Tuesday, November 20, 2007

Sotong Kong Po

Ni antara lauk lunch today...resepi dr magazine mana ntah..tak ingat lak!
Bahan-bahan:-
300 gm sotong - potong memanjang & kelar
6 tangkai lada kering - potong serong
4 hirisan halia
1 ulas bawang putih - ketuk
4 sudu besar sos tiram
30 gm carrot
Sedikit daun bawang kerat kasar
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak

Cara memasak:-
Panaskan minyak, tumis lada kering, halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sotong, goreng sebentar. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau dan masukkan carrot. Reneh sebentar dan masukkan garam serta daun bawang. Siap..!

No comments: