Thursday, November 29, 2007

Taufu Telor Masak Kicap

Hahaa...ni dah abis rajin sangat le ni, ikut suka je masak. Tapi my kids memang suka taufu telor nih..masak je apa-apa, gerenti habis! Malam ni pnya menu...

Bahan:-
  • 2 paket taufu telor/taufu jepun - kerat-kerat 1 in
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ketuk sikit
  • 1/2 biji capsicum - potong dadu
  • 1 biji kentang - potong dadu
  • 1 biji cili merah - optional
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit serbuk lada putih

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng taufu telor hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan kicap cair, kicap manis dan sos tiram. Masukkan kentang dan capsicum. Renehkan sekejap hingga kentang agak empuk. Akhir sekali masukkan taufu tadi. Masak rata. Angkat.

No comments: