.jpg)
Bahan-bahan:-
Lapisan bawah (crust):-230 gm serbuk biskut digestive (ummi guna oreo+marie)
30 gm gula kastor
75 gm butter - cairkan
Lapisan atas:
250 gm cream cheese (jenama philadelphia diakui sedap)
125 ml whipping cream
1 camca besar jus lemon (guna limau nipis pun bole)
70 gm gula kastor
3 biji kuning telor
1 camca teh esen vanila
2 camca besar tepung kastad
3 biji putih telor
Cara-cara:-
- Campurkan semua bahan lapisan bawah, ratakan dalam loyang yang telah digris terlebih dulu. Simpan dalam fridge 20 minit.
- Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan whipping cream dan jus lemon, kacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telor dan esen vanila. Putar lagi.
- Akhir sekali masukkan tepung kastad, dan kacau rata.
- Kemudian putar putih telor hingga separuh kental, masukkan ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan.
- Tuang ke dalam loyang lapisan biskut tadi. Bakar pada suhu 175C selama lebih kurang 30-35 minit (bergantung kepada oven).
(Tips: Jangan buka pintu oven semasa memasak. Bila kek telah masak, renggangkan pintu oven. Bila telah sejuk, baru masukkan ke dalam peti selama 4 jam/benar2 sejuk. Sedap diletak topping blueberry jam.)
3 comments:
aiii...entah bile la dpt makan...ish3
Hehe Sape ni (lain kali tulis nama ek? Abg chik ke?...meh le dtg rumah boleh wat kan..xpun salin resepi wat sendiri.. :D
kak, nak tanya bakar ni cara water bath ker?
Post a Comment