...Umphh! dengan buah-buahan koktel tu.....

Elok rasanya kalau jadi pencuci mulut untuk pengantin sebab mmg unik puding nih... Walaupun nama ada istana gitu, tp yang makan x perlu lah org istana jek kan...kita yg duk pondok ni leh makan jgk..hahaha. Akak terpikat dengan puding ni masa jalan-jalan kat dapur Kak Wan@Citarasawan yang memang femes dgn pelbagai resepi tuh...Terima kasih kepada kak Wan yang sudi berkongsi resepi puding best nih! Sori lah Ummi tukar nama sikit untuk memudahkan Ummi rujuk nanti ya kak Wan... Nak mintak izin share kat sini dan copy resepi sekali eh...thanks! Jom layaaannn....Banyak dapat dari adunan nih...akak dah bagi family adik2...boleh sekampung makan...hahaha


PUDING KUKUS DELIMA ISTANA
Resepi: Kak Wan @ Resepi Citarasawan

Bahan-bahan
  • 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)
Bancuhan Telur
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
  • 1 tin susu cair ideal / susu segar
  • 1 tin (505gm) susu pekat manis(*update: akak letak 450 gm je)
  • 6 biji telur gred A dipukul dahulu
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan Taburan
  • 1/2 tin buah cocktail
  • 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis, blackcurrent)
Cara-cara
  1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
  2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis.
  3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
  4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
  5. Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
  6. Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus. Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja. (*akak pulak dah lebih dari 6 jam merendam agar-agar tuh...jadi kukus sejam pun ok jugak...)

Pesanan Penaja...hehee : Kalau family x ramai tu buat separuh adunan cukuplah sebab resepi ni menghasilkan untuk 1 kampung makan...wakakakaa...Pastu kalau dah x banyak dan rajin tu, elok lah dikukus dalam acuan kecik2, lagi senang xyah potong2...Kalau dalam loyang cam akak ni, susah sikit nak potong, x lawo le....tp rasa menteeeennnn...best gilosss! Sesuai gak tambah lemak..hahaha


Wednesday, April 27, 2011

Ayam Lemak Cili Api Berkerisek

Assalamulaikum....ok xnak bebels panjang2 sangat rasanya ni...just nak tayang lauk kelmarin jek nih.....semalam ada saki baki akak panaskan, lagi sedap laaa...kan...kalau basi lain citer la...hahahaha... Akak memang suka masak lemak camni, taruk daun kunyit banyak2 sikit, ketuk serai banyak2, then letak kerisek, mmg best!! baru terasa sedap dan aromanya sure memikat selera....kan..kan...hehee...

Okayy jom layan lauk sempoi, senang nak masak sebenarnya., resepi yang biasa2 emak dan akak masak sejak dulu lg...x susah mana pun....Selalu org letak kerisek dalam kari camtu je kan...Sesiapa yang x penah cuba masak camni...pasti x mengecewakan nih! Ni ganding aje dengan sayur buncis goreng dengan udang, ada sambal belacan n ikan gorengg...pheeewww..melayang..hahahahaa...eh xnak bebels panjang leerrr...

AYAM LEMAK CILI API BERKERISEK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - dipotong 12 - 14 ketul/ikut suka
  • 2 cawan santan cair
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 sudu besar kerisek
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (ikut suka, x letak pun xpa kalau nak pedas)
  • 2 helai daun kunyit - dibuang bhg tengahnya dan simpulkan
  • 5 batang serai - diketuk
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan dikisar/tumbuk lumat:-
  • 8 tangkai cili padi hijau
  • 4 tangkai cili padi merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas (lg kurang pun xpa)
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk/caserol/kuali sesuai, tumiskan bahan kisar bersama serai yang diketuk tadi. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan balik-balikkan. Masak hingga air ayam sedikit kering.
  4. Masukkan santan cair, daun kunyit dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak lagi hingga ayam empuk.
  6. Kemudian masukkan santan pekat dan kerisek dan masak hingga kuah agak pekat dan seimbangkan rasanya.
  7. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Tuesday, April 26, 2011

