Wednesday, March 31, 2010

Apple Raisin Bread Pudding


Satu lagi resepi resepi bread pudding yang simple, yet very nice...my daughter Najiha n hb liiiikeeee it very much...!! Yani's recipe but I got it from Yatie, Louisiana US. Thanks Yatie, akak share kat sini pulak ya...C n P cam biasa..hehe
APPLE RAISIN BREAD PUDDING by Yani, MyR
Bahan-bahan:
* [ Apple syrup ]*
  • 2 biji epal hijau (small size)*
  • 60 gm raisin*
  • 60 gm butter*
  • 30 gm gula perang(brown sugar)*
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis*

[ Sos puding ]*

  • 3 biji telur gred A*
  • 125 gm gula halus*
  • 500 ml susu segar*
  • sedikit esen vanila*
  • 1 bungkus roti sandwich(dlm 12/13 kpng)

Cara-cara:-

Sediakan Apple Syrup:

Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil lebih kurang 1cm.Kemudian masukkan epal dan semua bhn sirap yang lain ke dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair. Kemudian padamkan api. Biarkan sirap ni sejuk selama 15-20 minit.

Sediakan sos:

Masukkan telur,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sehingga gula semua larut. Kemudian masukkan susu sikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan.

Sediakan puding:

Sapukan loyang dengan sedikit butter. Potong roti kepada 4 (sekeping roti bahagi 4). Aturkan kepingan roti ke dalam loyang. Kemudian letakkan sedikit apple syrup ke atas roti dan juga sosnya. Lepas tu letak pula roti di atasnya.Buatlah lapis-lapis sehingga abih. Akhir sekali dgn kepingan roti.
Letakkan loyang tadi ke dlm dulang oven. Masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut. Bakar selama 30 minit dengan suhu 140 degree. Bila dah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Tuesday, March 30, 2010

Chocolate Bread Cake - Akibat Tak Baca Nota..

Huhuu...Chocolate Bread Cake yang tinggal ciput jek bahagian keknya...rasa kelakor pun ada...Ni lah akibat x baca nota sampai habis, excited sgt nk buat konon...amik ko..hehe..So akak terkena jugak mcm Rinn, cuma Rinn perasan awal, akak x perasan terus..wakaka. Loyang akak tu pun x cukup tinggi rupanya, masa bakar tuh, adunan roti tu punyalah naik sampai meletusss keluar adunan kek (bahagian atas) tu jatuh atas pengalas oven tuh...sayang sungguh rasanya...huhuuu...wat penat jek pukul adunan kek tuh...banyak yang melimpah keluar dari yang tinggal...Punyalah sedap adunan kek tuh, mmg lembut gebuss...Xpa lah, makan aje apa yg tinggal heheheee...mesti buat semula esok lusa...sedap tauuu!! Akak mmg suka roti ni, dulu2 selalu beli kat Disney Bakery Kuantan ni masa akak duk Muadzam Shah...Sekali beli 3 4 loaf..Nanti buat semula laa...lagipun tepung sponge mix tu pun ada byk lagi tuh...hehe. Rinn, akak C n P kat sini lak yaa...Sila baca jugak nota Rinn kat bawah tu yaa..

CHOCOLATE BREAD CAKE
Sumber : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread & Rinnchan

BAHAN A :

  • 300gm high protein flour
  • 5gm susu tepung
  • 3gm bread improver
  • 10gm serbuk koko

BAHAN B :

  • 50gm gula castor
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/2 biji telur
  • 180gm air sejuk
  • 7.5gm yis segera
  • 1/2 tsp choc emulco

BAHAN C :

  • 15gm butter
  • 15gm shortening

ADUNAN KEK :

  • 2 butir telur gred A
  • 150gm sponge mix perisa vanilla
  • 30gm air
  • 2.5gm esen pandan
  • 60gm minyak jagung/minyak masak

**Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.

CARA-CARA:

  1. Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
  2. Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh. Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
  3. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
  4. Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
  5. Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
  6. Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. Biarkan doh naik dua kali ganda.
  7. Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
  8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min. Menerusi eksperimen ini telah berlaku satu kejadian yang tak disangka.

Nota Rinn yg akak x copy n baca...hehee..elok wat peringatan!!

Seperti arahan, Rinn dah bahagikan doh kepada dua bahagian. Setelah doh diperap, digelek, digulung dan dimasukkan ke dalam loaf tin, doh Rinn telah naik sepenuh-penuh tin. Jadi, dah tak ada ruang untuk dituang adunan kek. Termanggu gak sekejap. Mungkin sebab tin loaf Rinn tu tak cukup tinggi. Cuma 4" tinggi . Chef punya tin, 6" tinggi. Nak tak nak terpaksalah Rinn keluarkan semula doh dari kedua-dua tin tu dan uli lagi sekali pada kuantiti yang kurang daripada tadi. Hmmmm.... mujur doh tak merajuk walaupun terpaksa diperap sekali lagi. Elok dia naik separuh tin loaf. Bolehlah dituangkan adunan kek. Lebihan doh yang tinggal Rinn bulat-bulatkan. Buat bun coklat inti coklat chips. Tak pasal-pasal jadi dua jenis hidangan. Adunan kek pulak macam tak cukup. Macam sikit pulak. Rinn rasa kalau digandakan adunan kek pun ok gak. Adunan roti tu boleh dapat untuk 3 - 4 tin loaf. Agak-agaklah ya...kepada yang sudi nak mencubalah..

Monday, March 29, 2010

Kek Coklat Mocca Kukus

Satu lagi hidangan minum petang weekend baru ni...seronok lepak2 n santai kat rumah dengan anak2...abanglong mmg suka la kek coklat camni...dia siap tapau bawak balik ke hostel kek ni...hehee..Resepi dari Sini. Memang sedap, terasa betul pahit2 coklat dengan nescafe nih..Tekstur kek ni sedikit berat dan lembut sekali...Pastu bila kukus kan, cantiknya naik, xda pecah2 pun permukaan atas tuh..! K, akak copy resepi dari laman web tu..



KEK COKLAT MOCCA KUKUS

Bahan-Bahan: (loyang bulat 8 inci - loose pan)

Bahan A:
  • 1 ketul butter [250 gm]
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan brown sugar /gula kastor
  • 1 cawan susu cair
  • 1 s/b nescafe (*akak letak 3/4 sb saja)
  • 1/2 cawan susu manis
  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung gandum }
  • 1 tsp baking powder }di ayak bersama
  • 1/2 tsp soda bicarbonate }

Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana�.kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
  2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
  3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Panaskan kukusan.
  5. Tuang adunan dalam acuan .(*akak sapu butter n tabur sedikit tepung dulu pada loyang)
  6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

# Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan. (*akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel semasa mengukus). Selamat mencuba.

Sunday, March 28, 2010

Soft Crust Pizza

Lama x buat pizza, kebetulan weekend baru ni abanglong pun ada balik, Najiha n Aiman pun ada..enjoy la masak2 n enjoy makan sudah tentu...heheee....Resepi ni intai2 kat dapur Hana hari tu...tapi resepi asal dari dapur Mat Gebu jejaka Kg. Sedenak yang amat femes tuh! Tapi akak punya pizza ni terkurang mozarella cheese la sebab ingatkan ada beli packet baru hari tuh, rupanya x beli la..hehee..agaknya pegang2 letak balik sebab igt xda orang kat rumah malas nk buat lg...hehee...Apapun, sedap bila akak letak topping isi ayam yang diperap dengan sos bbq madu lada hitam...Time kasih Mat n Hana..Akak C n P je ler resepi doh pizza tu dari gobok budak Hana ni!


SOFT CRUST PIZZA

Bahan Doh:

  • 250 g tepung roti (high protein flour)
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula
  • 1 camca teh yis (instant yeast)
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering

HONEY BBQ BLACKPEPPER SAUCE CHICKEN TOPPING (my style)

  • 200 gm isi/dada ayam - dipotong kecil2 - diperap dengan sos Honey BBQ Blackpepper sauce selama 30 minit dan goreng hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
  • 2 sudu besar pizza sauce mix powder
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu air (optional)
  • 3 sudu besar gula
  • secubit garam
  • green capsicum - hiris dadu/gegelang
  • red capsicum - hiris dadu/gegelan
  • 1 biji tomato - dadu
  • 8 biji cendawan butang (dlm tin) - hiris kecil2
  • 1 sk. parmesan cheese (optional) - tabur
  • mozarella cheese secukupnya - tabur
Cara membuatnya:

UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!
UNTUK TOPPING:- Dalam mangkuk, satukan serbuk pizza, sos cili, sos tomato, air(optional jika terlalu pekat), garam dan gula dan gaul sebati. Seimbangkan rasa. Sapukan di atas doh pizza sebelum diletak ayam tadi dan ditabur dengan capsicum, cendawan dan akhir sekali sedikit parmesan cheese (optional) dan mozarella cheese secukupnya sebelum dibakar.

Top Blogger 2010 Award



First of all, thanks to Mat Gebu kerana memanjangkan award Ben Ashaari ni kepada akak pulak...terima kasih tak terhingga Mat!! Top Blogger eehhh? Hehe...ya ke..ntaaaahhh laa, hehe...apapun terima kasih kepada pengunjung dan followers yang x pernah jemu singgah di dapur akak yang tak seberapanya ini...Akak rasa sangat terhutang budi, rasa terhormat lagi laa pulak...thanks a lot a lot semuaa.....!!!!! Okaayyy now akak nk kongsi pulak kepada 13 orang bloggers lain di sini eehh??? Kalau ikutkan ramai laaa yang ngetopp!!! Ni yang sempat akak link mengikut yang belum tersenarai dr blog Mat la yaa...dan harap yang lain pun dapat panjangkan kepada yang lain jugak yaaa...Rasa tak adil kalau terhenti di sini je kan...
A :-Say thanks and link the person who gave you the award. (Thanks ya Mat)
B :-Pass this award onto (?) bloggers you've recently discovered and think are fantastic. (Erkk...kalau ikut yang asal kena 20, budak Ben tu dah kurang kan jadi 13....banyakk tuuu!!! Akak pun letak 15, xleh nak memikir nii..).

