Monday, August 31, 2009

Puding Kastad Koktel - Satu Kemestian Di Bulan Ramadhan


Baru sempat nak letak lagi menu berbuka hari Sabtu kelmarin...belum Ahad pnya lagik..hehee...bz sakan bila anak2 ada nih! Puding kastad koktel nih memang resepi akak turun-temurun dah..kui, kuiii...Memang satu kemestian di bulan puasa, xpun hari biasa rajin gak buat...favourite anak-beranak ni..dah banyak kali buat nih..so ulangtayang lagi la ya...alah..mcam drama kat tv pun bulan pose ni asyik ulang tayang jek yang lama2 kan..heheee..So sapa nak resepi, silalah klik Sini ya...Akak x letak pisang emas/lemak manis yang digoreng tanpa tepung tu..dah nk makan sgt pun..layaaann...!!

Ayam Percik Chef Norzailina

Selalunya kalau bulan puasa, mesti anak2 request ayam percik...Hari Sabtu baru ni Ummi, hb dengan 2 orang anak dara keluar lah shopping keperluan anak2 dara sikit (hehe..sikitt???..ntah laaa...). Jadi balik hampir zohor gak laaa...Lepas tu terus je la ke dapur...Lepas kacau puding kastad koktel terus merencah bahan untuk ayam percik pulak laa...Kali ni akak guna resepi dari dapur Chef Norz yang terkenal tuh! Tengok bahan memang sempoii sangat2, tapi rasanya wallaaahhhh uuuuu...hingga menjilat jari tau (jari tangan laaa...). Tak nyesal punya...dah la senang..Thanks to Kak Norz yang baik hati berkongsi resepi nih! Meh salin...
Bahan:-
  • 1 ekor ayam - potong 4 @ 6 (akak potong 8, senang sikit nk mkn)
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 camt. halba
  • 750 ml santan (dari 2 biji kelapa)
  • garam dan gula secukupnya

Bahan A:-

  • 3 camb. pes cili (cili kisar)
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 batang serai
  • 3 cm kunyit hidup
Cara-Cara:-
  1. Kisar bahan A. Jerang bahan A dengan semua bahan lain sambil dikacau hingga ayam setengah masak.
  2. Keluarkan ayam. Masak kuah hingga pekat sedikit.
  3. Ubah ayam ke atas grill atau panggang atas bara api sambil renjis-renjiskan kuah tadi (hati-hati kerana kuah akan memercik sedikit, isshhh dah nama pun ayam percik eh).
  4. Bila masak sempurna bolehlah diangkat. Panaskan kuah seketika kemudian hidangkan dengan ayam.
Memang memercik sungguh bila letak kuah tuh...naik selemoiiihhh kabinet akak..hehe..dah namapun ayam percik..barulah betuiiii

Paf Tuna Kentang

Menu hari Sabtu..Ni kes nak menghabiskan je puff pastry yang dah lama jugak dalam fridge tuh..kebetulan hari Sabtu akak keluar beli lg puff pastry baru pulak..senang standby bila nak guna kan...Lagi pun bila anak2 semua ada ni sonok sikit nak masak macam2 eh...Resepi inti akak campak2 jek2 tp sedap pada tekak anak2 semua..abanglong siap pesan nak makan sahur dengan paf ni jek..dia mmg x makan nasi masa sahur....
Bahan:- (10 biji)
  • 1 paket pastri paf jenama Kawan (saiz 4x4 in - 10 kpg)

Untuk Inti:-

  • 1 tin tuna (mild)
  • 1 biji kentang - potong dadu kecil2
  • 1/2 labu bawang besar - didadu
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 3 biji cili padi - tumbuk
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam (ikut suka pedas)
  • 1 biji limau kasturi - perah jusnya
  • sedikit air
  • garam secukup rasa
  • 1 biji kuning telor - dipukul sikit untuk sapuan atas paf

Cara-Cara:-

  1. UNTUK INTI - Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Kacau hingga kekuningan dan masukkan kentang. Masukkan sedikit air.
  2. Bila kentang telah empuk sedikit, masukkan serbuk lada hitam. Kacau.
  3. Masukkan tuna dan jus limau kasturi dan garam. Kacau rata-rata sebentar. Angkat dan sejukkan sebentar.
  4. UNTUK PAF - Sediakan sekeping pastri dan letakkan 1 1/2 sudu besar inti tadi. Lipat jadikan segitiga atau empat segi memanjang. Dengan garfu kecil, tekan sekeliling tepi paf biar melekat. Buat sampai habis.
  5. Lenserkan loyang dengan sedikit butter. Susun paf dan kelar2 sikit (jgn dalam sangat) permukaan paf kemudian sapu dengan kuning telor.
  6. Bakar pada suhu 175 C selama 15 - 18 minit hingga kuning keemasan.

Sunday, August 30, 2009

Udang Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Ni lagi lauk berbuka hari Jumaat jugak..hehe...lambat posting jugak sebab hari Sabtu keluar bawak anak2 dara menyopping sikit...hehe..balik je dah Zohor, terus masuk dapur...pastu beselah lepas berbuka..gi tarawih and balik tersandar, borak2 jap dengan anak2 nih... tido..hehe...Dah lama nak masak udang dengan rebung ni..sebab rebung jeruk tu mak akak buat sendiri dan bagi masa balik kampung lama dulu dah...duk bertapa je dalam fridge tuh...hehe..memang terangkat, anak2 dul layan siakap tiga rasa, akak duk meratah rebung ni hah...sedap betul rasanya dpt makan rebung tu...ada sikit lagi tuh..nnt kalu masak dengan perut pun sodap kan..k, jamu mata la ya..Ni style akak masak la yaa...

Bahan:-

  • 15 - 20 ekor udang sederhana besar (kalu dpt yg besar lg best eh)
  • 1 paket rebung jeruk
  • 8 - 10 tangkai cili padi (tumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 cm kunyit hidup (tumbuk)
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai (diketuk)
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Dalam periuk, campurkan santan cair, bahan2 tumbuk, rebung, serai dan asam gelugor. Masak dengan api perlahan hingga rebung lembut.
  2. Kemudian masukkan udang dan biarkan masak sebentar sambil dikacau.
  3. Masukkan garam dan akhir sekali masukkan santan pekat. Kacau dan bila mendidih je, terus tutup api dan kacau2 sebentar. Siap untuk dihidang.

Siakap Masak Tiga Rasa - Resepi Kak Liza

Menu berbuka hari Jumaat nih....anak2 ada balik ni kena masak lauk kegemaran diaorang laa..semua suka kalu masak camni, x kira lah..3 rasa ke, 5 rasa ke, sweetsour ke, masak pedas ke, bersos tomato ke...mesti laku...Dah macam2 siakap akak try, yang ni try dari dapur Kak Liza dari buku Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza tuh...simple...thanks Kak Liza..tapi Ummi ada lah adjust dengan bahan2 yang ada kat dapur dan nak menghabiskan stok..halal ya Kak Liza...
Bahan A:-
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (*ni ummi tambah nk habiskan stok)
  • 1/3 biji capsicum hijau (*ni ummi tambah gak)
  • 1 biji tomato - didadu kasar) (*ni ummi letak, jadi xletak yg dibelah dah)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan

Bahan B:- (untuk sos)

  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir

Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)

  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)

Cara-Cara:-

  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.

Pengat Pisang Bersagu

Ni pencuci mulut untuk berbuka hari Jumaat aritu, anak-anak semua balik..meriah sungguh ramai2 berbuka..Akak sempat lah buat pengat ni masa balik lunch hour...ari jumaat kan rehat lama...so sebelah petang akak masak lauk pauk je laaa...Pengat ni kegemaran akak, hubby and my daughters...Nak resepi klik lah kat Sini ya..Memang asyik makan ni..buat pulak lembik2 sikit pisang tu...mmg kami suka...Akak guna pisang emas, lebih sedap rasanya kalau pisang nangka, xda org layan...masam sikit kan..

Penang Char Kuey Teow

Menu berbuka petang Khamis punya ni...mmg xda masa lgsung nak update, tambahan pulak anak2 ada balik petang Jumaat tu..jadi bz ntah apa2..ada masa tp macam penat giler pulak..hehe..so cuci mata je laa eh..lg pun siang2 ni xleh makan kan..haha...Resepi amik dari Che'iza kat MyResepi...Tapi akak punya x letak kerang pun, x sempat balik kerja nk merebus dan mengupas kerang, letak udang banyak2..tetap sedap...thanks Che'iza...akak mintak izin kopipes je la eh..

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *

  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis (*akak xda ni)
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula

* UTK MEE *

  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh (*akak guna cili kisar)
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara:-

UTK PASTE-

Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
  1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td.
  2. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  3. Bila air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata.
  4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Jemput Udang Tepung Jagung


Ni salah satu bancuhan jemput udang yang selalu gak akak buat....anak2 suka...maknya pun suka...hehe..sorilah, cuci mata je yaa...menu hari Khamis hari tu...anak2 balik petang Jumaat terus akak pun bz semacam jek..x sempat nak update ari Jumaat tuh...Jemput ni pakej sekali dengan char kuey teow dan lychee smoothie tuh..