Restoran Upin Ipin Shah Alam - Mahal Boleh Tahan

Assalamualaikum......malam ni dah kurang bosan + boring = BOSSINGGGG..hehehe...dapat rest sakan sebab hari ni akak x masak sangat, goreng ikan dan makan lauk lemak cili padi ayam kerisek yg akak buat kelmarin, simpan dalam fridge masa gi Shah Alam hantar anak dara semalam, malam ni cik abang kata panaskan aje la..jangan membazir....tu diaaaa, cantiiikk...hehe...tp akak bukan duk goyang kaki jek tau....kita setel macam2 kerja rumah....lipat kain, susun kain...sidai kain lagik....haaaa...pastu kita gosok baju...huhuuu...tengok jam dah kul 9 lebih daahh...ni baru nak mengadap...

Okayyy ni nak citer semalam akak pergi la makan kat satu restoran kat Seksyen 7 Shah Alam ni, dekat la dengan rumah sewa Najiha, seberang jalan jek...belakang Jackel tu....Aiman la sibuk nak ajak masuk makan sini... So kitaorang 4 beranak pun masuk laaaa.....tengok gambar dulu eh...Ni la rupa dalam dia tuh..penuh kartun Upin Ipin je laak...dah la rasa kanak-kanak riang gitu...hahahha

pelbagai cenderahati dari gambar2 Upin Ipin belaka...

Pastu start lah buka menu.....nama menu sume glamor, antaranya:
Nasi Goreng Kampung Durian Runtuh
Laksa Istimewa Opah
Kue teow Kak Ros
Mee Kari Uncle Muthu
Nasi Goreng Fish n Chips
Ayam Goreng Ipin Berempah
Nasi Ayam Upin

yang lain tu biasa je laa....Mula-mula order air dulu...Aiman (Mocha Ice Blended), Najiha (Caramel Ice Blended), akak n cik abg (Mango Juice je laa)

Semua gambar Upin Ipin je la kan...so nak makan pun ala-ala bebudak jek rasa..heheh
Bekas air tu kecik jek tauuu...ciput...

Najiha kenyang lagik, makan fries jek n tapau balik ke bilik nasi goreng untuk makan malam, Aiman order Nasi Goreng Fish n Chips tu...Akak order kuewteow Kak Rose and cik abang order mee kari Uncle Muthu...hahahahha...makan, makan....tp mmg cipuuut je laa...agaknya nak suh akak diet kot....Aiman tambah lgk 2 biji telor separuh masak...hehee.....Sekali bayar, RM60.90. Ni bukanlah nak mengungkit kan..x baik sebab dah masuk perut...tp akak duk terpikir anggaran kitaorg makan mcm tuh RM15 sekepala...air jus tu pun bukan lah semua fresh fruit diletaknya...bekas air pun sume rendah kecik jek jek...ya laa, untuk kategori kanak2 la katakan...

Adakah nasi goreng n kue teaw tu harganya RM7 - RM8 sepinggan keee...Adeehh fenin... Ya la, maybe kedai ni ala-ala cafe gitu, rasa pun ala-ala jek....Oleh itu lenkali nak sedap nak murah, pi kedai biasa2 tu jek, xpun lepaking kat stall mamak...puashati..Xpun, alang2 pi masuk Secret Recipe, mahal pun tp kalau laksa semangkuk leh makan 2 orang..banyak..kan..kan...hehee..So akak x rekomen sangat la u all makan kat sini...sungguh kata! Nasib la kalau toke kedai ni baca, ni pandangan ikhlas akak... Apapun citer ni untuk ingatan akak jek...xmo la terkena...sebab kita nak makan nak yang sedap2 jek kan...kalau masak sendiri x sedap sikit xpa...ekekekke...

