Sunday, November 18, 2007

Choc Chips Muffin


Emm..yang ni memang dah berpuluh kali duk wat, yang ada chocolate sume jadi favourite my kids, terutama tgh panas-panas tu...antara resepi pertama Jun bagi ummi masa mula-mula kenal...thanx a lot Jun..wat ptg tadi gak untuk abang long bawak balik hostel dia..hehe..terlebih rajin..penat pun wat jugaaakk..tengok je lah ek, ummi wat sikit jer..Kelmarin penatnya malas nak tulis resepi, tp ada permintaan khas ni..resepi di bawah ek:
Bahan:-
1 3/4 cawan tepung
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kaster
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan fresh milk
1/3 cawan minyak sayur
3/4 cawan choc chips
1 biji telor - pukul sikit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu esen vanila.
Cara-cara:-
Ayak tepung, serbuk koko, soda dan baking powder. Campurkan gula dan garam. Ketepikan. Satukan susu, minyak, esen vanila dan telor. Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata. Masukkan choc chips, kacau sebati. Masukkan dalam cup cake. Kalu suka tabur choc chips di atasnya sebelum dibakar pada suhu 170C selama 15 minit atau sehingga masak. (depends on oven gak).

1 comment:

umi_e said...

my kids pun suka anything about chocs ;) ermmmm nanti kasilah resepi tu ya... bila2 bolehlah try :)