C :-Contact said blogs and let them know they've won the award..(alaaa, bab ni la yg lomaahh nak kena ketuk pintu rumah orang nih..hehee)

  1. Kak Hanieliza
  2. Bro Rozzan
  3. Ros@JintanManis
  4. Along Roz
  5. CikMin
  6. Dayang Jack
  7. Nor Secubit Garam
  8. Noreen
  9. Love
  10. Deetha
  11. SL (Nina)
  12. Ijan, Finland
  13. Watie
  14. KakIntan
  15. Jiya

Okaayyy harap semua yang tersenarai sudi la gantung kat rumah memasing yaaa...yang lain pun ngetop jugak tp, akak pnya kepala ni dah buntu nak rewang2 jengah tengok...Maaf pada yang lain, akak harap award ni dapat dipanjangkan kepada kalian yang lain pulak ok..

Saturday, March 27, 2010

Seafood Medley

Salam Sabtu...MALAM NI JANGAN LUPA YAA....EARTH HOUR...DARI JAM 8.30 MALAM HINGGA 9.30 MALAM...Dah rancang candle light dinner ke? Hehee....Ok lah malas nak bebel panjang dah...nak masukkan menu malam tadi jek...masak campur2 3 in 1 hehee...seafood medley....igt lagu je ke ada medley? Resepi dari Zu's Kitchen ni...Memang cepat dan mudah!! Layaannn ye..akak bz lg nih...Thanks Zu, izin akak share kat sini pulak yaa...
SEAFOOD MEDLEY

Ingredients:-
  • 8 medium grey prawns, deveined and leave the tail intact
  • 2 large squids, cut into rings
  • 80gm fish fillet, sliced into 1.5 inch chunks, seasoned with salt, pepper and cornstarch
  • yellow capsicum, cut into bite sizes
  • 1 large onion, sliced
  • 2 clove garlic chopped
  • 1.5 tbsp chilli paste
  • some parsley, chopped (* I omit this, out of stock)
  • 2 tbsp oil

Sauce:-

  • 2 tbsp tomato ketchup
  • 2 tbsp chilli sauce
  • 3 tbsp oyster sauce
  • juice from 1 large lime
  • a few dashes of sesame oil

Method:

  1. Heat oil in a pan, stir fry prawns till pink, remove and put aside.
  2. Stir fry squid rings till half cooked, remove and put aside.
  3. Stir fry fish pieces till half cooked, remove and put aside.
  4. Put 1 tsp of oil, add chilli. Once oil separates, add onion and garlic and stir fry till fragrant
  5. Add a bit of water and add all the seafood items and stir slowly without breaking the fish slices
  6. Mix all the sauce ingredients and put it aside.
  7. Add capsicum pieces and stir for 2 minutes, the pour sauce over and stir will well incorporated.
  8. Lastly, add chopped parsley, give it a few stir and serve hot.

Friday, March 26, 2010

Soft Tender Burger Bun



Weeee mmg soft gilerrr bun nih....Thanks to Jun yang rajin sungguh menggali-gali resepi...sangat puas hati....Ada citer gak sebalik kejadian roti nih...Mula2 tengok resepi kena uli tangan...pastu nk masuk dlm BM dah mcam x reti sebab biasanya kalau guna BM mst letak bahan cair dulu..ni ikut cara dia, dah ada campur cairan kat bahan tertentu berasingan la pulak...akak pun campur dulu ikut step 1 - 3, pastu igt nak senang masuk pulak dlm BM...alamak bila keluar mmg lembut sesangat, xleh nk pegang or uli pun...jadi akak campur baki tepung dan tambah sikit2 lagi, uli atas darat la pulak...wakakaa...apapun small matter...kena pandai tackle problem kata orang kan, kan..hehehe...xpa lenkali masuk je dlm BM ikut peraturan BM je ler...Apapun, amat puashati!! Thanks to Jun...muaaahhh...Ummi C n P je ya Jun..

SOFT TENDER BURGER BUN

Ingredients:- (12 buns)
  • 1 Cup warm water
  • 1 Tsp sugar
  • 1 Tbls. dry yeast
  • 3/4 Cup warm milk
  • 4 Tbls. sugar
  • 1/4 Cup shortening - Melted
  • 1 1/2 Tsp salt
  • 4 Cups Bread Flour, Reserving
  • ½ Cup1 egg white
  • 1 Tsp. water
  • 1 Tbls. sesame seeds

Method:-

  1. Proof the yeast in 1 cup warm water with 1 teaspoon sugar; let sit for 10 minutes until foamy.
  2. Using a mixer, and a large bowl add in 3-1/2 cups flour, 4 tablespoons sugar, melted Crisco, warm milk and salt.
  3. Add in the proofed yeast; mix to create a soft semi-sticky dough, adding in reserved flour as needed (do not add in too much as it will create a heavy bun, dough should be semi-sticky.
  4. Knead dough for about 10 minutes. Remove dough, and let rest on the counter, cover with a clean dish towel for 10 minutes (this is an important step!).
  5. Knead the dough gently for 30 seconds with hands. Place dough in a large well-greased, oiled bowl. Cover, and let rise in a warm spot for 1 to 1½ hours, or until double in size.
  6. Punch down dough. Shape into large balls, and place on a large greased cookie sheet (you should get 12 balls on the sheet).
  7. Cover with a light clean towel, and let rise in a warm place for 30-40 minutes, or until almost doubled .
  8. Preheat the oven at 375°F.
  9. In a small bowl, mix together 1 egg white with 1 tsp water; whisk, and mix well. Carefully brush the tops and sides of the buns with the egg mixture.
  10. Sprinkle with sesame seeds. Bake for about 20 minutes, or until golden brown.