Seterusnya sesi menghantar anak dara balik ke biliknya di tingkat 4...adeh sakit betis naik tangga tau...keluar segala peluh jantan betina...hahahahaha...Sempat lgk diaorg posing2 dlm bilik kecik Najiha tuh...

To my son Amirul Hazmi, daughters Najwa (Uitm Arau) n Najiha (Uitm S.Alam), wish you all the best of luck in your semester final exam....may you all get a flying colours result...muaaahhhh!

Emmm...Aiman pun...belajar elok2...dah besar dari segala kakak2 n abang dia dah..hahahha


Morniiinnnggggg!!!! Dah mula boring...!

Assalamualaikum......Morniinnggggg!!! Waaaahhhh...sungguh penat...sungguh nak pengsaaann.... Banyak hal tergempar jek sejak akhir-akhir ni...sume nak kena setel. Semalam pergi KL balik hari jek....terkejar-kejar urusan menghantar anak dara balik....pastu merasa la jammed sama dengan orang balik kerja from Shah Alam to KL tuh...adeeii dengan hujan segala...singgah rumah adik kat Gombak pun dlm 1 jam jek...pas solat bertolak balik, jam 11 lebih baru sampai... Terus tituuuunnn jek...x kuasa nak online dah la kan...

Belum masuk bab-bab lain lagi kan...Itu jam kan...rasa macam nak stop blogging....stop "masak"ing, stop "segala"ging...wahahahhahaa... Dah ramai yang menyumbang kan...so xda siapa pun yang "bothering" kan...kan... So boleh start lepak-lepaking laaaa....Adoiii tp akak sayang kat blog akak nih....akak sayang kat u all sume yang tak jemu-jemu ber"tandanging" sini....adeeeihhhh punah bahasa malaysia kita... Apasai akak macam kena virus "ing" gitu???? Sebab akak boooorrr"iiiiinnnggggggggg" nak berblogging...tp xkan boring nak masak2 punya...nak hapdet jek malassssiiinnnggg.....hehehhehehee



Monday, April 25, 2011

Kek Coklat Kukus Chef Zubaidah (versi Bakar)

Assalamualaikum....Sori pagi2 tayang kek eh....apa khabar? Akak khabar malaaassss nak kerja...hahahahhaha...ya laa dah bercuti lama sikit dari hari jumaat hari tuh...saja-saja la duk rumah melayan tekak anak dara sorang ada balik tu...hari ni dah nak balik dah....japgi nak pi hantar dia ke Shah Alam...xmo naik bas la katanya xda geng, x sonok....adeeeiii....hari tu balik sini dia naik bas dengan cousin dia Syarmila (anak my brother) yang wat Medic for 1st Sem. kat UIA PJ tuh...so ada la kawan balik...ni cousin dia dah balik awal....Next sem, cousin dia dah start kuliah Medic kat UIA Kuantan jek...eemm...xtau la Najiha ni nak balik....hehe, tunggu Najwa la ambil otw balik dari Arau, so far xda masalah sbb diaorg cuti hampir sama.

Cuma masa study leave nih Najwa x balik la...akak x kasi...ya laaa 1 minggu jek kan...pastu exam 2 minggu gitu, nak balik pulak for their semester break about 4 months for Degree students...4 months??? Waaaaa....riuh rendah la rumahku...silap2 lagi haru biru mata hitam ku.....wahahahahha.. Eh panjangnya bebels..haha..