Bahan:-
  • 10 ekor udang sederhana besar (akak kerat2 kecil)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar (penuh) tepung jagung
  • 2 genggam taugeh - kerat2 sikit
  • secekak daun kucai - potong2 1 inci
  • 1 biji cili merah - hiris halus2
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • garam secukup rasa
  • 2 1/2 cawan air/secukupnya (adunan lembik sikit ya)

Cara-Cara:-

  1. Dalam mangkuk besar, gaul rata tepung gandum, tepung jagung, garam dan soda bikarbonat.
  2. Kemudian masukkan air sedikit2 dan gaul rata dengan tepung tadi.
  3. Masukkan telor, taugeh, kucai dan cili gaul mesra dan rata (jangan keras sangat, lembik sikit tetapi boleh dijemput dengan jari)
  4. Panaskan minyak yang banyak, jemputkan tepung dan goreng hingga kuning keemasan. (Balik-balikkan selalu ya).
  5. Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos kesukaan.

Friday, August 28, 2009

Nasi Minyak Hujan Panas (Edisi Ulangtayang Jugak) ^__^


Ni menu berbuka hari Rabu sebenarnya...beselah, xdan nk posting..yang malam tadi, nnt2 letak eh..aiihhh..masa begitu cemburu..keh, keh...Ni ikut tekak anak bongsu akak yang satu2nya tinggal kat rumah skrg ni...abang n kakak2 sume duk kat U dah..sian dia...dia kata lama dah mak tak masak nasi minyak hujan panas nih...aah, ya laaa..tengok2 last sekali buat dulu bulan Feb. 2008 hehe...so emak perkenankanlah permintaan anakanda sorang nih...hubby setuju saja...so layaaannnn eh...ni makan dengan ayam pedas madu berempah tu..akak buat berkuah sikit laaa...pastu wat acar mentah sikit...siap!!!! Nak resepi, korek lah kat Sini ya...salah satu resepi dari geng di MyR gak ni..x hengaat laaa sapa..sowwyyy kat tuan pnya resepi eh..akak masak separuh je dari resepi asal tu..

Ayam Pedas Madu Berempah (Edisi Ulangtayang) ^__^

Ni lauk wat makan dengan nasi hujan panas tuh...dah x tau nak masak yang mana satu...scroll dapur orang merata-rata dah...last2 amik yang dapur ku sendiri jugak...wakakaa..sebab lama dah x buat..cik puan blog punya resepi nih...ekekee...sapa nak korek kat Sini yaa..

Thursday, August 27, 2009

Ikan Masak Cuka - Resepi II

Ni pun lauk berbuka hari Selasa kelmarin, tekak rasa nak yg masam2 macam acar gitu (*akak x mengidam eh). Bese gak masak camni..tapi kali ni akak cilok resepi Mat Gebu pulak....lawan dgn sambal udang tu...Haih, nasib ko la Mat, nombor ko tengah naik agaknya..hehe..mmg akak selongkar habihh dapur ko aritu...pastu akak tinggaiii je bior ko je la kemas...ko kan rajin...nnt akak upah apron baru tuk ko eh...ahaaksss!!

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 4 keping hirisan ikan tenggiri*
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit*
  • 1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 10 minit)
  • 1/3 biji capsicum merah, didadu
  • 1/3 biji capsicum kuning, didadu
  • 1/3 biji capsicum hijau, didadu
  • 1 biji tomato, didadu kasar
  • 1/2 btg karrot - potong memanjang (akak tambah ni)
  • 1/2 btg timun - potong memanjang (ni pun akak tambah)
  • 5 biji cili padi, diketuk
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
  • 3/4 cawan cuka makan1 biji bawang besar, belah 4
  • 5 ulas bawang putih, belah 2 setiap ulas
  • 1/2 inci halia, dimayang halus
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 2 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 4 camca besar gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan digoreng hingga garing, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan minyak. Tumis rempah tumis hingga harum.
  3. Masukkan udang kering, halia dan bawang putih, masak hingga layu.
  4. Tuang cuka makan dan masukkan gula, masak hingga pekat.
  5. Tambah garam dan masukkan bawang besar, cili padi dan capsicum merah, hijau dan kuning. Gaul rata.
  6. Bila pekat, masukkan ikan dan tomato tadi, gaul rata. Rasa dan tambah garam jika perlu.
    Masak sekejap dan boleh angkat.
  7. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man....Makan dengan nasi minyak pun sedap u!....

Sambal Tumis Udang Jugak Yang Laris..Hehe

Ni antara menu berbuka hari Selasa kelmarin...sambal tumis udang ni requested by Aiman lah...now tinggal bertiga je kan, asal nak masak berbuka je tanya dia nak makan apa...as usual nasik laaahhh...hemmm layaaann je sambal ni eh...macam bese...tp kalau nak gak resepi boleh klik kat Sini yaa..
Cukuplah semangkuk kecil ni untuk kami bertiga..udang pun besar2 jgk..sampai ke sahur..