tengoklah kedutssss-kedutsss tu..lembut tentunya!!! ^__^

Thursday, March 25, 2010

Ikan Masak Jepun Suri

Satu lagi resepi masakan yang teramat senang...menjimatkan masa memasak dan teramat sedap pada tekak akak...kalau x percaya cubalah!! Orang Jepun atau adik2 blogger akak kat Jepun pun mesti x pernah masak or makan ni..ekekeee...Tapi akak memang suka dengan rasanya....masa nak masak, nampak bahan macam x sedap jek...hehe...tp akak try gak laaa semalam sbb dah blur x tau nak masak apa ikan bawal emas yang akak beli tempohari....Resepi ni sumber asal dari Mesra.net tapi akak ambil dari Sini. Memang besttt...2 thums up!! Tapi jangan tanya akak apasal namanya Jepun Suri gituuuu..ku tak tahuuuuu...agaknya suri rumah jepun la yg masak ni kot...hehee
IKAN MASAK JEPUN SURI
Bahan A (dikisar):-
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas kecil bawang putih (ni akak tambah)
  • 3 biji cili merah

Bahan B:-

  • 2 - 3 ekor ikan kerisi (akak guna 1 ekor ikan bawal emas)
  • 3 sudu besar taucu
  • 4 sudu besar gula/secukup rasa
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:-

  1. Dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis bahan A hingga pecah minyak.
  2. Masukkan taucu, gula dan sedikit air (supaya tidak hangus).
  3. Bila mendidih, masukkan ikan dan lebihan air (jgn terlalu banyak kerana kuah perlu agak pekat).
  4. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mereneh hingga ikan masak. Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar (akak x letak pun).

Wednesday, March 24, 2010

Ayam Goreng Kremes

To those chicken lovers, this is another nice recipe to try out....budak-budak mesti suka...mak n abah budak pun sama...hehee....Resepi akak import khas dari Jepun sana...Masa proses merebus tu kan, wangi sungguh aromanyaa...Thanks to Elsye for sharing this recipe..So akak kongsikan resepi di sini yaaa...Izin C n P ya Elsye..Sebenarnya dari semalam dah nk letak entry, tapi line down terus malam tadi...hampeehh!! Ok, harap you all bole faham bahasa tanah seberang ni yaa...xpa, sikit2 akak translate...hehe

AYAM GORENG KREMES

Bahan:-
  • 10 potong ayam
  • 1 liter air/air kelapa untuk merebus (*akak guna air JBA jek..hehe)
  • 1 ruas lengkuas
  • 2 batang sereh (serai)
  • 2 lembar daun salam
  • 2 lembar daun jeruk
Bumbu halus (Bahan Tumbuk Halus):-
  • 8 siung bawang merah
  • 6 siuang bawang putih
  • 4 butir kemiri (buah keras)
  • 1 sdm ketumbar
  • 1/2 sdt jintan manis
  • 1/2 sdt kunyit serbuk
  • 1 ruas jahe (halia)
  • Garam
  • Gula

Adunan Kremesan :

  • 200 ml air rebusan ayam
  • 100 ml air
  • 50 gr tepung beras
  • 15 gr tepung tapioka (tepung ubi)
  • 1 butir telur
Cara Membuat :
  1. Rebus ayam dengan mencampurkan bumbu halus.
  2. Masukan lengkuas, daun salam, daun jeruk, dan sereh.
  3. Rebus sampai ayam menjadi empuk dan bumbu meresap.
  4. Setelah matang, angkat ayam dari rebusan kemudian goreng sampai kekungingan.
  5. Campurkan bahan kremesan dalam satu wadah aduk sampai rata dan encer (sebati dan adunan mesti agak cair untuk dapatkan kremes yg rangup), jika kurang encer bisa ditambahkan air lagi.
  6. Goreng kremesan ayam dengan api yang agak besar dan minyak cukup, jika sudah kecoklatan angkat.
  7. Tata ayam goreng di pinggan, dan taburi kremesannya.8. Siap di hidangkan.

Tuesday, March 23, 2010

Kuih Kasturi a.k.a Kuih Rengas

Ni salah satu favourite akak nih...Ada orang panggil kuih kasturi, ada panggil kuih rengas ada panggil kuih kacang hijau...apa2 aje laahh...Sebenarnya ni lebihan dari kacang hijau + kelapa untuk inti pau semalam...so akak panaskan sikit inti tu sekejap then terus masukkan sedikit saja tepung gandum then kepal2, celup adunan untuk digoreng...hehee...Buat makan bekfes pagi semalam dengan pau sekali...hehe..Akak hanya guna resepi untuk gorengan saja dari Kak Liza's FP ni....Untuk adunan kacang hijau tu akak dah adjust dari inti untuk pau akak tu yaa...Tapi akak letak je ler resepi kuih kasturi Kak Liza ni sekali kat sini yaa...Kak Liza, izin C n P yaa...

KUIH KASTURI @ KUIH RENGAS

Bahan:-
  • 1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
  • air secukupnya untuk merebus
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
  • 3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
  • 3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/k kunyit serbuk
  • 1/2 s/k air kapur
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • minyak utk menggoreng

Cara-Cara:

  1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
  2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
  3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
  4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
  5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

Monday, March 22, 2010

Pau Gebu Inti Kacang Hijau

Akak buat ni lepas lunch hari minggu semalam...duk saja dah petang, teringin nak makan pau inti kacang hijooo + kelapa muda mcm mak akak bese buat...kitaorang mmg suka inti camni...Susah nk dapat orang jual inti kacang hijau kan...selalu tu letak kacang merah or kelapa jek...tu pun kacang merah yang ready paste punyer....x best la sangat...Meh layan..Resepi asal dari dapur pau ni dari Am (Flora) tapi akak cilok dari dapur Jun, pastu kan duk bz wat keje lama tul akak biar pau tu naik, sampai nk turun balik pun ada gayanya..pelik eh...Resepi ni pun akak ada adjust sikit tepung dia sebab tepung pau x cukup, hehe...jadi xda la putih melepak sangat pau tuh...bahan inti tu lebih kurang je sukatan ya..agak2 laa

PAU GEBU INTI KACANG HIJAU

Bahan:
  • 450 g tepung pau (akak adjust 220 gm tpg pau + 230 gm tepung protin tinggi)
  • 225ml air suam (akak letak 235 ml)
  • 30 g gula castor
  • 2 sk yis segera
  • 2 sk double acting baking powder
  • 2sb shortening
  • 2sb dough softener
Inti - akak letak inti kacang hijau (my style)
  • 350 gm kacang hijau (rendam 1 - 2 jam), cuci dan toskan.
  • Air secukupnya (lebih kurang 1200 ml)
  • 1/2 biji kelapa parut muda
  • 1 keping gula kabung
  • 1/3 cawan gula pasir / secukup rasa

# Rebus kacang hingga empuk (nampak telah kembang n pecah2 sikit). Bila airnya hampir kering, masukkan gula kabung + gula pasir dan masak hingga sebati dan hampir kering. Masukkan kelapa muda dan kacau rata hingga benar2 kering. Tutup api dan biarkan sejuk.

Cara-cara:-
  1. Satukan air suam & gula biar larut.
  2. satukan semua bahan kering dlm mangkuk - gaul rata.
  3. Buat lubang ditengah, tuang air tadi sikit2 sambil diuli sehingga adunan tak melekit.
  4. (Sekiranya adunan masih melekit, tambah tepung sikit dan uli terus) (Akak skip langkah 1 - 4, hanya masukkan doh dlm BM dan tunggu hingga siap)
  5. Tutup mangkuk dan perap doh selama 1 1/2 jam.Ambil sedikit adunan (blh gak timbang 40 g).
  6. Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula
  7. Alas setiap pau dgn kertas minyak/daun pisang yg digunting bulat/4 segi.
  8. Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  9. Kukus pau selama 1/2 jam atau sehingga masak (kukusan mestilah dipanaskan terlebih dahulu). SIAP..!


Mee Lidi Goreng Basah

Pagi semalam akak buat paratha telor jek...Pastu tengahari akak goreng mee lidi basah jek....malas tul nak masak beriya2 sebab kepenatan mengemas rumah segala....hari Sabtu dah la seharian xda kat rumah pergi ke Muadzam Shah untuk Mesyuarat Koperasi DARA (ofis lama akak) dan jemputan kenduri, petang baru sampai Kuantan. Balik rumah rehat je lerrr..hehe
Okayy layan la lunch akak dengan Aiman hari minggu semalam....Kebetulan Aiman mmg mintak gorengkan mee lidi ni...Hb pulak xda dari pergi ke pejabat ada kerja urgent nk disiapkan..Petang baru balik...Bahan pun sempoi jek, malas nk pergi kedai...lg pun Aiman ni bkn suka taugeh n sawi..kalu letak pun bolayaannn...jadi akak letak je carot n kobis..hehe
MEE LIDI GORENG BASAH
Bahan:
  • 1 paket mee lidi/mee batang
  • 10 - 12 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 sb cili kisar
  • 1 paket fishball - dibelah 2
  • 4 sb kicap pekat manis
  • 2 sb. sos tomato
  • 2 sb sos cili Linghams
  • 1 sb cuka
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb udang kering (direndam dan tumbuk)
  • 1/2 biji kobis - dipotong (*boleh ganti sawi)
  • 1/2 batang carot - dihiris kecil (*boleh ganti taugeh)
  • 2 biji cili merah
  • sedikit air
  • garam secukup rasa
  • 4 sb. minyak untuk menumis

Bahan taburan/hiasan

  • daun bawang - potong kecil
  • tomato - dihiris
  • limau kasturi - dibelah 2

Cara Memasak:

  1. Dalam periuk, masak air hingga mendidih dan masukkan mee lidi dan masak hingga mee lembut. Tapi jangan terlalu lembik. Tuangkan dalam tapisan dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan masukkan cili kisar. Kacau hingga cili masak/naik minyak.
  3. Masukkan semua sos dan kicap. Perlahankan api dan kacau sebentar.
  4. Masukkan fishball dan udang, kacau. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan sayuran dan kemudian masukkan mee lidi. Masukkan cili merah dan kacau hingga semua bahan sebati dengan mee.
  6. Angkat dan hidangkan. Lengkapkan dengan bahan tabur/hiasan.