Okaayyy jomlah layan kek coklat kegemaran Najiha n sume anak2 actually....katanya xnak bawak balik, nak makan kat rumah jek....Ha amik nak...makan puas2....semalam lak anak2 perempuan adik akak ada datang rumah nak bergelak ketawa mengekek sakan dengan Najiha, kul 2 pagi baru tidor...hahahahaha... Ya laa, kek ni dah ramai yang buat, rata-rata dapur ada...resepi asal Chef Zubaidah ni dikongsi oleh AlongRoz kat MyR tu ha...pastu berjangkit2 la kan...cuma akak je terlewat, kasi sume reda dulu...hehee...Jom laaayyann.. Tapi akak bakar jek kek nih...tetap moist!! Lepas potong bagi kat family adik separuh semalam, pastu Aiman n Najiha dah tibai jgk, ni jek yg sempat selamat untuk posing....Apapun, thanks Along kongsikan resepi kek yang sungguh mudah, cepat dan teramat sedap nih...muaahhh! Izin Ummi C n P sini lak eh..

KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Sumber: AlongRoz @ MyR

Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"

  • 100 gram serbuk koko *
  • 250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
  • 1 tin susu isian cair*
  • 200 gram minyak masak sayuran*
  • 250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
  • 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
  • 150 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Caranya:-
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
  3. Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar d alam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..)
  5. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...Resepi topping tu akak suka guna yang kat Sini...elok licin jek bila dituang..cuma yg ni kurang pekat, kasi tangkap leleh gituuu.hehe)

jom layaaann...hehe

Sunday, April 24, 2011

Mihun Goreng Cili Padi

Assalamualaikum.....weeee dah hari ahad dah...cepatnya masa berlalu....esok dah kena kerja ekss...huhuuu....Apapun begitu hari-hari akak ni eh....bila dah at this age rasa nak duduk rumah jek banyak....badan pun dah kurang metabolisme kot...hehee..letih 2 hari bercuti...rasa nak cuti seminggu jek....adeeeiii....Apapun layan je la meehoon sarapan akak ni...pagi Sabtu punya sebenarnya...hehee, hari ni x wat sarapan....x sempat nak gi kursus....cik abang kita beli roti canai jek...balik tadi baru la masak lauk tengahari....pastu jamu laaa, anak2 saudara ada ni nak mengekek dengan Najiha...gelak ketawa malam td, x tau kul berapa diaorg tdo...Okay..meh la tgk resepi sempoi jek...tp licin dah la semalam.....hehee.


MIHUN GORENG CILI PADI
Resepi: Ummi@HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1 paket mihun - direndam lembut dan toskan.
  • 8 tangkai cili padi (jenis thailand punya) *
  • 5 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 sudu besar udang kering * (dikisar kasar - akak guna blender kering, kalau rajin tumbuk)
  • 1/2 biji kobis - dipotong2
  • 1/2 batang lobak merah - diparut memanjang
  • bebola daging kisar/daging - dipotong kecil
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • daun bawang - dihiris halus untuk hiasan

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk/kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan bebola daging/daging dan masak hingga lembut.
  3. Masukkan kicap cair, sos cili, sos tiram, garam dan air secukupnya (untuk melembutkan mihun nnt).
  4. Bila mendidih, masukkan sayur kobis dan mihun. Gaul rata-rata.
  5. Masak mihun hingga benar-benar lembut, masukkan lada sulah dan gaul rata lagi. (boleh tambah air jika perlu untuk lembutkan mihun)
  6. Bila telah masak, hidangkan dengan cili padi potong dengan kicap (jika nak lebih pedas masa makan) dan tabur dengan daun bawang.

Saturday, April 23, 2011

Dried Strawberry and Apple Pie - Jom Undi Mereka...!!


Assalamualaikum....selamat malam....waaaaaah letihnya hari ni....banyak agenda nak dipenuhi....agenda rumahtangga la kan.... Terima kasih kepada semua yang masih sudi menjengah blog akak nih....kadang-kadang rasa kesian pulak kalau xda entry apa2...tp tu lah, akak akan buat setakat yang terdaya dan termampu termasuk kemampuan masa jugak kena ambil kira mana dulu kepentingannya kan...Kadang2 mmg rasa xnak terbeban dengan rasa camtu, sebab nawaitu asal berblog hanyalah berkongsi setakat terdaya, bukan sampai memaksa diri kan...kan...sapa suruh? Hehehe...

Tapi sebab kadang2 dapat rasa bahawa kalian yang masuk sini nak tengok menu baru jek kan....akak cuba jugak lah sedaya upaya...bukanlah selalunya masak yang pelik2 pun...kadang2 menu biasa jek...letak jugak laaa... Selagi terdaya dan punya masa akak cuba laahh... Now lagi sibuk bila setiap ahad dah sekerat hari mmg dah x duk rumah...kena berkursus pulak...so kalau nak masak or experiment beriya pun hari Sabtu la kot...tu pun kalau x ke mana2 or balik kampung jengah orang tua tercinta...yang tu mmg keutamaan akak sekurang-kurangnya balik sebulan sekali... Sejuk hati bila menatap wajah keduanya...selagi ada umur mereka dan akak sendiri, insyaAllah....kalau berborak dengan mak abah, mmg boleh melupakan akak kepada blog nih...bahagia sangat rasanya...

Okaylah xnak melalut panjang, nnt ada lak yang sedih...kan..Okay jom layan Dried Strawberry and Apple Pie akak nih..buat petang semalam....dah bagi kat family adik separuh...Hasil ceduk dari dapur adinda Mat Gebu yang tengah top tuh, tp akak tukar sikit bahan ikut stok yg ada yea Mat...Siapa yang belum lagi mengundi Sifu kesayangan ramai ni untuk "TOP MAKAN2 EXPERT"..silalah tengok Sini....dan boleh lah undi jugak untuk Ben jiran sepagarnya dan geng2 lain dengan ikhlasnya yeaaa, no paksa-paksa....Mat, Ben, Ady dan geng yang lain...moga kalian suksessss...!!!


DRIED STRAWBERRY AND APPLE PIE
Sumber: Mat Gebu @ DTS

BAHAN PASTRI :-)
  • 200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
  • 80 g mentega @ margerine
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI :-)
  • 2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
  • 1/4 cawan dried cranberries, contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis) (*akak guna dried strawberry)
  • 1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
  • 1 camca besar mentega
  • 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
  • 3/4 camca besar tepung jagung
  • 1 kuning telur, untuk disapu atas pie


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.
  3. UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

Cucur aka Jemput Air Panas

Assalamualaikum.....salam Sabtu....tengah buat apa tuh...mesti duk bz masak tengahari eh...akak x masak tengahari...dah goreng meehoon jek...sebabnya air teramat slow sangat dr pagi tadi...xtau la apasaiiii, menciiiss tul...terbantut sume program kat dapur... Halus mcm kencing tikus...hahahahaha... Lagi pun malam tadi sempat buat pai epal, so leh la makan ni dulu...Nanti lepas asar ada member ofis ajak makan tuk Majlis Cukur Jambul cucu dia....waaahahaha...rezeki jangan ditolak... Okay ni baru nak masukkan gambar sarapan pagi semalam....xyah mintak la eh...dah licin pun... Sebenarnya pagi semalam dah goreng nasi tuk Aiman bawak bekal, rupanya anak dara akak si Najiha ni teringin nak makan cucur la pulak...katanya nak yang lembuuuuttt sampai ke petang....dah tau la cucur mana nak buat...mmg biasa buat resepi ni...

So layan je la eh....puas hati anak dara akak makan....dia suka sangat2 yang camni...Cuma kali ni xda la letak udang basah pun...letak udang kering yang masih baru kemerahan2 gitu....sedap!! Blend kasar dengan cili merah dan dadukan bawang besar tuh....pastu letak la apa2 sayur kalau nak...akak just letak daup sup jek...sbb ni jemput tergempar....xda taugeh, xda kucai...

So kalau teringin nak cuba boleh click resepi kat Sini yeaaa....xyah letak baking or soda or telor pun xpaaa, lembut sampai ke petang...