Wednesday, August 26, 2009

Asam Pedas

Ni lauk berbuka hari Isnin kelmarin sebenarnya..sorilah lambat posting...xda masa sungguh bulan pose nih..balik kerja je memasak bersilat sakan kat dapur...hehe..lepas maghrib je duduk kejap smbil lipat kain jap...balik je tarawih terbongkang akak tido tau (*pinjam kata2 budak Hana ni..hehe)..sedor2 jek jam bunyi untuk bangun sahur dah...weeiii laaa...macam orang "ter"dera pun ada eh...hehee...Malam ni try gak la mengadap tenet jap, penat2 pun..huhuuu...Ni hasil selongkar dapur Mat Gebu lah ni...macam2 asam pedas ada kat dapur dia tuh...Yang ni, memang sedap sungguh...kena selera tul bersahur pun...Meh la salin resepi..eh bukan salin..nak kopipes jek...hehee...mintak izin Mat eh..mata ngantuk dah ni, kalu salin lain pulak kang tangan ni naipnya...
Bahan Utama :-)
  • 5 keping ikan merah (atau apa2 ikan yg digemari)
  • 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
  • 8 - 10 batang kacang bendi, cuci, tos dan kerat
  • 21/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan secubit gula
  • 15 tangaki cili kering, kerat2 dan rendam dalam air panas, toskan*
  • 5 biji cili merah*(*dikisar lumat)
Bahan Tumbuk :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan1 inci kunyit hidup
  • 1 keping hirisan lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam (optional)
Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ikan dengan lemon dan garam, toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Tambah garam dan sedikit gula, tuang air (anggaran 2 cawan), dan kacau rata, biar mendidih.
  4. Masukkan ikan dan jus asam jawa.
  5. Bila mendidih, masukkan kacang bendi, masak hingga bendi lembut sedikit, tambah tomato dan rasa kuahnya dan tambah garam jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

Tuesday, August 25, 2009

Apple Crepe With Cinnamon Ice Cream

Yang ni pun menu Jumaat malam yang dah tertunda x sempat posting..makan ni pastu kami ratah ayam buttermilk tu 3 beranak..wakakaa..ya laa...subuh dah nak masak nasi n lauk sahur pulak..hehe...Layaan je lah ya...dari All-Recipes ni...best gituuuu...sesuai tuk org diet la kiranya kan..hiiiiksss! So akak C & P je lah eh..maleh tul nak translate...
INGREDIENTS:-
Pancake:
  • 100g flour
  • 250ml milk
  • 2 eggs
  • 1 egg yolk
  • A dash of salt
  • A dash of sugar
Cinnamon Ice Cream:
  • 100ml vanilla ice cream
  • 2g cinnamon powder
Apple filling:
  • 2 green apples
  • 20g custard powder
  • 1 lime, extract juice
  • 1g cinnamon powder (i skipped this)
  • 50g sugar
PREPARATION:
To make the pancake:

Whisk the ingredients to form a smooth batter. Make thin pancakes on a non-stick pan.

To make the cinnamon ice cream:

Let the ice cream softened a little before whisking in the cinnamon powder. Stick the ice cream back in the freezer for a while before serving.

To make the apple filling:

Peel, core and dice apples. Put in a pot and sauté in its own juice until soft. Add in a bit of water, then lime juice and sugar. Thicken with custard powder diluted in water and add the cinnamon powder. Mix well before removing from heat.

To assemble:

Spoon some apple filling onto a pancake and roll it up. Place on aplate and top with a scoop of the cinnamon ice cream.

Ayam Goreng Buttermilk

Ha..sebenarnya, yang ni menu dinner ari Jumaat sehari sebelum pose yang terlewat posting..ala-ala ongputeh..hehe...so dah licin ni...layan gambor je la yaaa...sapa nk buat untuk anak2, sedap nih, macam ayam KFC gitu..! Resepi dari Mommamia kat MyR tu...akak tumpang kopipes je kat sini ya tuan pnya resepi..hehe

AYAM GORENG BUTTERMILK
Resepi: Mommamia @ MyR

Bahan-bahan ( 4 orang makan):-
  • 1 ekor ayam potong 8
  • 1 cawan buttermilk (akak substitute 1 cawan freshmilk + 1 sb. limau nipis, kacau n biarkn 10 minit baru guna)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil garam ( nak masin tambah lagi)
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar garlic powder ( kalau takde, perap ayam guna 4 ulas garlic ditumbuk)
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Minyak yang cukup untuk deepfry.
Cara-Cara:-
  1. Perapkan ayam dengan buttermilk 1 jam. Kalau semalaman lagi sodap la..(make sure ayam tuh kering..tak berair2)
  2. Campur semua bahan2 lain dalam plastic bag.Kalau ade yg ziplock tu lagi senang keje. Seal/Ikat pastu goncang2 sket.
  3. Masukkan ayam 2 ketul dlm plastic bag tepung dan goncang2 utk salut. Ulang untuk semua potongan ayam. Jgn letak semua sekali ayam dlm bag tu.Susah nak goncang dan tak rata sangat.
  4. Keluarkan ayam2 yang telah disalutkan dan biar seketika (dlm15 min) Sambil tunggu, panaskan minyak.
  5. Make sure minyak betul2 panas dan gorengkan ayam tuh sampai golden brown.Api kecik je,sbb nanti garing sgt tapi dalam tak masak. ( biasanya dalam 15 - 20 minit).
  6. Serve dgn coleslaw ngan mash potato cam kat kfc tu kalau rajin nak buat! hehe! Kite suke makan ngan jagung rebus sapu butter n salt jek. Sedap woo..try try!

