Orang sebelah pantai timur panggil kuih bakar, sebelah utara sana panggil bingka. Apa-apa jelah, tapi memang sedap...cuba lah!!! Adunan ni boleh dapat 1 loyang bulat 8" tu.. Resepi asal Joayee ni...
Bahan-bahan:-
400 ml santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula caster
1 cawan air daun pandan/1 cawan air + pes pandan/pewarna hijau
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar butter (suhu bilik)
Cara Membuat:
Campurkan sume bahan dalam blender, blend sampai sumenya sebati. Gris loyang dengan sedikit minyak masak, masukkan dlm oven dan panaskan lebihkurang 2 minit. Bila loyang telah panas, tuang adunan tadi agak-agak 3" tinggi. Bakar 10 minit pertama dengan api bawah sahaja dan lebihkurang 20 minit lagi menggunakan api atas dan bawah hingga masak/kekuningan. Cucuk dengan lidi penguji, jika tidak melekat menandakan ianya telah masak.
No comments:
Post a Comment