Kali ni saja akak wat style panjang-panjang, ceduk dgn sudip dan rendamkan dlm minyak...bentuk2 sikit kasi memanjang....yang tergaring sikit tu sbb ralit duk depan pc...hahahhaa

Friday, April 22, 2011

Ikan Lampam Pekasam Utara

Assalamualaikum....selamat sejahtera wat adik-adik tersayang yang tak jemu-jemu jenguk dapur Home Sweet Home nih...akak hargai sangat2..tanpa kalian semua x nampak asap la kat sini kot...hehehee....Okay laaa....akak nak tayang menu penyedap rasa, penambah selera, pemberat timbangan jek nih....uwaaaaaaaaaa.... Sungguh menyelerakan...x tau nak cakap apa daaahhh...gaul dengan nasi panas2...kalau ada sayur lemak pucuk ubi campur ikan bilis pun dah x ingat dunia...mmg ngam....tambah lg sambal belacan...phewwwww....hahahhaa... K layan la ikan pekasam yg akan beli masa pegi utara jenguk Najwa sebulan sudah, goreng ikan garing-garing, pastu goreng bawang n cili berasingan...tabur atas ikan tadi...weeeeyy dan dan tu nak makan terus, mujur goreng sekor jek...ada lg tuh...xleh goreng selalu...mau fengggsaaannn!!!! hahahhaa

Meat Paratha Puff - Yang Senang dan Laku


Assalamualaikum...

Semoga hari jumaat yang barakah ni membawa seribu rahmat kepada semua dengan kesihatan yang baik, hidup yang tenang, ceria dan penuh kemuliaan. Okay la pagi ni nak tayang paratha puff daging yang penah dah akak letak dulu, click Sini untuk intinya.

Menu camni mmg senang sangat lah nak buat dan mengenyangkan....anak-anak n cik abang pun suka makan dan bawak bekal...letak daging banyak2...haaaa, sumbat masuk moloott tuh...senyap x terkata apa la nanti...hehehee...Okaaayy xyah letak resepi la eh...jamu mata jek...cara nak buat ke boleh ikut suka hati je laaa...akak guna Flakey Paratha jenama Kawan tuh...rasanya lebih sedap dari pastry puff yang terlalu berderai-derai sangat tuh...susah nak makan...yg ni best...rangup jek dan enak...terpulanglah nak guna yang mana eh..then lipat or klim la suka hati...hehehee...Moga ceria selalu..

Ikan Siakap Stim Tiga Rasa

Assalamualaikum...

Waaaaaaaaaaahhh dah berehat-rehat minum petang la eh...akak baru sampai rumah 5.30 tadi....pastu rasa nak masak sempoi2 jek la japgi...goreng ikan wat ikan berlado biasa2 tuh, pastu wat sayur lemak kobis dah la kot...goreng ikan pekasam....pergghhh, confirm naik inci lagi...huhuuu..menci tul, x tahan godaan nih...kena bertekad sungguh2 la....ikat perut kuat2...tp kalau akak tak tolong makan, sapa nak tolong kan....Ah Long x tolong makan, dia tolong pinjamkan wang jek...hahahahahaha

Okayyy xpa laaa...sambil2 u all minum petang tu, bole kot jeling-jeling ikan siakap akak nih....Dah pernah buat resepi dari Chef Norzailina nih dulu..2 tahun sudah ...tiba-tiba baru ni ternampak balik ikan ni muncul kat LinkWithin akak tuh...waaaaaaaah terus ngencesss...nak masak semula....hehehhehe... Memang perggghhh....marbelessss uuu...!! Anak akak Najiha yg balik bercuti ni pun kata sedap sesangat...duk tanya apa nama masakan nih..hehehee...Akak cakap mestilah sedap, resepi Chef tersohor...kan..kan...Okayyy akak letak sekali lg resepinya eh, lauk dinner semalam....Jom layaaannn...


IKAN SIAKAP STIM TIGA RASA
Resepi Asal: Chef Norzailina
Sumber: Noreen & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.