Kerabu Taugeh Bonda

Yang ni pun menu berbuka hari pertama..tapi yang specialnya mak akak sediakan memandangkan lauk pauk lain akak yang masak..hehe...ni memang favourite abah jugak...special dari bonda akak..thanks mom, sedappp!!...sape2 yang nak resepi, salin kat sini eh..tp xda ikut sukatan sangat eh..bahan agak2 je tau..hehe
Bahan (kurang lebih je):-
  • 300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
  • 1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
  • sedikit daun pegaga - dihiris halus2
  • 4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
  • 1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
  • 4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
  • 4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan kerisik
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara Membuat:-
  1. Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Gaul rata dulu.
  2. Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul mesra dan seimbangkan rasa. Ha, sempoiii gitu...selamat mencuba

Ayam Goreng Berempah Serai

Okayyy ni akak nak letak jugaklah resepi Ayam Goreng Berempah Serai yang akak buat bawak balik kampung hari tu. Walaupun dah rangkum dalam entry berbuka puasa di kampung tu, tp akak tak letak resepi lagi, nanti senang nak rujuk kan...Resepi asal Love2Cook kat MyR tu..So akak mintak izin C & P je ya..thanks...2 ekor ayam akak buat, licin..hehe

Bahan-bahan ( Sekeluarga ):-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang byk utk menggoreng


Cara-cara:-

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
    Selamat mencuba! ;)

Kari Ikan Kerisi

Yang ni tengok gambor je la yaa...menu berbuka kat kampung hari tu..xyah resepi laaa...dapat ikan kerisi besar2...ha, sedap buat kari...hehe

Sunday, August 23, 2009

Juadah Berbuka Puasa Hari Pertama Di Kampung



Salam...apa khabar puasa ni? Hehe..baru 2 hari kan..Harap sihat2 semua dan rasa seronok hendaknya bersahur dan berbuka puasa serta menghayati Ramadhan ni....tambah2 kepada yang sempat balik kampung untuk bersahur dan berbuka ramai2, memang seronok...Akak pun balik kampung tengahari Sabtu kelmarin...cadang nak balik petang Jumaat, x jadi pulak sebab hubby ajak tarawih di masjid kawasan perumahan akak ni dulu...memang seronok rasa dan excited sunggah dapat bertarawih lagi dan bersyukur dipanjangkan umur hingga ke saat ini...dah tinggal bertiga ni..kosong lah rumah time tarawih...Pagi Sabtu tu akak telefon mak bgtau yang beli apa2..akak beli n bawak dari Kuantan jek!
Pagi2 pergi pasar, beri barang basah semua..pastu balik siang semua ikan, ayam...akak sempat jgk masak Puding Laici Dangdut , Kari Ikan dan Ayam Goreng Berempah Serai (resepi Love tp akak cilok dari rumah Ika, di Bangkok tu), nnt akak letak semula entry ayam ni eh. Untuk ayam tu semua akak dah siap perap dari rumah then sampai kampung just goreng je laa...Ikan pun akak beli ikan kerisi besar2, siap siang dan bersihkan jugak...Tapi kesian puding akak tu dah hampir nak beku sikit, tp masa bawak balik dek duduk dalam kete terhinggut2 agaknya..hehee...jadi pecah2 sikit dan x berapa lawa laa jadinya...comot sekali "tipuware" akak tuh jadinya...tp rasa tetap maintain dan emak n abah suka sangat2 puding2 lembut liut ala2 taufufa camni...pastu air macam2 laa..oren ada, watermelon juice, segala ada..adik lelaki akak pi beli kat pasar Ramadhan di kampung...ish ish...
Emak akak hanya buat kerabu taugeh campur kerang je, sedap betul kerabu mak ni, banyak akak meratah..hehe...pastu akak wat tempe ikan bilis sira pedas sikit...adik ipar akak pulak goreng cempedak...em...meriah uuuuuu...nampak betul cerianya air muka emak dan abah ni bila ramai2 duk berkumpul berbuka dan bersahur..Untuk kali ni, 3 family adik2 akak balik..maybe next week orang lain balik pulak kot...selalu emak abah tinggal ber4 jek...tu pun kadang ber3, sebab adik lelaki akak keja kena shif malam..Okayyyy apapun laayyyaann gambor makanan la eh...Gambor kita ramai2 xleh nk tayang...seksi-seksa kang tengok..hahaah.. :D

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak Dan Kad Dari Teman Blogger.. ^____^

Salam Ramadhan al Mubarak untuk semua....Hari ni penat sungguh..poket pun licin sebab bayar sewa lori nak mengangkut award n kad-kad sempena Ramadhan al Mubarak dari teman2 dan adik2 di alam cyber nih...wakaka...Tahun ni Pejabat Pos xda jual setem ke sampai akak kena collect sendiri kad2 ni...xpun posmen mogok kot, hehe...Xpa lah penat2 pun suka sangat kerana ingatan dari kalian semua yang sudi menghulurkan kad2 cantik dan ceria ni...berbaloi la bayar sewa lori...hiiikss!! Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan, hanya kasih yang ku berikan, nak ku tunjukkan perasaan..buat teman2 seperjuangan di sini...chewaaahhhh...dah xda pentas nak tunjuk bakat dah akak nih...jangan geli geleman dengor dah lee...

InsyaAllah petang ni nak balik kampung, xpun pagi esok lah kot...Okayy..akak pun ingin mengambil kesempatan memohon maaf dahulu sebelum tibanya Ramadhan al Mubarak yang dinanti2kan..semoga kedatangannya membawa seribu rahmat dan kita semua mengambil peluang memperbaiki dan mempertingkatkan amalan dan akan diterima Allah swt. jua...Mari lah kita sama mengejar fadhilat yang dibukakan oleh Allah swt di bulan yang mulia ini,...Akak doakan moga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah dan memperbanyakkan amalan atau bersedekah dengan sempurna....aminnnnn


Mohon maaf jua jika akak jarang2 bersiaran di bulan Ramadhan ni memandangkan ada banyak perkara yang harus kita sama2 dahulukan...semoga anda di luar sana sentiasa dalam lindungan Allah swt. Pesan akak, janganlah membazir makanan ya...hidangan biarlah berpada-pada dan ingat akan kesusahan orang lain di luar sana...insyaAllah kita lebih diberkati dan menjadi orang-orang yang lebih bersyukur. Maaf juga sebab akak x sempat nak pergi rumah ke rumah dan di kesempatan ini sebelum Ramadhan, akak mohon maaf andai ada terguris rasa, tersilap kata, tercuit hati tanpa sengaja selama kita bertegur sapa di alam maya ini...Terima kasih tak terhingga atas kad tanda ingatan ini, kalian sentiasa di hati..muaaahhhhh!!!
dari Nor (Secubit Garam)
Daripada Cikmin

Daripada Anawahid


Daripada Ayu Singapore

Daripada CT Delima


Daripada Noorsha


Daripada Love

Thursday, August 20, 2009

Orange Marmalade Muffins

Semalam akak sempat lah buat muffin untuk kudapan..lagipun dah lama simpan resepi dari dapur Rinnchan ni...memandangkan jem marmalade hari tu ada sikit lagi..so igt nak habiskan jek..nnt bulan pose ntah usik ntah kan tidak..hehe..Pastu tengok marmalade muffin ni nampak sedap jek kat dapur Rinn tu..x tahan tengok jem kat muffin tuh...memang sedap...bawak kat budak2 ofis ni pun diaorang cakap sedap...tapi akak wat half je dari resepi di bawah..Akak kopipes je lah dari dapur Rinn tu...xyah translate la kan..simple n ez...hehe

Ingredients : (Note: Separuh adunan dpt 15 biji)

  • 280 gm butter
  • 240 gm caster sugar
  • 4 eggs
  • 2 teaspn vanilla essence
  • 250 ml fresh milk
  • 400 gm all-purpose flour
  • 4 teaspn baking powder ( If using self raising flour, then omit the baking powder)

Method:

  1. Beat butter and sugar until creamy.
  2. Add in egg one at a time and continue beating.
  3. Add in vanilla essence and milk.
  4. Sift flour and baking powder. Fold in into butter mixture little by little using spatula. Do not overmix.
  5. Spoon batter into papercups half full. Then put half spoon of jam. Cover again with batter until almost full. Add a little more jam on top.
  6. Bake at 180 deg cel for about 25 minutes.