Sunday, March 21, 2010

Lemon Cake

Kek yang sangat gebuss, lembut dan moist gitu...kalu pegang pun macam nak lerai dibuatnya..hehee..ni je ler yang tinggal sebab jamu kat Najiha n kawannya ada balik kejap semalam sblm pergi ke Program Anak Angkat di Pekan...Sedapnya buat makan petang2 bersama green tea....terasa2 lemon kat tekak nih..
Resepi dari Vania's Blog. Resepi dalam bahasa Indonesia, tp still boleh faham la kan...hehe

LEMON CAKE

Bahan:
  • 100 gr butter
  • 175 gr gula pasir (halus)
  • 2 butir telur ayam (akak guna gred A)
  • 4 sdm susu cair (low fat)
  • 2 sdt baking powder
  • 1/2 sdt soda bicarbonate
  • 175 gr terigu (tepung gandum)
  • 1 jeruk lemon (buah lemon)(ambil air, parut halus kulitnya)

Cara membuat:

  1. Siapkan loyang persegi ukuran 20x20x4 cm, oleskan margarine hingga rata. Taburi sedikit terigu (tepung gandum), ratakan...sisihkan
  2. Kocok (Pukul) butter dan gula pasir hingga kental dan gula larut.Tambahkan telur satu persatu sambil terus kocok hingga rata.
  3. Masukkan susu, air jeruk dan parutan kulit jeruk sambil terus dikocok hingga rata.
  4. Tambahkan tepung terigu, baking powder dan baking soda, aduk rata. Tuang ke dalam loyang, ratakan.
  5. Panggang (Bakar) dalam oven panas bersuhu 180 C selama 35 minit hingga matang dan berwarna kuning kecoklatan, angkat dan biarkan dingin.

Mango Smoothie cum Mango Milk Smoothie

Salam semua...duk buat apa tu? Maybe ada yg on the way balik dari kampung la ni kan..akak x kemana-mana pun, tp bz semacam jek..nak cuti pun, kerja ofis x mengizinkan..huhuuu...jadi sekadar memenuhi jemputan kenduri je ler...Sabtu semalam bz seharian pergi Mesyuarat Koperasi ofis lama di Muadzam Shah dan kenduri kahwin anak member ofis lama gak...balik ke Kuantan pun sampai petang sangat dah, terus singgah ke hostel Najiha angkut barang2 dia dah...dah habis exam dan berakhir sudah Program Asasi TESL Uitm yang diikutinya selama 2 Sem (1 tahun)...sekejapnya rasa, teringat cam baru je hantar dia hari tuh..ish, ish..now dah mula bercuti laa..cuma hari ni sampai Selasa dia ikuti program anak angkat ke Pekan...nnt 2 bulan lebih duh rumah boleh la jadi assistant kemas2 rumah sikit kot sementara tunggu tawaran July Intake ke mana2 U utk program Ijazah seterusnya nnt...
Okayy meh la layan mango smoothie ni dulu...dah licin dah...xyah mintak la yaa...Tapi akak punya x kuning kalernya sebab x letak pun mango yogurt, xda stok n x jangka pun nk buat nih..hehe, tengok hb beli mango terasa je nk pekena smoothie, so adjust dengan plain yogurt n fresh milk jek..lupa pulak nak letak mango paste ke or maybe mango akak tu bkn jenis kuning sgt..jadi MANGO MILK SMOOTHIE ler kan, kan..hehee...So kalau nak tgk kuning mango gitu, pi kat Sini la yaaa...tp still sedap... ^___^
MANGO SMOOTHIE cum MANGO MILK SMOOTHIE
Ingredients:-
  • 2 ripe mango
  • 8 cubes of ice
  • 1 cups of milk
  • 4 tablespoons sugar
  • 5 tablespoons of vanilla yogurt (akak letak 1 cawan)
  • 2 cup of creamy mango yogurt (* akak xda stok ni pun, tu pasal kaler pucat lesi jek..)
How to make Mango Smoothie:-
Stage 1-Pit the mango and remove peel.
Stage 2-Place fruit in blender then add milk, sugar,vanilla yogurt, and finally add Mango yogurt.

Friday, March 19, 2010

Ikan Cencaru Bersarak Rempah

Ni lauk malam tadi....hari tu pergi ronda2 kat Kg Beserah, beli ikan cencaru nih..walaupun seekor je nih..tp cukup besar leh makan 4 - 5 orang nih...puas la akak nak mengabihkan 3 beranak...dah lama x makan ikan sumbat camni...Kali ni akak jumpa resepi nama Ikan Bersarak Rempah pulak..ala-ala sumbat or belah belakang gak nih...cuma bahan sumbatnya lain sikit dr yg bese akak buat...Angkut resepi dari Sini pulak...kena jugak dengan tekak tak kesah akak nih..hehe..C n P kat sini pulak...
IKAN CENCARU BERSARAK REMPAH
Bahan-bahan:- (Akak buat half dari bahan asal)
  • 3 ekor ikan cencaru
  • garam
  • minyak untuk menggoreng

Ramuan Sarak Yang Ditumbuk:-

  • 1/2 cawan ydang kering
  • 6 batang cili merah
  • 2 batang cili kering
  • 1 keping kecil belacan bakar
  • 1 batang serai
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-Cara :-

  1. Siang dan buang kulit ikan (Akak x buang pun jaket ikan tuh).
  2. Cuci bersih dan belah ikan memanjang di bahagian belakang badannya.
  3. Sapu dengan garam tempat yang dibolos dan juga perutnya.
  4. Isikan ramuan yang ditumbuk di tempat yang dibelah dan di dalam perut.
  5. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga masak dan garing.
  6. Angkat, toskan minyaknya dan hidang.

    Sumber : Buku masak Wanita, Vista Production Ltd. , 1976

American Hotdogs With Meat Loaf

Yuk meh makan hotdogs je ler yaaa, tp bkn letak sosej, akak letak homemade meat loaf lagi..terajin sikit nk bakar meat loaf, hehe...kurang2 la makan nasi tuh..kenyang gak nih...Hari tu duk citer2 dengan Mat Gebu, dia bagitau tengah duk uli roti nak wat hotdogs.....Meh tengok kat Dapur Mat tuu... Mat ni mmg kuat menggoda tekak orang kan, kan...nasib goda tekak jek..wakakaa...Ok Mat, time kasih share resepi Alex Goh ni eh...Nah amik kat ko seketuii...cukup la eh...pi main jauh2..hehee..Mat, cam bese la agenda CnP yaaa...lenkali la akak letak sosej mcm Mat tuh..time kasih...


AMERICAN HOTDOGS

BAHAN ROTI :-
  • 400 g tepung roti
  • 20 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar susu tepung
  • 2 camca teh instant yeast
  • 250 ml air
  • 30 g lemak sayur (shortening)

BAHAN LAIN :-

  • Sosej ayam, dicelur dan biar sejuk
  • Mayonis
  • Daun salad
  • Kepingan tomato
  • Sos tomato
  • English mustard
  • Telur rebus, dipotong kepingan

CARA MEMBUATNYA :-

UNTUK ROTI :-

  1. Satukan semua bahan untuk roti kecuali lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh. Campur lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut, perap 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk roti dalam bread maker dan pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, bagi kepada 12 bahagian, bulat2kan dan rehat 10 minit.
  3. Bentukkan memanjang kurang lebih sama panjang dengan ukuran sosej.
  4. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Jarak2 kan dan biar 45 minit lagi.
  5. Spray permukaan doh dengan air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

UNTUK "AMERICAN HOT DOGS" :-

Ambil satu roti tadi, belah dua tapi jangan putus, susun daun salad, hirisan tomato, telur rebus dan sosej. Paip kan mayonis, mustard dan sos tomato sebelum dihidangkan. Mat cuma paipkan "sos thousand island" jeeee....

Thursday, March 18, 2010

Kuih Bakar n Kuih Akok Dari Kampung Beserah

Ni sajalah akak nak tayang2 kat sini...hari tu bawak family adik akak ronda2 n makan2 kat area Kampung Beserah Kuantan nih...sebelum tu kitaorg pekena mee calong, tapi lupa betul la nak amik gambor...huhuuu..pastu kitaorang pergi kat Pasar Segar kampung tuh..beli ikan sikit..mmg segar, baru naik dari laut. Pastu tu my BIL ni ternampak 2 jenis kuih favaourite dia nih..kuih bakar n kuih akok...apa lg, dia pun beli laa...Tapi akak tengok kuih akok (yg kuning tu) x lah macam kuih akok yang kat Kelantan tu kan, tu berkedutsss seribu sebab terlalu lemak dan manis sangat kot! Akak xleh makan langsung kalu yang tu..yang ni ok laaa..boleh telan..hehe... so cuci mata je la yaa...

kuih akok Kg. Beserah..

sebahagian dari yang dibeli...

Honest Scrap Award from Dr. Inahar

First of all, million thanks to Doc Inahar sebab pass award ni kat Ummi...muaaahh, muaaahh...tapi seribu maaf sebab lewat sangat tepek kat sini...huhuuu..bz la Ina + sikit lupa..hehee..ada ubat tuk hilangkan bz x Ina..hehe...Tapi yang buat lomaah segala sendi ni bila kena menjawab soklan cepu mas la pulak..rasa dah 2 3 kali dapat soklan camni...xpa laahh, Ummi copy-paste je ler kat sini eh..bole la Ina nooo..


# I have to share 10 honest truths about me: (ada lg ke yang x kenal2 Ummi nih..hehe)

1. Seorang yang happy go-lucky and cheerful person since I was young - will always stand still..hehe! Tapi lately bila berjauhan dengan anak2 dah x tahan sedih gak..

2. Seorang ibu yang tegas and always trying to be protective to my kids. Tak suka anak2 keluar rumah tanpa sebab penting after maghrib and no more outing with friends late at night...

