Tuesday, November 20, 2007

Puding Kuah Kastad


Menu ni memang antara favourite family ummi jugak sejak turun-temurun...(*hish suka tul sebut ayat ni..), sejak dulu kala...hehe..kalu ikutkan bahan memang x cukup..tapi dah nak makan sangat ptg ni...buat je lah!

Bahan-bahan:-
Untuk Kastad:-
200 gm tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:-
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan

Campurkan semua dan masak hingga mendidih. Sejukkan.

Hiasan:-
10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan tp ummi xda ni..)
1 tin buah koktel (ummi guna jenama Hosen)
Buah ceri
Prune sunsweet

Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...

2 comments:

siti_khuzaimah78 said...

Salam Ummi,

Resepi ni pun kegemaran keluarga mertua saya, cara penyediaan mmg sama...bila nmpk posting ni teringat pada arwah ibu mertua yg ajar saya buat puding ni.

Saya nk minta izin sekali la letak link ummi ni dlm blog saya, tp blog saya bukan blog resepi.

Thanks

AdyBudika said...

nak buat malam kang atau esok...