Sup Makaroni

Semalam mmg penat giler balik kerja sebab buat projek tinjauan ke kedai sikit..hehe...cadang nak masak nasi n lauk2 sakan..dah keluarkan ayam msuk balik esbok..hehe...cakap kat hb, xyah makan nasi la malam ni...dia cakap, ish, buat apa susah2, masak yang larat je yang, yang pasti rehat cukup jgk...Memang pun..hehe..sebab duk ingat mmg ada lg belen macaroni dulu...daging pun ada sikit je lg...layan lah sup makaroni yang simple dan sedap nih...n the first thing, ez to prepare...hiiikss! Akak tgk Nor buat haritu mengancam je, so akak kopipes je dari dapur Nor ni ya...asalnya dari Masz Kajang sana...thanks to both!
Bahan:-
  • Makaroni (secukupnya) - K.Nor guna yg spiral (*ummi guna shell pasta)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1 sdk lada hitam - tumbuk
  • bebola daging - secukupnya
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk
  • 2 ltr air/ secukupnya
  • segengam soohoon ~
    sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ K.Nor letak carrot, bunga kobis dan cendawan tiram ... best! (*ummi letak carrot n brocolli)

** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging (*ummi guna daging je)

Bahan sampingan:-

  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
  • Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok

** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacauCara

Penyediaan:-

  1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  2. Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  3. Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  4. masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon -
  5. Kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  6. Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)

** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh... :P


Wednesday, August 19, 2009

Lepat Pisang

Taraaaa...melepat kita weehhh..hehee...Ni sebab tengok si Mat dengan makyung Hana duk tayang hari tu laa...Ahad baru ni pergi Pasar Malam kat Taman Gelora, Kuantan ni akak nampak ada makcik tu jual daun pisang...emm..sambar la satu ikat..x tau daun pisang apa..tp mmg wangi la bila kukus kuih ni...Pastu hari Isnin akak singgah kedai jual buah2 ni..sambar pulak la pisang..nak pisang emas, xda yang masak...beli gak la pisang berangan, x suka sangat pisang ni sbb masam sikit kan..aahh x kira laah..balik kerja masak lauk dinner sempoi2 jek...pastu terus la melecek pisang..buat sikit je...lepas maghrib dah kukus..wat bekfes laaa....Ni resepi yang bese2 mak akak buat la eh...akak wat sikit je..akak n hb je makan, pastu bwk ofis sikit...Aiman x layan lgsung..dia bwk Egg In Toast tu ler..
Bahan:- ( 7 - 8 keping)
  • 8 biji pisang emas/berangan
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan santan pekat (*akak guna santan kotak je)
  • sedikit kelapa muda parut digaul dengan sedikit garam
  • daun pisang secukupnya (dilayu atas api perlahan, buang bahagian keras tepi, lap dan belah lebihkurang sejengkal lebar daun)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan periuk kukusan.
  2. Dalam mangkuk lecek pisang dengan gula hingga gula dan pisang hancur sedikit.
  3. Masukkan santan, garam, dan tepung. Gaul rata.
  4. Ambil daun pisang dan letakkan 2 - 3 sudu besar adunan pisang di tengah2 daun. Letak inti di tengahnya dan gulung daun pisang. Lipat kedua2 bahagian tepinya biar kemas. Buat hingga habis.
  5. Letak/susun dalam periuk kukusan. Kukusan selama 12 - 15 minit hingga masak/kelihatan daun pisang kekuningan.

Egg In Toast (Egg In Basket)

Bekfes pagi ni akak buatkan Egg in Toast ni untuk Aiman bawak bekal ke sekolah...Ramai dah wat ni kan...kalu nak tengok resepi jugak, klik kat dapur Mamafami ni yaa...sempoii tp sedap, my kids suka...thanks Mama..


Tuesday, August 18, 2009

Apricot Glazed Wings (Chicken)

Resepi dari my beloved sis JC (Jun) yang menetap di Orlando sana..dah agak lama akak kenal Jun ni di alam maya...dia mulanya menghantar email ingin berkenalan dan suka nak kenal akak katanya..akak baik eh?? hehee...ya ke? Seterusnya kami sentiasa berchatting, bercerita dan berkenalan sedikit sebanyak dan dia tidak kesah share melalui email resepi2 yang telah dibuat oleh beliau..memang handal jugak rupanya...Cuma akak je baru sempat try satu dua resepi Jun ni..Beliau ni rajin mengambil tempahan kek, cookies, pie or tart duk kat Orlando sana tu, boleh tengok kat Sini jugak...Lalu akak suggest dia create blog masak2 pulak memandangkan dia ada resepi yang banyak sekali untuk dikongsi..Pagi semalam masa berchatting, dia dah bagitau akak untuk publish her new cooking blog untuk di share sama...so nice of you...Xpa ya Jun, akak berkesah sikit pasal Jun kat sini..hehe..Ini salah satu resepinya...meh salin..memang sedap..betul2 "east-meets-west" punya resepi betuiiii, very simple n yummy...
Jun, selamat datang ke dunia cyber masak2...ayuh kita berblogging n sharing everything dengan ikhlasnya di sini k....muaahahhh