3. Suka masak2 laaa...itu dah macam ketagih la kan..hehe

4. Suka country-style or the english-style home-deco, tapi maintain yg simple and practical je ler...

5. Suka easy-listening music especially love songs..hehe...it's just like a mind-theraphy for me. So, you'llalways look young. =)

6. Cerewet gak bab kebersihan tapi skrg macam x larat je dah nk maintain, sakit urat dibuatnya...cuti semua nk buat sekaligus!

7. Suka jugak collect dining-wares. Tapi macam kena beku jap sejak anak2 masuk U ni..hehe. Tapi amat suka "window shopping" jgk kat department ni kalau dah lalu...hehe

8. Tak pandai nak deco2 cake..ntah bila nak reti...totally out betul!

9. Suka berbincang dan ikhlas menegur dan suka berterus terang dalam sesuatu hal.

10. Yang last ni, anda nilai sendiri laaa...ok ke tak akak nih? hehee

Wednesday, March 17, 2010

Kuih Bakar Pisang

Ni nak masuk entry tertunggak masa family adik datang, akak sempat la bakar kuih ni...sangat sedap dan kebetulan my BIL tu suka betul apa2 jenis kuih bakar nih...akak pun makan banyak gak..hehee, memang best nih! Resepi asal dari dapur Cikgu Zana kat Batu Pahat tu, tp akak ternampak kat dapur Ayu di Singapore tu haaa..yang dekat x nampak, yang jauh pulak akak teropong nampak..hehe...terliur betul tengok Ayu tayang hari tu...tapi akak guna loyang besar sikit, so nmpak nipis la sikit..Zana n Ayu, thanks for sharing...akak C n P dari dapur Zana kat sini yaa..

KUIH BAKAR PISANG

Bahan:- (next time kena guna loyang 7x7 in, baru nmpak tebal sikit)

  • 1 sisir pisang masak (Ummi guna 8 biji pisang berangan)
  • 1 cwn tepung*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair* (Ummi guna fresh milk)
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-

  1. Blend semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter. (*Ummi panaskan kejap loyang 2 -3 minit selepas lenser butter then baru tuang adunan)
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt!!

Duk syoookkk makan ramai2, x ingat nak snap pict, ni je yang tinggal...mmg sodaapp!!

Tuesday, March 16, 2010

Famous Amos Cookies

Salam semua, apa khabar? Minta maaf lah akak lama x bersiaran, akak cuti sampai Isnin. Dari hari Sabtu lg bz pergi kenduri sampai ke Kerteh sana ( Majlis Perkahwinan Putera KakLiza ), sonok dapat jumpa geng blogger, Nor (SecubitGaram) , Ann dan CTNaemah...pastu blk Ktn dah petang, family adik akak dari Gombak sampai untuk bercuti di Kuantan, so bz la ronda2 kotaraya dari pagi sampai ke malam, x lekat kat rumah, hehe...Ahad pun akak pergi kenduri kahwin anak jiran lama...dapur pun cuti gak...kalau masak, masak air je la kot..hehee..bawak family adik pergi makan2 antaranya mee calong kat Beserah, beli ikan2 kering yang fresh buatan orang kampung, pekena nasi kerabu, naik Kuantan River Cruise sebelah malam sambil melihat lampu2 kat Kuantan nih...Keesokannya kitaorang ke Dinosaur Trek kat Yayasan Pahang tu...suka tul la anak2 sedara...hehe...pastu lepak2 kat rumah adik sorang lg di Indera Mahkota...bestnyaaa..maleh tul rasa nk mengadap blog ni...otak rasa free je, dpt makan angin...kalau la dapat camni selalu, sonok eh...Xpa lah, gambar2 akak jenjalan tu nnt2 lah akak letak entry kalu sempat ya...


Okayy meh layan cookies ni dulu yaa...akak buat hari Jumaat malam tu, balik kerja je lepas masak sempoi2, akak godek la cookies ni...Tak tahan tengok kat dapur Watie hari tu...nampak cukup rangup...akak letak roasted hazelnut n almond...memang rangup, berbaloi wpun bz sikit nak ken mencincang nuts ni semua...Watie, thanks yaaa...mintak izin C n P kat sini pulak ya..
FAMOUS AMOS COOKIES
(I made 1/2 batch of the recipe given!)
Ingredients:
  • 2 cups butter
  • 4 cups flour
  • 2 tsp baking soda
  • 2 cups granulated sugar (Ummi kurangkan kpd 3/4 cawan utk half adunan)
  • 2 cups brown sugar ( Ummi kurangkan kpd 3/4 cawan utk half adunan)
  • 5 cups blended oatmeal - (Ummi blend separuh halus n separuh kasar)
  • 24oz choc chips (Ummi guna 350 gm Van Houten button chips utk half adunan)
  • 1 tsp salt
  • 18oz Cadbury bar grated (Ummi tak letakpun)
  • 4 eggs
  • 2 tsp baking powder
    3 cups chop nuts (Utk half batch Ummi letak 200 gm hazelnuts n 100 gm almond - roasted)
    2 tsp vanila essence
Method:
  1. Cream the butter & sugar.
  2. Add eggs & vanila, mix together.
  3. Add in flour, oatmeal powder, salt, baking powder, soda....nuts n chips.
  4. Roll into balls and place 2 inches apart and bake for 10 minutes at 180 degrees (Akak guna spoon jer)

Sebagai buah tangan untuk seseorang...hehe