Bahan:-

  • 2 pound kepak ayam (akak masak separuh ayam)
  • 1 cawan apricot preserve/jam
  • 1/2 cawan marmalade jam
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 1 sudu kecil hot sos - tabasco
  • 1 ulas bawang putih - cincang

Cara-Cara:-

  1. Dalam blender, satukan kesemua bahan dan blend sekejap.
  2. Bahagi dua bahan, satu bahagian disapu/lumur pada ayam dan gaul mesra. Satu bahagian bahan lagi disimpan untuk disapu lagi semasa bakar.
  3. Perap ayam semalaman supaya rasanya sebati (akak perap 4 jam jek..hehe..x sabor2 jek).
  4. Bakar pada suhu 200 C selama 30 minit (balik-balikkan ayam sambil disapu dengan lebihan marinade apricot tadi..)

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Sorry, ni bekfes pagi minggu sebenarnya, maaf la yaa..dah licin, suka2 hati akak je nak tayang ni..kalu nak, wat sendiri eh..sungguh la sedapnyaa...Xdan nak update, lepas je goreng nasi ni sambil tengok Kak Liza muncul demo memasak di TV9 dalam Nasi Lemak Kopi O dengan menu Nasi Goreng Tomyam dan menunggu hb akak balik dari Rompin, akak dah siap dengan nasi goreng kailan ikan masin Kak Liza ni..pastu akak ke Temerloh, maghrib baru balik..penat la sangat...Resepi dari buku Chef Hanieliza (Kak Liza) laaa jugak...Meh salin resepi..
Bahan:-
  • 2 mangkuk nasi putih
  • 1 keping ikan tenggir masin (digoreng) - akak guna isi ikan talang
  • 300 gm sayur kailan (dipotong)
  • 1 sudu besar sos nampla (sos ikan)
  • 1 pokok daun bawang (diracik)
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan Tumis:-

  • 2 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 5 biji cili padi - tumbuk
  • sedikit belacan
  • sedikit ikan bilis
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan nasi, kailan dan sos nampla. Kemudian gaul rata.
  3. Taburkan ikan masin dan gaul rata.
  4. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
  5. Taburkan daun bawang dan hidangkan bersama keropok keping (akak x goreng pun, nak cepat berangkat ke Temerloh.hehe)

Baru Sempat Nak Kutip Award-Award


2 Award dari kak Intan KL
Award yang cute jek, dari Fa'e
Pertamanya nak mintak maaf banyak2 lah kepada kak Intan dan Fa'e atas kelewatan mengutip award-award ni...duk bz je hampir terlupa dah...nasib ni baru ingat...Faham2 aje laa sebab masa pun x banyak nak melilau pi cari lori, dah jumpa lori nak angkut, mahal pulak nak cajnya..last-last kita bawak kete sorong sendiri la pulak...termengah2 dibuatnya...banyak2 terima kasih atas ingatan kat Ummi ya Kak Intan..n Fa'e yang baru akak kenal di alam maya jugak sebab sudi hulurkan award nih...muaaahhhh untuk anda berdua...

Monday, August 17, 2009

Bingka Roti Gerenti Sedap


Hasil ronda2 kat dapur Jun dan nak menghabiskan roti Gardenia kosong yang macam dah tak laku je tu...x ramai dah kat rumah, Aiman tengah sakan suka makan Butterscotch jek semenjak dua menjak nih...aishhh...Bingka ni memang sedap dan gerenti sedap seperti diberi nama oleh tuan punya asal resepi ni..x igt dah, sapa eh Jun...hehee...thanks to Jun sbb rajin mencari resepi sedap2, Ummi rajin cilok je lah eh...Ummi buat hari Sabtu kelmarin tp half je dari resepi ni...xda org nak makan kang..nasib Najiha bawak balik ke hostel sikit..suh jamu member dia..hehe

Bahan:- (loyang 5"x5" untuk separuh adunan)
  • 1 buku roti Gardenia/Hi-5 yang dlm plastik pendek.
  • 3 cawan santan
  • 3 biji telor
  • 1 cawan gula
  • garam
  • sedikit esen vanila
  • kismis
  • 1 tin jagung krim
  • sedikit mentega

Cara-Cara:-

  1. Masukkan roti, santan, gula, telor, garam, esen vanila ke dalam mangkuk. Biar terendam selama 5 - 10 minit. Jika suka roti hancur, boleh kacau sedikit agar roti hancur.
  2. Masukkan jagung dan kismis, kacau sedikit.
  3. Sapukan mentega dalam loyang.
  4. Tuangkan adunan. Cubit sedikit-sedikit mentega dan tabur rata di atas adunan tadi sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 190C sampai masak/garing (*akak masak 40 minit untuk half adunan ni)